MYDIN Meriah Dengan “Girang Syawal Tiba 2018”

Sempena Ramadhan yang dinanti-nantikan dan Syawal yang bakal menjelang tiba, MYDIN telah menyediakan pelbagai seleksi kurma untuk berbuka puasa yang didatangkan khas dari Timur Tengah.

dav

MYDIN juga menyediakan aneka program menarik dan peraduan untuk disertai, bazar Ramadhan yang menjual lebih daripada 200 juadah untuk berbuka, tawaran koleksi pakaian raya dan kelengkapan perayaan dengan harga berpatutan kepada pelanggannya.

Menariknya, lokasi bazar Ramadhan ini terletak dalam pusat beli-belah MYDIN sendiri manakala juadahnya dimasak oleh Cef MYDIN. Ia dibuka setiap hari bermula pukul 3 petang hingga 7.30 malam untuk memberi keselesaan kepada pelanggan yang tidak perlu bersesak-sesak membeli juadah berbuka puasa setelah penat membeli barang di dalam MYDIN.

Istimewanya, buat pertama kali tahun ini, MYDIN membuat kejutan dengan mengeluarkan lagu raya berjudul ‘Girang Syawal Tiba’ seiring dengan tema Ramadhan MYDIN.

Dinyanyikan oleh enam artis tempatan di bawah naungan syarikat rakaman FMC iaitu Haqiem Rusli, Tajul, Wani, Sissy Iman, Zoey Rahman dan Ernie Zakri. Dengan adanya lagu raya itu, ia menghangatkan lagi suasana sambutan hari raya MYDIN tahun ini.

Bukan itu sahaja, penggambaran video klip raya juga diadakan di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong. Selain memberikan keceriaan kepada warga emas di situ, MYDIN juga ingin menyampaikan mesej kepada semua bahawa warga emas tidak harus dilupakan lebihlebih lagi menjelangnya hari lebaran.

IMG_20180516_150207

‘Girang Syawal Tiba 2018’ ini juga menampilkan koleksi baju raya MYDIN dari jenama MIKAYLA untuk pakaian wanita dan MIKHAIL untuk pakaian lelaki. Dalam majlis pelancaran Girang Syawal Tiba yang diadakan minggu lepas, koleksi pakaian itu diperagakan oleh model dan artis.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, YBhg. Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin dan barisan Ahli Lembaga Pengarah MYDIN, rakan media dan pembekal.

Sepanjang bulan puasa ini, pelanggan MYDIN yang datang membeli-belah berpeluang merasai bubur lambuk yang dimasak khas oleh MYDIN dan akan diagihkan sebelum waktu berbuka puasa. Aktiviti memasak dan pengagihan bubur lambuk ini adalah dengan kerjasama daripada pembekal MYDIN iaitu ADABI, BERAS JUARA dan MAGGI.

Selain itu, pelanggan MYDIN berpeluang menyertai aktiviti bersama artis-artis tanah air seperti Faizal Tahir, Anis Nabila dan Amyra Rosli yang dibawakan oleh rakan pembekal MYDIN iaitu GSK, MAGGI, DKSH dan P&G.

Kempen-kempen bersama pembekal juga bakal diadakan seperti “purchase with purchase” dengan kerjasama P&G, Peraduan Jom Balik  Bersama Ambi Pur dan “Wow Bonanza Aidil Fitri” bersama NESTLE, Jom Balik Kampung membolehkan pelanggan memenangi hadiah mingguan bernilai RM1,000 (Baucar MYDIN), Baucar petrol dan Touch & Go.

Menarik lagi, sempena dengan Girang Syawal Tiba 2018 juga, pelanggan berpeluang menukar mata ganjaran Meriah kepada Air Asia Big Point untuk menebus tiket kapal terbang. Kepada mereka yang mengguna perkhidmatan GRAB, mereka boleh mendapat diskaun tambang untuk ke MYDIN.

Kepada yang suka bergambar, boleh berbuat demikian di Photo Booth yang disediakan di Mall dan menyertai Peraduan Instagram mengguna #mydinmalaysia dan #girangsyawaltiba.

Maklumat lajut, layari:

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s