Bufet Ramadan D’Saji Hidang Sajian dari 10 Negara Sempena tema “Taste of Asean”

Selepas 8 tahun tawar bufet Ramadan, tahun ini D’Saji Restoran & Cafe meneruskan tradisinya.

Kali ini dengan variasi sajian utama dari 10 negara Asean iaitu Thailand, Filipina, Indonesia, Laos, Kambodia, Vietnam, Myanmar, Brunei, Singapura termasuk Malaysia sendiri.

Bufet Ramadan ini ditawarkan di dua lokasi utama iaitu RESTORAN D’SAJI KL TITIWANGSA dan LAKE CEMPAKA VILLA, BANGI.

IMG_20180412_123515

Variasi menu dari negara-negara Asean ini pastinya akan mengingat kembali memori mereka yang pernah berkunjung ke negara-negara Asean tersebut dan merasai makanan yang ada di sana lantas dapat menikmatinya semula di bufet Ramadan ini.

IMG_20180412_123505

Juadah ini juga bakal menjadi hidangan baru bagi mereka yang inginkan kelainan dan suka mencari sesuatu yang baru memandangkan D’Saji Restoran & Cafe bakal menyediakan 120 menu sepanjang bulan Ramadan.

Bagi hidangan tempatan, antara menu yang ditawarkan adalah Pucuk Paku Masak Lemak, Telur Itik Masak Lemak Mangga Muda, Rendang Kacang Panjang Hati Ayam,Daging Salai Masak Lemak Mangga Muda, Ayam Masak Kari, Sup Tulang Kambing, aneka jenis sup, aneka jenis urap serta aneka jenis ulam kampung.

IMG_20180412_122453

Dari negara Singapura pula hidangan yang ditawarkan adalah Rojak Singapore dan Murtabak manakala Filipina menawarkan Torta (Telur Goreng), Nasi Goreng Filipina serta minuman Halo Halo.

dav

Yang meminati masakan Indonesia, bolehlah merasai Gado-Gado, Bakso dan Pecal Leleh. Thailand pula menawarkan Khaw Mok Khai (Nasi Goreng Thai), Tod Man Pla (Kek Ikan) serta Som Tam. 

Untuk kelainan, boleh mencuba juadah dari Myanmar iaitu Mohinga (Mi Sup Ayam), Kek Ubi Manis dan Kek Lapis Pandan. Begitu juga juadah Kambodia iaitu Bubur Green Mung Bean serta Pulut dengan Ayam Goreng. 

hdr

Selain juadah utama, turut disediakan aneka jenis pemanis mulut yang dihasilkan dengan warna-warna ceria.

Semua juadah ini disediakan oleh seorang Cef Eksekutif, dua orang Chef de Partie dan 10 tukang masak  manakala 80 petugas  D’Saji Restoran & Cafe bersedia menerima pelanggan yang ingin menikmati hidangan bufet Ramadan di sini.

Restoran D’Saji mensasarkan seramai 20,000 pengunjung sepanjang bulan Ramadan nanti dengan jualan sebanyak RM1.2 juta manakala Lake Cempaka Villa, Bangi pula yang menawarkan tema “Masakan Melayu Asli & BBQ” mensasarkan pengunjung seramai 6,000 orang dengan jualan sebanyak RM250k.

Kemudahan  yang disediakan:

  • Surau dengan kapasiti 200 orang dalam satu-satu masa
  • Surau tambahan (jika kapasiti pengunjung mencecah 800 orang)

Bagi yang ingin berbuka puasa secara privasi, D’Saji turut menyediakan TIGA jenis dewan dari kapasiti 50 sehingga 450 orang.

Harga bufet Ramadan di:

  • Restoran Terapung KL Titiwangsa-RM85
    -Promosi tempahan awal telahpun dibuka mulai 16 April lalu dengan harga yang ditawarkan adalah RM79. Harga promosi ni akan ditutup pada 16 Jun nanti. Untuk kanak-kanak dan warga emas, harga promosi juga akan diberikan.
  • Lake Cempaka Villa-RM58
    -Promosi tempahan awal telahpun dibuka pada 17 April lalu dengan harga tawaran RM53 hingga 16 Mei nanti.

Diskaun sebanyak 50% akan diberikan kepada 100 pelanggan pertama yang berbuka puasa pada hari pertama sehingga hari ketiga Ramadan di restoran D’Saji ini.

Untuk membuat tempahan, hubungi:

  • 03-4021 0098 
  • dsajikltitiwanga@felda.net.my

Maklumat lanjut, layari www.feldadsaji.com.my 

Reviu: Hidangan dari negara-negara Asean memang sesuai bagi mereka yang inginkan satu kelainan. Dari Gado-Gado Indonesia hinggalah ke Halo Halo Filipina.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s