Mendengar perkataan Kenduri-Kendara yang menjadi tema bufet Ramadhan Hotel Hilton KL sudah dapat membayangkan banyaknya juadah-juadah enak dengan pelbagai pilihan yang disediakan oleh hotel bertaraf Lima Bintang ini.
Lebih daripada 200 juadah nostalgia kegemaran ramai disediakan oleh Team Kulinari kepada pengunjung yang datang ke Vasco Hilton KL sepanjang bulan Ramadhan ini..
Vasco Hilton KL ini terkenal dengan reka binaan taman urban “al fresco” menyediakan hidangan utama yang terkenal di negeri-negeri di Malaysia bermula dari Utara hinggalah ke Selatan tanah air.
Menariknya, juadah-juadah yang disediakan diletakkan di atas dulang-dulang klasik yang sering digunakan sewaktu kenduri-kendara di kampung.

Kesemua hidangan yang disediakan memang enak dan antara yang menjadi perhatian adalah kuah Asam Pedas Dondang Sayang Dengan Burasak dari Melaka, Ayam Masak Lemak Rebung Joget dari Selangor, Sambal Tumis Udang Harimau Dengan Petai Berangkai dari Perak, Nasi Dagang Ulek Mayang dan Nasi Kerabu Watimang Landok dari Terengganu, Sup Merah Temasik Bengkulu dan ikan Bakar Wak Safri Si Kuda Kepang dari Johor, Gulai Daging dari Perlis, Ikan Patin Sungai Tempoyak dari Pahang dan banyak lagi.
Bagi yang meminati menu Pulau Pinang, Vasco Hilton KL menyediakan Murtabak Raja, Pasemboq Boria Padang Kota yang sememangnya terkenal di negeri itu.

Turut disediakan aneka jenis makanan India, makanan antarabangsa seperti Jepun dan Barat seperti piza serta pasta.
Tidak ketinggalan aneka jenis kerabu, aneka jenis acar, rojak buah, ulam-ulaman kampung, aneka jenis sambal pencicah, ikan masin, ikan pekasam, serunding ayam, serunding daging, serunding ikan yang sedap dimakan bersama ketupat palas, ketupat daun kelapa, lemang pulut dan lemang pulut hitam. Juga sedap dimakan bersama Bubur Lambuk Haji Bakhil.
Yang sukakan makanan masam, aneka jeruk juga tapai disediakan untuk anda membuat pilihan.
Sambil makan, cuci mata dengan demo live penyediaan Kuih Loyang oleh Cef Deen.
Harga bufet:
- 17 Mei-17 June 2018-RM188 nett (Dewasa) & RM100 nett (kanak-kanak 6-11 tahun)
- 13 Jun-17 Jun 2018-RM100 nett (secara online via TABLEAPP.com dengan bayaan penuh)