Anda salah seorang penjual produk online dan sering melakukan penghantaran yang banyak?
Terlalu sibuk untuk ke pejabat pos membuat penghantaran melalui kaunter?
Atau syarikat anda sering berurusan menghantar barang melalui pos?
Lebih-lebih lagi dengan hari raya yang bakal tiba, anda perlu membuat penghantaran yang banyak sebelum bercuti.
Tahukah anda boleh mengguna portal myGDEX untuk melakukan penghantaran?
myGDEX adalah platform penghantaran dalam talian atau Online kepada orang ramai yang ‘mesra-pengguna’ dan ‘hassle-free’. Bukan itu sahaja, melalui myGDEX juga, barangan yang hendak dihantar sama ada di dalam negeri mahupun luar negara di akan diambil depan pintu anda!
Jimat masa dan tenaga bukan?
Apa lagi kelebihan mengguna myGDEX ini?
Pengirim yang menggunakan perkhidmatan ini boleh:
- mencetak sendiri Nota Kiriman/Serahan
- meletakkan barangan di mana-mana cawangan GDEX, agen GDEX dan Pusat Lodge-in
Selain itu, GDEX juga:
- mempunyai rangkaian penghantaran yang luas secara tak langsung memudahkan orang ramai menghantar barangan di serata kawasan
- memudahkan anda mencipta Nota Kiriman di mana jua dan pada bila-bila masa
- Serahan penghantaran pula boleh ditempah mengikut kesesuaian masa anda
- boleh ditempah awal iaitu LIMA hari sebelum masa serahan. Pastikan berat barang kiriman sama seperti yang dinyatakan pada Nota Kiriman
- membolehkan semakan status penghantaran secara online
Pastikan juga anda mendaftar sebagai Ahli myGDEX jika anda ingin mengguna kemudahan e-Wallet. Banyak kelebihannya jika anda mengguna e-Wallet antaranya anda berpeluang menikmati kredit percuma, katalog percuma dan perkhidmatan mengambil barang dengan percuma.
e-Wallet ini juga boleh ditambah nlai atau di top-up dengan minimum RM100 sehingga RM10,000. Setiap penambahan nilai, anda akan menerima kredit percuma beserta perkhidmatan mengambil barang percuma.
Sebagai ahli juga, anda dapat menikmati sistem reward yang menarik.
Kini, adanya myGDEX, anda dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk membuat penghantaran.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai myGDEX, layari www.mygdex.com