AIDIJUMA Fobia Setiap Kali Pelancaran Kempen Baru

Tapi kenapa?

Antara Koleksi Tudung Aidijuma copy

Aidijuma, bukan satu nama yang asing dalam industri fesyen. Bermula dengan hanya menjual tudung bawal plain pada harga mampu milik, ia seterusnya melangkah ke hadapan lagi dengan menjual tudung bawal bercorak dengan rekaan comel, funky, feminin yang sentiasa menjadi rebutan kaum wanita, tidak kira yang muda mahu pun yang sudah berumur.

Bermula pada tahun 2012 hingga kini, Aidijuma memiliki 13 buah kedai termasuk di Brunei dan 15 Scarfmachine send.sell.story. Hasil jualan diperolehi melalui Kedai Konsep, Kedai Dalam Talian dan juga Kedai Konsep Bergerak.

Bukan itu sahaja, perniagaan tudung ini telah berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa iaitu di Indonesia dan United Kingdom.

dakwat-di-jari

April lalu, Aidijuma pernah menaja satu program khas berbentuk bual bicara khusus untuk wanita iaitu Program ‘Dakwat Di Jari’ (DDJ) yang akan disiarkan oleh TV9 pada setiap hari bermula jam 5 petang sepanjang tempoh berkempen pilihanraya yang bakal diadakan pada 9 Mei nanti.

Dalam kehangatan pilihanraya itu juga, Aidijuma melalui kempen DDJ mengajak orang ramai mendapatkan koleksi tudung bawal #rayapilihan Aidijuma pada harga istimewa iaitu RM14 (dua helai tudung) di kesemua kedai konsep dan kedai konsep mudah alih Scarf Machine.

Namun untuk membeli koleksi yang dijual untuk satu hari sahaja itu, orang ramai perlu mempamerkan dakwat di jari mereka sebagai bukti telahpun menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aidijuma Colors Group, Datin Norjuma Habib Mohamed, jualan itu dilakukan untuk memberi mood ceria dan memberi ‘terapi’ diri di kala ketegangan menghadapi musim mengundi.

Meskipun gembira dengan kempen jualan DDJ yang bakal berlangsung beberapa hari lagi, Datin Norjuma mengakui akan wujudnya rasa gugup, bimbang dan bermacam-macam lagi kerana setiap kali Aidijuma mengadakan pelbagai aktiviti baru dan kempen jualan terkini pasti timbul kesan sampingan seperti serangan alam siber di media sosial milik Aidijuma termasuk kandungan berbaur ugutan, fitnah serta tohmahan daripada pelbagai pihak yang sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan termasuk melibatkan emosi kakitangan serta reseller perniagaannya. Malah reseller dan ejen-ejen Aidijuma turut bimbang kerana mereka juga menerima tempias daripada serangan siber.

Memandangkan kesan serangan digital tersebut semakin bertambah buruk, Aidijuma telahpun bertindak membuat aduan kepada pihak berwajib iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Dokumen berkaitan sudahpun dikemukakan dengan harapan akan adanya tindakan yang diambil untuk menangani masalah yang dihadapi.
Namun, baru-baru ini Aidijuma telah menerima tindak balas daripada MCMC. Ternyata, apa yang dilakukan oleh Aidijuma hanyalah sia-sia kerana MCMC tanpa sebarang alasan dan siasatan yang kukuh dan munasabah mahupun penjelasan telah menutup kes aduan.

Sekurangnya-sekurangnya MCMC sepatutnya bertanggungjawab dalam memberi perhatian serta mengemukakan satu rekod penjelasan ataupun khidmat nasihat mengenai kes aduan yang diterima.

Apakah isu fitnah serta pelbagai lagi tohmahan yang akan dilemparkan kepada Aidijuma sepanjang kempen #rayapilihan ini nanti berlangsung?

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s