Haiwan pun ada pamerannya sendiri. Hairannya setiap kali diadakan pameran mahupun ekspo untuk haiwan berbulu ini, memang dapat sambutan yang menggalakkan!
Seperti yang terjadi pada Ekspo Pet World Malaysia 2018 baru-baru ini di Mid Valley, ramai pengunjung hadir memenuhi ekspo itu sambil membawa haiwan peliharaan masing-masing. Malah artis tempatan yang memiliki haiwan peliharaan seperti model dan pengacara Bernie Chan, artis Talitha Tan, Atiff Zul dan Crystal Ong, penyampai radio Denise Chan turut hadir memeriahkan ekspo yang berlangsung selama tiga hari ini.
Dengan #ILOVEMYPET-Responsible Pet Ownership, ekspo yang sudah memasuki tahun ke-11 ini menyeru kepada penjaga haiwan peliharaan agar lebih bertanggungjawab dalam memastikan haiwan mereka terjaga dari segi makanan, kesihatan dan perapian diri.
Yang menariknya, Pet World Malaysia 2018 juga telah memperkenalkan Dutanya iaitu Poppy-Sue, anjing dari baka Poodle kepada orang ramai.
Banyak promosi, jualan murah dan pertandingan haiwan diadakan sepanjang eskpo berlangsung.