OPPO F7 Gabung Ciri Tempatan dan Antarabangsa

Malah Oppo berbesar hati menamakan bintang terkemuka Malaysia, Neelofa dan penyanyi dari Taiwan, Hebe Tien sebagai Duta Produk.

 

14

Kedua-dua selebriti ini dipilih mewakili Oppo F7 kerana mereka mempunyai aura, keanggunan, kelas dan keperibadian tersendiri selain berbakat serta pernah memenangi pelbagai anugerah, menjadikan mereka bintang terkenal dalam industri hiburan baik di dalam negara mahupun antarabangsa.

“Saya teruja kerana telah dilantik oleh OPPO sebagai Duta Produk F7. Sebagai seorang yang suka berswafoto, telefon pintar luar biasa ini dilengkapi dengan Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I 2.0 yang membawa fotografi swafoto ke suatu tahap yang baru.

Dengan keupayaan F7 mengimbas wajah dengan lebih tepat dan memberikan kesan kecantikan yang lebih baik, saya kini dapat mengambil swafoto secara semula jadi dengan mudah dan kemudian berkongsinya bersama peminat saya.”

-Neelofar

“Pengecaman Kecantikan A.I 2.0 telah mempertingkatkan teknologi swafoto daripada pendahulunya dengan membolehkan pengguna mengambil swafoto yang lebih baik dengan impak semula jadi. Di samping itu, cermin khas yang berkilat di belakangnya dapat menjimatkan masa saya untuk mencarinya dari dalam beg kerana warna merahnya itu mudah menarik perhatian. Ukuran telegon 6.2 inci Oppo F7 ini senang untuk dipegang dan sesuai bagi kegunaan harian saya.”

-Hebe

Menurut William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia:

“Berurusan dengan Neelofa serta Hebe dan kemudiannya menjadikan mereka sebagai Duta Produk adalah amat mudah, semudah mengambil swafoto mengguna Oppo F7. Matlamat kami adalah untuk sentiasa memperbaiki teknologi sedia ada untuk membawa peminat kepada sesuatu yang baru dan mengujakan, jadi dengan kehadiran mereka beserta teknologi yang lebih baik, kami tidak sabar untuk menunggu saat di mana pengguna akan mencuba sendiri Oppo F7 kerana ia pasti memberikan pengalaman penggunaan yang luar biasa.”

Antara ciri F7 adalah penggunaan teknologi AI yang dipertingkatkan untuk fotografi swafoto selain daripada banyak ciri-ciri operasi AI yang berkuasa. Bersama-sama dengan Paparan Skrin Terluas dan perisian pelbagai fungsi yang dinaiktaraf, F7 menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

25MP Real-Time HDR Sensor

Kamera hadapan F7 resolusi tinggi 25MP dengan Sensor High Dynamic Range masa-sebenar. Imej yang diambil akan mempunyai lebih banyak maklumat seperti tahap perincian, warna dan pencahayaan yang lebih tinggi apabila gambar diambil di bawah sinar matahari atau teduh sama seperti imej yang diambil mengguna kamera digital berkualiti tinggi.

Oleh itu, pengguna mempunyai lebih banyak kawalan, tidak kira sama ada foto diambil dalam persekitaran cahaya yang tinggi atau rendah.

Teknologi AI Beauty 2.0 mempertingkatkan “Kepakaran Kecantikan Anda”

F7 mempunyai generasi kedua Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I 2.0 yang mengangkat kedudukan fotografi swafoto lebih tinggi. Kemajuan terbaru termasuk keupayaan pengenalan wajah lebih tepat, kesan kecantikan lebih baik untuk pelbagai umur dan jantina dan keupayaan pembelajaran sendiri.

Teknologi AI mengimbas 296 titik pengenalan wajah, peningkatan 20% daripada teknologi generasi pertama membolehkan keupayaan pengenalan wajah yang lebih jelas dan tepat.

Ciri-ciri baru juga dibangunkan untuk menjadikannya lebih menarik dan menyeronokkan:

  • Vivid Mode memberi pengguna pilihan untuk lebih banyak kombinasi warna daripada swafoto seperti mempertigkatkan warna pakaian dan latar belakang.
  • Fungsi Pelekat AR (Augmented reality) membolehkan anda menambah pelbagai elemn kepada swafoto seperti menambah ciri binatang comel atau bintang filem dan berkongsinya terus ke media sosial.

Super Full Screen 2.0 dengan nisbah Aspek 19:9

F7 dilengkapi dengan resolusi 2280×1080 yang ditambahbaik. Paparan skrin 6.2 inci FHD+ memberikan pengalaman visual yang lebih berwarna, terang dan menyeronokkan. F7 juga adalah telefon pintar pertama dengan nisbah aspek 19:9 yang memberikan pengguna kesan yang lebih lua untuk permainan strategi yang popular.

Funsi ‘App-inApp’ pula membolehkan pengguna menjawab panggilan masuk sambil meneruskan permainan atau menonton filem. Skrin Penuh Pelbagai Tugas adalah pertama dalam industri yang membolehkan pengguna mengguna gerak isyarat untuk menavigasi antara aplikasi.

Rekaan Industri baharu menarik perhatian pengguna muda

Rekaan F7 menetapkan piawaian baru dalam kejuruteraan ketetapan dan bahan dengan setiap butiran dipertimbangkan dengan teliti oleh pereka. Pengguna mempunyai tiga pilihan warna iaitu Solar Red, Moonlight Silver dan edisi khas Diamond Black.

Model 128GB edisi khas Sunrise Red mengguna badan kaca unik yang berkilauan seperti batu permata membiaskan warna berlainan dari setiap sudut pandangan pengguna.

Model 128GB edisi khas Sunrise Red dan Diamond Black mempunyai mempunyai memori 128GB antara terbesar yang pernah ada pada telefon Oppo.

ColorOS 5.0 terbaru dan perkakasan berkuasa

F7 berfungsi dengan mengguna pemproses 64-bit 4GB Octa-Core terbaru yang menggua sistem operasi yang lebih terperinci. Berdasarkan Android 8.1, ColorOS mempunyai AI yang dibina ke dalam perisian bagi pengurusan sistem yang lebih lancar.

Pengurusan kuasa ColorOS 5.0 AI mengagihkan kuasa pemprosesan dengan sewajarny ke setiap aplikasi tertentu bagi memastikan telefon berfungsi dengan kelancaran yang terbaik. Oleh itu, F7 berfungsi 80% lebih cepat daripada pendahulunya apabila pelbagai aplikasi digunakan secara serentak. Disamping itu ia juga mengguna kuasa dengan sewajarnya untuk memanjangkan lagi jangka hayat harian penggunaan bateri.

Oppo F7 boleh didapati dalam variasi warna Solar Red, Moonlight Silver dan Diamond Black.

Maklumat lanjut:

OPPO Concept Store:https://www.oppo.com/my/shops/

Laman rasmi:https://www.facebook.com/malaysiaoppo

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s