126 Model dan Stars of Primavalet Peraga Koleksi Busana Raya PRIMAVALET

Satu acara peragaan fesyen yang gilang-gemilang diadakan oleh hub fesyen terbesar di Malaysia ini dengan penampilan 126 model memperagakan busana koleksi raya daripada jenama-jenama terkenal.

IMG-20180501-WA0010

Turut memperagakan busana adalah barisan duta 2018 yang digelar “Stars of Primavalet“. Mereka terdiri daripada selebriti terkenal tempatan seperti Zul Arifin, Alif Satar, Amar Baharin, Amyra Rosli bersama anak lelakinya Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Nabila Razali, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie, Asyallie dan Shaheizy Sam.

Barisan bintang-bintang itu yang cukup gah di persada seni pasti mampu menarik lebih ramai lagi pelanggan baru dan lama untuk membeli-belah di Primavalet sama ada dengan berkunjung ke cawangan Primavalet mahupun membeli di atas talian.

Menurut Dr. Arshad, Pengarah Urusan Primavalet:

“Pemilihan selebriti dilakukan secara telus berdasarkan imej artis yang sesuai dengan Primavalet dan jumlah pengikut mereka di media sosial. 

Untuk Syawal kali ini, Primavalet bakal melancarkan lebih daripada 70 koleksi dan rekaan untuk digayakan di hari lebaran nanti. Kesemua koleksi ini adalah berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan. 

Untuk raya 2018 ini, kami tampil dengan koleksi kanak-kanak sehinggalah dewasa. Kami juga menyediakan pakej sedondon untuk keluarga bagi mereka yang sukakan konsep itu di pagi Syawal.”

IMG-20180501-WA0009

Majlis yang dihoskan oleh Faizal Ismail bersama Elfira Loy ini dihadiri oleh lebih daripada 800 tetamu yang terdiri daripada tetamu kehormat, selebriti tanahair, pelanggan tetap Primavalet, ejen, personal shoppers, wakil media, penulis blog dan ramai lagi.

Bertemakan “Glam Lebaran”, koleksi busana raya ini mempunyai sentuhan eksklusif lagi mewah yang pastinya memikat sesiapa sahaja! Koleksi ini juga menampilkan elemen kontemporari namun ringkas dan sesuai serta mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Antara koleksi pakaian yang diperagakan dalam majlis itu adalah Baju Melayu, Kurta, Baju Kebaya, Baju Kurung, baju kanak-kanak, koleksi sedondon famili dan koleksi baju kurung dari fabrik sari yang mana warna-warna cerianya memukau mata tetamu yang hadir.

Koleksi busana raya adalah himpunan terbaik dari Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny, Nur Aisha, Shasya Habib, Ezuwan Ismail dan koleksi pertama dari Primavalet sendiri iaitu PV Man, PV Woman dan PV Kids.

Selain daripada jenama-jenama di atas, koleksi jenama dari Syus Couture, Zoud, Kukubesi dan Buranku.co bakal berada di semua cawangan Primavalet sempena hari raya nanti.

Busana-busana yang diperagakan sewaktu peragaan fesyen bakal berada di semua outlet Primavalet secara berperingkat mulai 1 Mei nanti sehingga 1 Ramadhan. Pelanggan yang berminat boleh terus mendapatkan koleksi idaman di outlet dan juga pembelian atas talian di www.primavalet.com, ejen dan personal shopper rasmi Primavalet.

Telahpun mencapai usia setahun, Primavalet terus unggul dalam melebarkan sayapnya untuk menjadi hub fesyen bagi busana Muslimah dan kontemporari tanah air. Selain mempunyai outlet terbesarnya di Ostia Bangi, Primavalet juga mempunyai outlet di Senawang, Negeri Sembilan, dan di kota Bharu, Kelantan.

Primavalet bakal membuka satu lagi cawangan terbaharu di Wangsa 118, Wangsa Maju pada 5 Mei nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s