Kempen ‘Make Room for Play’ IKEA Tekankan Kepentingan Bermain Untuk Kehidupan

Kempen ini mahukan orang ramai sesekali mencuri masa yang padat dan luangkannya untuk beriadah dan bermain secara santai

 

IKEA meraikan pentingnya bermain dalam kehidupan harian menerusi kempen berterusannya berjudul ‘Make Room for Play’.

Photo 2 (Lowres)

Menerusi kempen ini, IKEA beriltizam untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang pentingnya bermain serta menggalakkan mereka untuk menilai semula cara dan tempat mereka bermain. Inisiatif ini disokong oleh penemuannya dalam Laporan Play IKEA (IKEA Play Report), yang merungkai betapa bermain itu penting di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa dalam kehidupan moden ini serta meneroka cara kita akan bermain pada masa depan.

Photo 1 (Lowres)

“Di IKEA, kami amat mengutamakan bermain kerana ia sangat penting demi manjalani kehidupan harian yang lebih baik. Kami ingin menggalakkan semua rakyat Malaysia meningkatkan aktiviti bermain mereka di rumah, yang merupakan ruang untuk mengeratkan silaturahim serta menikmati detik menyeronokkan bersama-sama keluarga. Apabila orang ramai mendukung pemikiran yang mementingkan bermain, tugas akan menjadi lebih mudah, dan lebih-lebih lagi ia akan mengurangkan tekanan dalam kehidupan harian mereka.

“Keperluan bermain kekal relevan meskipun kehidupan moden yang sentiasa berubah-ubah dan mungkin menjadi lebih penting kerana manfaatnya terhadap kesihatan mental, fizikal dan sosial semakin ketara dan boleh diukur.”

-Gerard Jensen, Timbalan Pengurus Runcit, IKEA Malaysia.

Laporan Play IKEA menonjolkan beberapa trend yang akan mempengaruhi cara kita bermain, khasnya dalam 10 tahun yang akan datang.

Antaranya:

• Aspek permainan akan menjadi multi-sensori sejajar dengan perkembangan teknologi seperti realiti maya (VR) serta teknologi yang boleh dipakai di bahagian badan untuk memberikan pengalaman yang lebih realistik.
• Seiring dengan rentak kehidupan yang semakin pantas di mana masa menjadi semakin suntuk, aspek permainan akan menjadi lebih rapat dengan semua aspek kehidupan lain kita. Kita akan bermain di tempat-tempat yang secara biasanya bukan untuk tujuan bermain, misalnya di tempat kerja.
• Sejajar dengan perkembangan teknologi yang pantas, semakin banyak orang akan akan mencabarnya dengan memilih pelbagai permainan nostalgik yang menggamit memori zaman kanak-kanak kita.

“Penemuan dalam laporan ini akan membantu membangunkan pelbagai produk serta penyelesaian baharu merentasi kediaman. Kami akan terus belajar, membangunkan serta meneroka cara-cara baharu untuk membantu pengguna menjalankan kehidupan yang lebih baik dan berseronok sambil melakukannya.” tambah Jensen.

Dalam satu bengkel kerja yang dianjurkan baru-baru ini, IKEA menunjukkan cara beberapa produk popular IKEA yang boleh mengubah sesebuah kediaman kepada taman permainan yang mengujakan. Bermula daripada keseronokan memasang meja hingga kepada menggunakan meja IKEA LACK sebagai papan mainan, IKEA menunjukkan betapa senangnya untuk kita mencipta ruang main di rumah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari IKEA.my.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s