XIAOMI Umum Redmi Note 5 “Camera Beast”

Xiaomi lancar telefon baru iaitu Redmi Note 5. Dalam masa sama turut mengumumkan pelan mereka untuk membuka 6 lagi Mi Stores iaitu di:

  • Dataran Pahlawan Mall, Melaka
  • AEON Bukit Tinggi, Klang
  • Paradigm Mall, Johor Bahru
  • Aman Sentral, Alor Setar, Kedah
  • Imago KK Time Square, Kota Kinabalu, Sabah
  • Sunway Carnival, Prai, Pulau Pinang

 

IMG_0613

Rangkaian telefon pintar yang terbaharu itu boleh didapati pada harga RM799 bagi varian 3 + 32 GB dan RM999 bagi varian 4 + 64GB.

Redmi Note 5 menawarkan kualiti imej kamera yang mengagumkan serta prestasi yang tiada tandingannya dalam julat harga berkenaan. Ia sekali lagi membuktikan komitmen Xiomi dalam menyediakan teknologi telefon pintar yang terbaik pada harga yang menakjubkan.

Digelar sebagai “Camera Beast ”, Redmi Note 5 dilengkapi dengan:

  • platform Qualcomm Snapdragon 636 dan mempunyai keupayaan fotografi bertaraf premium
  • dwi kamera dengan sensor besar 1.4μm piksel
  • kesan kamera AI
  • lampu swafoto LED untuk kamera hadapannya.

Redmi Note 5 sememangnya cukup berkuasa untuk merakam gambar-gambar yang hebat tidak kira di mana sahaja, pada bila-bila masa.

Pada majlis itu juga, Xiaomi turut mengumumkan bahawa merek akan membuka 6 lagi Mi Stores di Malaysia pada Mei, sebagai tambahan kepada 4 buah Mi Stores yang sedia ada di seluruh negara. Langkah berkenaan sejajar dengan wawasan Xiaomi iaitu untuk menyediakan pelbagai produk berinovasi yang mudah didapati oleh semua orang ke dalam pasaran Malaysia.

Ketua Xiaomi Rantau Pasifik Selatan, Steven Shi berkata,

“Saya berasa amat gembira kerana dapat mengumumkan pelancaran Redmi Note 5 di Malaysia, sebuah peranti berkuasa dilengkapi dengan kamera yang sangat mengagumkan setanding dengan telefon pintar flagship di pasaran. Saya percaya bahawa peranti ini akan mendapat sambutan hangat daripada para peminat teknologi kerana ia memberi kuasa ke tangan pengguna di seluruh negara.

Saya juga teruja mengumumkan rancangan Xiaomi untuk meluaskan lagi kedudukannya di Malaysia, termasuklah dengan pembukaan kedai di setiap bandaraya utama, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan produk kami.”

Imej lebih jelas dan pantas memfokus walau dalam cahaya suram

Redmi Note 5 menawarkan ciri dwi kamera, sebuah ciri yang biasanya hanya terdapat pada telefon pintar flagship sahaja. Sensor utama 12 megapiksel menampilkan piksel bersaiz besar 1.4μm, yang dapat memerangkap lebih banyak cahaya dan menghasilkan imej yang lebih jelas walau dalam cahaya suram.

Dilengkapi dengan teknologi Dwi Piksel yang biasanya digunakan dalam kamera DSLR profesional, kamera Redmi Note 5 berupaya memberikan fungsi autofokus yang amat pantas agar pengguna tidak terlepas sebarang detik yang mereka ingin rakamkan. Setiap satu piksel daripada sensor utama 12 megapiksel mengandungi dua fotodiod (peranti semikonduktor yang boleh menukar cahaya kepada arus elektrik), menjadikan jumlah keseluruhan 24 juta fotodiod, iaitu hampir 30 kali ganda lebih fotodiod berbanding sensor PDAF biasa pada resolusi yang sama. Ianya membolehkan sensor berkenaan mengukur perbezaan fasa dengan berkesan, lalu meningkatkan kepantasan autofokus dengan ketara.

Kamera hadapan Redmi Note 5 dilengkapi dengan sensor 13 megapiksel serta didatangkan dengan lampu Swafoto LED. Kedua-dua kamera hadapan dan belakangnya turut dilengkapi dengan fungsi Beautify 4.0 terbaharu Xiaomi. Ini bermakna apabila Mod Potret diaktifkan, ia akan menghasilkan pelbagai kesan berbeza yang dimantapkan oleh komputasi AI agar tampak semula jadi seolah-olah seperti dimekap. Walaupun tiada sensor kedua, kamera hadapan tetap berupaya menghasilkan kesan bokeh yang hebat dalam Mod Potret hasil bantuan teknologi AI yang berupaya mengasingkan subjek daripada latar belakangnya.

Qualcomm Snapdragon 636 yang berkuasa serta efisien

Redmi Note 5 menggunakan platform Snapdragon 636 yang terkini daripada Qualcomm berasaskan kepada proses pengilangan semikonduktor 14nm. Pengguna akan mengalami prestasi yang lebih pantas sama ada ketika menyunting dokumen spreadsheet yang besar atau bermain permainan video yang memerlukan sokongan tinggi, dengan seni bina Kryo 260, kelajuan pemprosesan maksimum 1.8GHz dan GPU Adreno 509 yang dimilikinya.

Berbanding dengan Qualcomm Snapdragon 630, prestasi Snapdragon 636 meningkat sebanyak 40 peratus sementara mengekalkan kecekapan tenaga yang cemerlang.

Sementara itu, Redmi Note 5 merupakan peranti pertama keluaran Redmi yang menggunakan LPDDR4X DRAM, yang selalunya hanya didapati dalam telefon pintar flagship. Gabungan kepantasan DRAM dengan kapasiti sehingga 4GB, Redmi Note 5 boleh mengendalikan lebih banyak aplikasi secara serentak dan beralih antara program dengan lancar.

Redmi Note 5 dilengkapi dengan skrin penuh 18:9 FHD+ 5.99 inci, bateri berkapasiti besar 4000mAh dan menyokong pengecasan pantas. Dilengkapi dengan sistem operasi MIUI 9 berasaskan Android Oreo, Redmi Note 5 turut didatangkan dengan
isyarat paparan skrin penuh yang membolehkan pengguna untuk menyembunyikan bar navigasi sepenuhnya bagi memaksimumkan ruang paparan.

Redmi Note 5 didatangkan dalam DUA versi:

  • 3GB + 32GB
  • 4GB + 64GB.

Ia boleh didapati dalam TIGA warna iaitu:

  • Biru Muda
  • Emas
  • Hitam.

Sebuah sarung TPU yang ringkas serta elegan turut disertakan dalam setiap kotak Redmi Note 5.

Pengguna boleh membuat tempahan awal bagi mendapatkan Redmi Note 5 di Lazada, dan peranti berkenaan boleh didapati di Mi Stores bermula pada 5 Mei.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Xiaomi, sila kunjungi: http://blog.mi.com/en/

Mengenai Xiaomi

Xiaomi diasaskan pada 2010 oleh usahawan berjaya Lei Jun berdasarkan kepada wawasan “inovasi untuk semua”. Kami di Xiaomi percaya bahawa produk berkualiti tinggi yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi canggih sepatutnya boleh didapati dengan mudah oleh semua. Kami mencipta perkakasan, perisian dan perkhidmatan internet yang luar biasa untuk dan dengan bantuan para peminat Mi kami. Kami menggabungkan maklum balas mereka ke dalam rangkaian produk kami, yang ketika ini termasuk telefon pintar Mi dan Redmi, Mi TV dan set-top box, router Mi dan produk Ekosistem Mi termasuklah produk rumah pintar, peranti boleh pakai dan aksesori lain. Setelah berjaya menembusi pasaran di lebih 70 buah negara serta wilayah, Xiaomi terus mengembangkan sayapnya di seluruh dunia untuk menjadi sebuah jenama global.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s