“Panggung Raya” Paradigm Mall Hidupkan Semula Seni Wayang Kulit

Perkembangan arus dunia digital menyebabkan seni persembahan Wayang Kulit semakin dilupakan.

Adanya inisiatif oleh pusat beli-belah Paradigm Mall PJ ini membantu menghidupkan kembali seni warisan tradisional ini melalui ‘Panggung Raya’ Hari Raya 2018 anjurannya. 

hdr

Pusat beli-belah kejiranan yang menjadi ikon ini telah mengatur pelbagai persembahan dan aktiviti yang menyeronokkan dan sukar dilupakan, khususnya untuk tetamu jemputan istimewa.

dav

Seramai 40 kanak-kanak kurang bernasib baik berumur antara 2 hingga 16 tahun dari Rumah Telaga Kasih terpesona menyaksikan persembahan Wayang Kulit yang berlatar belakang Kampung Tradisional Terengganu. Sepanjang persembahan 30 minit itu, dalang menceritakan pelbagai cerita rakyat dan epik tradisional menerusi permainan cahaya, bayang-bayang, aksi boneka dan muzik tradisional.

Tan Boon Leong, Pengurus Paradigm Mall PJ, berkata,

“Sebagai pusat beli-belah kejiranan, kami berbangga kerana dapat berkhidmat kepada masyarakat. Tahun ini, kami telah menemui cara yang unik dan distinktif untuk berkongsi kegembiraan menyambut kedatangan Syawal dengan semua rakyat Malaysian, menerusi seni persembahan tradisional Wayang Kulit. “

“Wayang Kulit berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada lewat tahun 1800-an. Seni pementasan ini memainkan peranan penting dalam warisan dan sejarah kita. Justeru, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menghidupkan kembali satu bentuk seni persembahan yang hampir dilupakan untuk dihayati oleh penonton muda. Sesungguhnya wayang kulit boleh dinikmati oleh mereka yang tersayang.”

Selepas menyaksikan persembahan, mereka berpeluang mengikuti bengkel untuk membolehkan mereka memahami asal-usul Wayang Kulit dan bagaimana ia dipersembahkan. Mereka juga diberi peluang untuk cuba menggerakkan ukiran boneka dan memainkan alat-alat musik tradisonal.

hdrDi samping itu, Paradigm PJ menganjurkan jamuan berbuka puasa dan memilih baju baru raya dan menerima duit raya. Majlis berbuka puasa untuk mereka telah diadakan di Pasar Baru, New World Hotel di Paradigm Petaling Jaya.

Sebagai sebahagian daripada perayaan ‘Panggung Raya’ Paradigm PJ, persembahan Wayang Kulit diadakan pada setiap hujung minggu, jam 4.30 petang, dari 25 Mei hingga 24 Jun 2018.

Orang ramai juga dapat menyaksikan persembahan istimewa seperti muzik Minangkabau Cak Lempong pada setiap Sabtu jam 5.30 petang dan persembahan seni silat mempertahankan diri setiap Ahad jam 5.30 petang. Selain itu, persembahan Tarian Raya juga diadakan setiap hujung minggu jam 3.30 petang. Semua persembahan ini diadakan di Upper Atrium, Tingkat UG.

Sepanjang tempoh perayaan ini juga, Paradigm Mall PJ mengaturkan pelbagai aktiviti menarik termasuk Bengkel Seni Tanah Liat, Bengkel Ketupat, dan bengkel Kuih Raya, setiap hujung minggu jam 12.00 tengah hari. Orang ramai yang datang untuk membeli-belah akan dapat membeli pelbagai keperluan Lebaran kerana terdapat banyak pilihan pakaian, biskut, permaidani dan makanan snek tradisional yang dijual di sini.

Pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 dalam satu resit pada hari yang sama (kecuali pembelian di Tesco, tambah nilai prabayar, urusan penukaran wang dan bayaran bil) akan dapat menebus tanglung Raya rekaan eksklusif serta sampul duit Raya bertema.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi www.paradigmmall.com.my. Anda juga boleh mengunjungi Kaunter Concierge di Tingkat CC, Paradigm Mall atau menghubungi talian perkhidmatan pelanggan di 03 7801 1188 (10 pagi – 10 malam setiap hari) untuk pertanyaan lanjut.

Untuk pertanyaan selanjutnya, sila hubungi:

Joanne Lee
Penolong Pengurus Kumpulan, Pengiklanan & Promosi
WCT Malls Management Sdn Bhd
joanne.lee@wctmalls.wct.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s