Nak Duit Raya? Jom Sertai Peraduan Raya Fiesta Berganda Oleh Lam Soon

Dua  hari saja lagi dah masuk Ramadhan..tup tup Hari Raya Aidil Fitri pula bakal menjelang tiba.

LS_02

Jadi sementara ada masa sebulan ni, apa kata cuba Peraduan Raya Fiesta Berganda dan mana tahu anda antara pemenang yang memenangi DUIT RAYA sebanyak RM110,000!!

Pakar jenama-jenama penjagaan rumah dan peribadi di bawah Lam Soon telah bergabung untuk menggembirakan pelanggan dengan Peraduan Raya Fiesta Berganda.

Apa yang best pasal peraduan ini ya?

Peraduan ini menawarkan 416 hadiah sepanjang 13 minggu termasuk:

  • 390 hadiah mingguan sebanyak RM100 setiap satu,
  • 21 hadiah istimewa sebanyak RM 1,000 setiap satu
  • 5 hadiah utama sebanyak RM 10,000 yang berjumlah RM 110,000 dalam bentuk duit Raya!

Peraduan ini akan berlangsung dari 2 April sehingga 2 Julai, 2018.

Jenama Lam Soon yang terlibat dalam Peraduan Raya Fiesta Berganda ini termasuk:

  1. Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal no 1 di Malaysia
  2. bio-home rangkaian pembersihan rumah mesra alam yang diperbuat daripada bahan terbiodegradasikan dan berasaskan tumbuhan
  3. pembersih khusus wanita Orchid
  4. rangkaian penjagaan diri May dan Fruitale
  5. bahan pencuci rumah Zip dan Labour.

Peraduan Raya Fiesta Berganda ini sangat mudah untuk disertai kerana kebanyakan orang akan membeli produk-produk ini pada kebiasaannya.

LS_03

Menurut En. Francis Ng, Pengurus Besar Kanan Jabatan Penjagaan Isi Rumah dan Peribadi, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd’s Bahagian Pemasaran, syarikat ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pengguna untuk sokongan mereka terhadap jenama-jenama kualitinya.

“Kami faham persediaan untuk musim perayaan boleh menyebabkan ketegangan perbelanjaan isi rumah kerana terdapat terlalu banyak benda yang perlu dibeli. Produk-produk kami adalah keperluan sepanjang tahun untuk isi rumah dan individu untuk mengekalkan kebersihan rumah dan peribadi.

Musim perayaan adalah masa yang terbaik dan paling bermakna untuk menggembirakan mereka dengan hadiah wang tunai yang boleh digunakan untuk perbelanjaan mereka yang lain dan menjadikan sambutan perayaan meninggalkan kenangan yang lebih mendalam.” 

Kebersihan dan Petua Pembersihan untuk Ramadan!

• Gunakan rangkaian mandian Antabax kerana ia memberikan perlindungan 24 jam daripada 99.9% kuman berbahaya, serta menjadikan kulit kekal lembap dan segar.
• Pencuci Dapur bio-home adalah agen pencuci yang mesra alam, dibuat daripada 100% bahan aktif berasaskan tumbuhan yang mampu menanggalkan kesan kotoran degil juga pada kesan minyak. Pada masa yang sama, bahan ini lembut pada kulit – sesuai digunakan untuk membersihkan permukaan dapur selepas memasak hidangan sahur atau iftar.
• Kaum hawa pula boleh menjaga kebersihan bahagian intim mereka dengan mudah menggunakan pembersih khusus wanita Orchid yang mengandungi herba traditional seperti manjakani, kacip Fatimah dan daun sirih serta mempunyai pH seimbang 3.5 yang sesuai untuk bahagian intim.

Kebersihan dan Petua Pembersihan untuk Raya!

• Travel kit Antabax yang terdiri daripada Penyembur Pembersih, Gel Pembersih Tangan Segera, Tisu Pembersih Anti-Bakteria dan krim mandian digunakan untuk pembersihan di mana sahaja tetapi terutamanya berguna semasa dalam perjalanan balik kampong.
• Untuk menyegarkan lantai ruang tamu, ruang makan dan dapur antara tetamu yang ramai, gunakan pencuci lantai mesra alam bio-home dalam bauan Asia iaitu serai dan teh hijau kerana ia tidak perlu dibias dan tiada sebarang toksik..
• Untuk menghilangkan kesan minyak dan kotoron degil seperti kunyit, cecair pencuci pinggan ZIP berkuasa, menjimatkan dan lembut pada tangan. Amalkan pembersihan secara terus di dalam dapur and ruang makan untuk mengelakkan timbunan pinggan mangkuk dan perik kuali bertambah.

Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Raya Fiesta Berganda, sila layari: www.rayafiesta.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s