FAIR & LOVELY Tawar Biasiswa dan Latihan Industri Pada 40 Siswazah Wanita

Fair & Lovely, teruskan usaha anda membantu pelajar tempatan!

Dengan biasiswa berjumlah RM200,000 beserta bimbingan kerjaya dan peluang latihan, pasti membantu pelajar-pelajar wanita ini meningkatkan potensi mereka dalam pelajaran dan bidang yang bakal diceburi

08 (a)

Fair & Lovely untuk tahun ketiga, terus komited memperkasakan initiatif program Biasiswa Fair & Lovely 2018 bagi meningkatkan potensi wanita muda mencorakkan masa depan mereka melalui pendidikan.

Biasiswa yang ditawarkan berjumlah RM200,000 dan diberi kepada 40 pelajar wanita dari universiti awam. Program biasiswa ini diperkenalkan selaras dengan objektif jenama Fair & Lovely untuk menggalakkan golongan wanita mempunyai keyakinan diri bagi mengejar impian mereka dan menikmati masa depan yang cerah melalui pendidikan.

Pada tahun ini, Fair & Lovely melangkah setapak lagi dengan mewujudkan sebuah komuniti maya untuk 40 pemegang biasiswa ini. Tujuan platform ini dibangunkan adalah untuk menggalakkan mereka berhubung antara satu sama lain di dalam komuniti ini dan mendapatkan perkembangan terkini tentang peluang yang disediakan oleh Unilever Malaysia.

Melalui platform komuniti maya ini, Fair & Lovely akan membangunkan sebuah program yang menghubungkan pelajar dengan industri dan memberi mereka akses kepada program Unilever yang bertaraf dunia. Bengkel mengenai kemahiran temuduga, bengkel kerjaya dan perkongsian kepimpinan wanita akan disampaikan oleh eksekutif wanita Unilever Malaysia.

Buat pertama kalinya, para pelajar akan dibantu untuk mendapatkan penempatan industri di Unilever Malaysia. Pemegang biasiswa yang memohon penempatan industri mempunyai kelebihan kerana mereka akan diberi keutamaan semasa proses pemilihan.

“Di Fair & Lovely, kami percaya pendidikan, keyakinan dan percaya pada diri sendiri merupakan elemen penting untuk memperkasakan wanita dan memberi kesan positif kepada masyarakat. Dengan mewujudkan platform melalui penganugerahan biasiswa, bimbingan kerjaya dan peluang latihan industri, kami mahu wanita-wanita muda ini bersedia untuk mengejar impian dan mencorakkan masa depan mereka sendiri.”

–Lin Meiyi, Pengurus Jenama Fair & Lovely, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd

Pada tahun ini, seramai 40 orang pelajar dipilih daripada tujuh buah universiti awam tempatan yang mendapat undian tertinggi. Secara keseluruhan, sebanyak 20,100 permohonan diterima pada tahun ini berbanding 12,044 tahun lepas. Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, Biasiswa Fair & Lovely telah membantu seramai 80 pelajar wanita muda.

Pada majlis penyampaian biasiswa tersebut, 40 wanita muda menerima RM5,000 setiap seorang sebagai pembiayaan untuk menampung keperluan pengajian mereka termasuk yuran pengajian, pembelian buku dan barangan keperluan lain.

Seramai 40 pelajar yang disenarai pendek adalah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS), Universiti Malaya (UM), Kolej Universiti Mara (KUPTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Penerima biasiswa hendaklah mempunyai minimum CGPA 3.0 dan terlibat secara aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.

Lebih daripada sekadar jenama kecantikan, Fair & Lovely juga merupakan jenama yang berkongsi falsafah yang menggalakkan wanita mencapai impian dan menentukan nasib mereka sendiri dengan memperkasa kekuatan dalaman dan keyakinan mereka. Hadir pada majlis tersebut, penceramah profesional, Wawa Idris yang turut mengendalikan bengkel pembangunan sahsiah dan penjagaan diri untuk meningkatkan keyakinan para pelajar.

Nor Fazira binti Zarinol, salah seorang daripada penerima biasiswa dari Universiti Malaya berkata,

“Saya bersyukur kerana terpilih menjadi salah seorang penerima Biasiswa Fair & Lovely pada tahun ini! Saya gembira kerana dengan biasiswa ini, saya dapat memberi tumpuan kepada pengajian kerana saya tidak perlu bekerja sambilan untuk membiayai pengajian untuk semester yang akan datang. Terima kasih Fair & Lovely. Saya juga terharu apabila mendapat tahu semua penerima biasiswa akan mendapat peluang pekerjaan dan pendedahan mengenai kepimpinan melalui penempatan industri di Unilever Malaysia. Peluang ini akan menjadikan saya lebih yakin untuk menghadiri temuduga dan memulakan kerjaya saya!”

Pada majlis tersebut, duta jenama Fair&Lovely, Daiyan Trisha menekankan kepentingan pendidikan dan keyakinan diri untuk mencapai impian seseorang,

“Saya percaya pendidikan adalah elemen yang paling penting dan berkuasa yang boleh membawa anda ke puncak kejayaan. Semakin banyak pengetahuan yang anda perolehi, semakin banyak peluang akan terbuka untuk anda menikmati kehidupan yang lebih baik di dalam kerjaya dan perkembangan diri.

“Program Biasiswa Fair & Lovely ini menggalakkan wanita muda untuk melanjutkan pelajaran dan memperkasakan mereka untuk menjadi lebih yakin. Saya amat berbangga dan berbesar hati kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada inisiatif ini untuk tahun ketiga berturut-turut. Saya teruja untuk terus memberi inspirasi kepada kehidupan wanita muda di luar sana.” 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.fairandlovely.com.my/fal_biasiswa/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s