Rapper Singapura Buka Restoran Burger FatPapas Versi Halal di Publika

Tak perlu ragu-ragu atau was-was lagi kalau nak makan di FatPapas sebab sekarang ada restoran yang halal 

Photo by Andy Kho

Penyanyi Rap terkemuka Singapura, Sheikh Haikel merasmikan pembukaan restoran burger Halal FatPapas  di Publika.

“Niat saya pada mulanya adalah untuk menikmati burger yang enak dengan semua orang dan menjadikannya Halal. Lebih kurang 7 tahun lepas, saya telah bertemu dengan pengusaha dan pencipta FatBoy’s iaitu saudara Kennie dan Bernie Tay lalu menyatakan hasrat saya untuk menjadikannya Halal agar dapat dinikmati oleh penduduk Muslim di 
Singapura, tetapi mereka belum bersedia dengan idea tersebut.

Sehinggalah pada bulan Februari tahun lepas, akhirnya mereka bersetuju dan tertubuhlah cawangan kami yang pertama di 17 Bali Lane. Rakan niaga dan saya bersepakat untuk menamakannya ‘FatPapas’ dengan pengiktirafan Halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Alhamdulillah kerana sambutan hangat yang diterima dan saya tidak menjangkakan barisan panjang setiap kali kami beroperasi sejak penubuhannya. Bukan itu sahaja, gambar pengunjung FatPapas sedang menikmati makanan yang kami sediakan dimuatnaik ke media sosial lalu dikongsi dan dilihat oleh netizen sehingga menjadi tular.

Fokus saya pada mulanya adalah untuk memastikan makanan yang kami sediakan seakan- akan FatBoy’s tetapi dalam versi Halal, dan saya juga pastikan sendiri setiap bahan yang digunakan seperti garam dan sos mestilah diiktiraf Halal sebelum ia dibenarkan memasuki premis kami, dan hasilnya adalah burger Halal dengan rasa yang menakjubkan yang disediakan daripada hati bagi memastikan kepuasan pelanggan Muslim serta bukan Muslim kami.”

Photo by Andy KhoDari permulaan yang sangat sederhana dengan hanya sebuah cawangan, kini FatPapas telah berkembang ke 2 buah cawangan lagi, 1 di Katong dan 1 di Northpoint. Pada bulan Mei nanti, satu lagi cawangan bakal dibuka di Waterway Point.

Bercerita mengenai pengalaman pertama Sheikh Haikel merasai Country Fried Steak yang merupakan penyebab bagaimana ini semua terjadi dan mahu semua orang mencubanya:

“Bayangkanlah daging stik seberat 180 gm berkualiti tinggi, diketuk sehingga nipis sempurna lalu diselaputi habuk roti yang empuk digoreng serata sehingga keemasan dan dicurahkan pula dengan sos béchamel… sangat menakjubkan!

Di FatPapas, kami menyediakan pelbagai jenis burger bagi memenuhi selera pelanggan yang berlainan. Kami juga turut menyediakan menu istimewa lain seperti BBQ Beef Ribs, Honey Mustard Chicken Kebab, Salted Egg Crab Pasta dan paling istimewa FatPapas Hotdog yang diberi nama ‘The Stiffee Foot-Long’.

Selain itu, kami juga turut menyediakan ‘Secret Menu’ dimana jika anda bertuah, anda dapat merasai pesanan rahsia kami yang dipanggil ‘The Sheikh Haikel Burger’ yang diinspirasikan daripada Country Fried Stake yang merupakan permulaan bagi segalanya.

Pelanggan juga boleh menjadi lebih kreatif dengan ‘Build Your Own Burger’ di mana anda sendiri dapat menentukan roti jenis apa yang anda mahukan dengan pilihan yang pelbagai – dari pemilihan daging (lembu, kambing, ayam rangup) ke jenis-jenis sos yang berlainan (truffle mayo, smoked chipotle or salted egg) bagi memenuhi kehendak selera masing- masing.

Seterusnya, apalah burger tanpa minuman milkshake yang menyelerakan, di FatPapas banyak perisa yang ditawarkan untuk setiap pelanggan!

Bercerita lanjut mengenai konsep restoran dan apa sebenarnya FatPapaps, Sheikh Haikel mengulas,

“Kalau di Singapura, kami telah berkolaborasi dengan artis grafiti tempatan yang merupakan pencipta logo utama FatPapas dan untuk cawangan pertama kami di Kuala Lumpur, kami telah menjemput artis grafiti dan pelukis profesional Malaysia bernama Katun yang merupakan pakar dalam penghasilan karakter-karakter berteraskan buku komik dan hasilnya adalah menakjubkan. Selain itu, uniform para staf dan cenderamata yang boleh dibeli jika berkunjung di restoran kami adalah hasil kolaborasi dengan jenama Eastside Barrio.

Apa yang boleh saya ungkapkan di sini adalah FatPapas merupakan tempat di mana  penggiat industri hiburan dapat berkumpul dalam situasi yang tidak perlu berpura-pura dan bersama-sama menikmati juadah enak yang disediakan.”

Antara selebriti yang pernah berkunjung ke FatPapas adalah Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Anis Nabilah dan juga artis-artis dari Singapura.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s