Kesenian Timur Tengah Pikat Pengunjung di Avenue K

Pusat beli-belah Avenue K memulakan sambutan perayaan Hari Raya 2018 pada 25 Mei lalu dengan tema kempen “Pantulan Kilauan Raya”.

AK Raya Pic 2

Kempen yang berlangsung selama 31 hari sehingga 24 Jun ini menawarkan pelbagai aktiviti raya, diskaun dan promosi raya, jualan pakaian, jualan aneka kuih raya serta persembahan yang menarik untuk pengunjung yang datang membeli-belah di situ.

Sesuai dengan temanya, aras Atrium Avenue K dimeriahkan dengan hiasan aksesori deko raya rekaan geometri dengan kesenian dari Timur Tengah serta pencahayaan dari lampu gaya Maghribi yang diletakkan di pentas utama dan yang digantung di siling pusat beli-belah tersebut.

AK Raya Pic 1

Selain membeli keperluan raya di rangkaian kedai-kedai dalam Avenue K, pengunjung juga boleh mengunjungi Pasar Seloka, pasar sehenti yang menawarkan 22 gerai pelbagai produk keluaran pengusaha tempatan yang kreatif lagi inovatif antaranya aneka pilihan kuih raya, biskut raya, pakaian, kek, aksesori penjagaan diri dan banyak lagi.

Memenuhi tuntutannya pada masyarakat, Avenue K telah telah bekerjasama bersama EMEL oleh Melinda Ooi untuk membuat sumbangan kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Koleksi EMEL 2018 “socially concious” boleh dilihat di sekitar ruang masuk pusat beli-belah tersebut.

AK Raya flyer-01

Namun yang menarik sekali sempena perayaan ini, Avenue K akan mempersembahkan seleksi hiburan dari artis terkenal seperti Altimet dan Noryn Aziz, tarian tradisional, kaligrafi Jawi, menganyam rotan, mencanting batik, menganyam buluh dan pelbagai aktiviti kebudayaan tradisional masyarakat Melayu.

AK Raya flyer-02

Bagi pengunjung yang membeli-belah sehingga RM500 dan ke atas (RM450 untuk ahli kad AK Neighbours) dalam maksimum DUA resit bermula 25 Mei hingga 23 Jun, berpeluang mengambil bahagian dalam “Raya Madness Rewards” yang membolehkan anda memenangi hadiah menarik sebanyak RM30,000 termasuk Kamera Leica D-Lux 109, iPhone 8, Samsung S9 dan banyak lagi hadiah menarik!

Mereka yang membeli barangan raya sehingga RM350 dan ke atas (RM300 untuk ahli kad AK Neighbours) dalam maksimum DUA resit berpeluang membawa balik balang kaca edisi terhad! Hadiah ini akan diberikan selagi stok masih ada.

Jika anda membeli dalam RM200 dan ke atas (RM150 untuk ahli kad AK Neighbours) dalam SATU resit, anda boleh menebus set sampul duit raya dengan rekaan geometri yang menarik.

Untuk tahu lebih lanjut? Layari http://www.avenuek.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s