Bufet Ramadan Selera Muhibbah TPC KL Sediakan 22 Gerai Makanan

Berbuka puasa sambil membuat sumbangan kepada rumah kebajikan.

Demikian usaha yang dilakukan oleh TPC Kuala Lumpur (dahulu dikenali sebagai Kuala Lumpur Golf & Country Club Berhad) sempena meraikan kedatangan bulan puasa nanti. yang mana setiap baucer bufet yang dijual, RM1 akan disumbangkan pada rumah kebajikan.

Tahun ini, TPC KL mensasarkan kumpulan dana sebanyak RM10,000 hasil jualan baucar untuk bufet Ramadan yang bakal diadakan pada 9 Mei nanti hingga 12 Jun 2018.

dav

Bertemakan “Selera Muhibbah”, bufet Ramadan itu akan menyediakan pelbagai hidangan menarik di 22 gerai yang diletakkan di sepanjang kolam renang yang mempunyai keluasan hampir sama seperti kolam renang saiz Olimpik!

Left to Right_ Chef Azmin and Chef Abu Zaren

Bufet Ramadan Selera Muhibbah ini diketuai oleh Cef Abu Zaren Bakri, Cef Abdul Aziz bdul Rahman dan Cef Azmin Mohamed Burhan yang akan menyediakan aneka lauk-pauk tradisional antaranya Gulai Ikan Patin Tempoyak, Rendang Hati Lembu, Daging Masak Merah dan Telur Itik Masak Lemak Cili Padi setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

IMG_20180329_160944

Untuk tahun ini, satu menu baharu telah dihasilkan sempena bufet Ramadan Selera Muhibbah iaitu Asam Pedas Lok-Lok yang bakal mendapat sambutan ramai.

hdr

Namun yang pastinya hidangan yang terus menjadi kegemaran setiap tahun adalah Lidah Bakar, satu menu yang tidak pernah dijumpai di mana-mana hidangan bufet. Kerangupan dan keenakan lidah bakar ini dijamin akan menambat selera sesiapa sahaja yang merasainya!

Selain lauk-pauk tradisional. cef-cef ini juga menyediakan menu kegemaran ramai seperti Kambing Panggang, Seafood Kava, Asam Laksa, Fried Carrot Cake, Popiah dan banyak lagi.

dav

Bagi yang meminati juadah pemanis mulut, bolehlah merasai Bubur Manis, Apam Balik, Kasttad Telur, Pisang Goreng dan pastri French yang disusun dengan cantik di atas Stesen Dessert.

Bukan sahaja anda dapat merasai keenakan sajian bufet Ramadan Selera Muhibbah, dalam masa sama anda dapat menyumbang ke arah kebajikan.

Selain membuat sumbangan kebajikan TPC KL juga menyediakan satu perkhidmatan istimewa dan pertandingan menarik yang bakal mendapat sambutan hebat iaitu:

  • Perkhidmatan ‘Take-Away’
    Bagi mereka yang kesuntukan masa mencari hidangan untuk berbuka puasa, TPC KL menyediakan ‘Special Takeaway Menu’ yang boleh ditempah mulai 19 Mei hingga 12 Jun dari pukul 4pm hingga 6.45pm setiap hari dengan menghubungi 03-2011 9187/189.
  • Pertandingan Ambil Gambar & Menang
    Bagi mereka yang singgah makan dan minum di Golfer’s Terrace, TPC KL dan seterusnya mengambil serta berkongsi gambar makanan dan minuman di laman sosial TPC Kl iaitu FB, IG (diikuti #TPCKLContest & #SeleraMuhibbah), Twitter TPC KL dan Whatsapp di 019-2636548 berpeluang memasuki pertandingan yang membolehkan mereka memenangi 2 baucar bufet Selera Muhibbah. Pertandingan ini bakal berakhir hujung April ini.

Harga baucar bufet Selera Muhibbah adalah seperti berikut:

  • Tempahan awal yang sudah dibuka sekarang hingga 18 Mei-RM95nett (Dewasa)
  • Selepas 18 Mei-RM110nett (Dewasa) dan Kanak-kanak berumur 6-12 tahun-RM47.50

Alamat:

TPC Kuala Lumpur

10, Jalan 1/70D off Jalan Bukit Kiara,

60000 Kuala Lumpur.

Tel:03-2011 9188

http://www.tpckl.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s