Lot 10 Jadi Tumpuan ‘Social Hotspot’

Sebut sahaja Bukit Bintang, sudah terbayang-bayang ‘syurga’ pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

bty

Antara tempat pusat beli-belah yang sering jadi tumpuan adalah Lot 10.  Kini ia menerima banyak perubahan besar sama ada dari segi luaran mahupun dalaman.

Dengan #Lot10wanderlust dan #lovelot10, bangunan hijau ini menjadi ‘social hotspot’ dengan menawarkan pelbagai aktiviti dan program menarik kepada pengunjung.

Lot 10 telah diilhamkan semula sebagai destinasi sosial untuk orang ramai bertemu dan berhubung, selain daripada membeli-belah, makan tetapi juga berhibur di bawah satu bumbung yang sama. Lot 10 yang baru ini dibina berpaksikan tiang ‘Youthful, Fun, Creative & Connected’.

IMG_20180413_173853

‘Youthful’ lebih kepada menggembirakan pelanggan dalam suasana trendy, kami bergabung bersama penyewa kedai, rakan kongsi dan pengunjung untuk memberi suasana ‘Fun’. Kami mencipta ‘Creative’ untuk memberi pengalaman membeli-belah yang unik dan akhir sekali kami ingin ‘Connected’ dengan pengunjung melalui penyediaan tempat sosial yang membolehkn mereka membuat pertemuan dan berhubung antara sesama mereka.

dav

Sejak kami melakukan pengubahsuaian pada bangunan Lot 10 tahun lalu, banyak pembaharuan berlaku di dalamnya. Kami telah menerima penyewa-penyewa baru antaranya Reebonz, kedai offline pertama sepertinya di Malaysia, J’s Gate Dining yang menawarkan 18 restoran makanan Jepun, Tokyo Candy Factory, Molten Chocolate dan terbaru adalah Sennheiser Pop-Up Store. “

-Joseph Yeoh, Naib Presiden YTL Land & Development &YTL Hotels & Properties.

Setiap hujung minggu, banyak aktiviti diadakan di dalam Lot 10 dalam usahanya menarik lebih ramai pengunjung datang ke situ dan mencuba aktiviti-aktiviti yang disediakan secara tidak langsung memberi mereka banyak pengalaman dan pengetahuan.

Antara aktiviti #Lot10wanderlust yang telahpun diadakan pada hujung minggu di Lot 10 adalah:

  • Pasar Sari
    -telahpun berakhir pada 22 April lalu, Pasar Sari ini menawarkan pelbagai produk keluaran milik pengusaha tempatan. Antara pengusaha yang terlibat adalah Apothecary Malaysia, Kapten Batik, Buih & Co dan banyak lagi. Lot 10 bercadang untuk menjadikan Pasar Sari ini sebagai aktiviti setiap 4 bulan.
  • Forum Terbuka
    -Lima pengusaha wanita berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dalam industri fesyen dan kecantikan. Mereka adalah Aina Syahirah (Kulet), Jenn Low (Wanderlust & Co), Didie Nasir (Dida Cosmetics & Dynda Designs), Tengku Jamidah (Dida Cosmetics & THAVIA) dan Haida Yusof.
  •  Tonton wayang di Lot 10 Rooftop
    -Buat pertama kalinya, pada 13 April lalu, satu sesi menonton wayang Cinema Paradiso telah diadakan di bahagian Rooftop. Dengan ditemani sinaran bintang-bintang di langit, pengunjung berpeluang menonton wayang Korean berjudul ‘Battleship Island’ yang mendapat sambutan hangat di Korea.

    Mendapat kerjasama bersama iflix, BenQ, Sennheiser dan Strongbow, Lot 10 bakal mengadakan lebih banyak sesi menonton wayang tidak lama lagi.

Bukan itu sahaja, Lot 10 juga menawarkan:

  • restoran untuk menjamu selera antaranya di Lot 10 Hutong, Rococo Cafe, Coffee Bene, 18 restoran Jepun dan banyak lagi.
  • permainan e-gaming di The Geek Arena. Pelbagai permainan e-gaming disediakan seperti Street Fighter, FIFA, PUBG, Rainbow6siege, League of Legends dan banyak lagi ditawarkan di arena ini.
  • hiburan seperti ‘busking’ juga diadakan di pintu masuk Lot 10 bermula tengahari hingga 9 malam. Pengunjung juga dihiburkan dengan musik piano, saxophone, gitar, cello dan banyak lagi.
  • menganjurkan Open Piano yang mana pengunjung boleh menunjukkan kemahiran mereka di sini.
  • berkongsi gambar-gambar selfie menarik di ruang Instagram Spots yang mempunyai temanya tersendiri yang boleh dijumpai di setiap aras Lot 10.
  • berkongsi idea dan mencatat apa sahaja di Chalk Walls
  • Wifi percuma kepada pengunjung
  • Cheerleader Squad yang membantu pengunjung yang memerlukan bantuan penunjuk arah dan sebagainya dan melakukan promosi
  • perkhidmatan SOCAR, iaitu platform perkongsian kereta

Diatas hanyalah sebahagian yang disediakan di Lot 10. Sebenarnya banyak aktiviti lagi yang disediakan dibawah #lovelot10.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.facebook.com.pg/Lot10KL/events/  dan www.instagram.com/lot10klofficial

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s