World Burger Tour 2018 datang lagi tahun ini.
Untuk meraikannya, Team kulinari Kafe Hard Rock telah membuat penilaian terhadap lebih empat burger tempatan yang mendapat sambutan ramai dan dimasukkan dalam senarai World Burger Tour 2018.
Sepanjang bulan Mei ini sehingga Jun, menu tambahan di Kafe Hard Rock akan mengandungi EMPAT burger dengan cita rasa antarabangsa iaitu:
- Burger Andean, Santa Cruz, Bolivia
-burger enak ini dihiasi atasnya dengan kepingan buah avokado egar, telur goreng, lelehan keju cheddar, mayo bawang, salad rangup dan tomato. Ia dihidangkan beserta jejari kentang goreng.
- Burger Aussie, Sydney, Australia
-burger ditindan tinggi menyerupai jambatan Syney Harbour, dihiasi atasnya dengan bawang goreng, daging turki rangup, keju cheddar, telur goreng bersama beetroot, salad dan tomato serta hidangan jejari kentang goreng.
- Burger Banh Mi, Ho Chi Minh, Vietnam
-burger diselaputi dengan sos Vietnam, dihiasi dengan hirisan timun, jeruk sayur-sayuran, ketumbar dan daun bawang serta jejari kentang goreng. - Burger Ole, Barcelona, Spain
-dihidangkan dengan sos Romesco, sayur-sayuran yang dipanggang, serpihan keju - feta, arugula dan juga jejari kentang goreng.
Bagaimanapun keempat-empat burger itu hanya ditawarkan dalam masa yang terhad sahaja iaitu bermula pada 2 Mei sehingga 29 Jun nanti.
“Memang kami teruja untuk memperkenalkan koleksi burger Hard Rock Local Legendary buat kali kempat berturut-turut. Burger yang dihasilkan ini mengguna bahan-bahan yang terbaik, daging berkualiti tinggi, bahan-bahan segar, sos enak, lelehan keju dan semuanya datang bersama jejari kentang goreng Savoury Artisan.
Pengunjung yang datang antara tempoh yang disebutkan berpeluang merasai burger yang dihasikan mengikut cita rasa antarabangsa seperti Syney dan Barcelona.”
-Nor Esah Abdul Ghani, Pengurus Pemasaran, Kafe Hard Rock Kuala Lumpur
Sebagai sebahagian World Burger Tour itu juga, Kafe Hard Rock akan memperkenalkan menu minuman yang terdiri daripada koktel dan juga minuman tanpa alkohol seperti:
- Passion Fruit Mai Tai-klasik Tiki yang dicipta pada 1940an di California
- Southern Style Lemonade-air lemon yang dihidangkan bersama pudina dan buah tembikai
- Passion Fruit Punch-gabungan jus oren, buah markisa dan ginger ale
Untuk maklumat lanjut mengenai World Burger Tour, layari: