Riang Ria Bersama eCurve

Sempena sambutan Aidilfitri ini, eCurve telah meraikan anak-anak yatim dari Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras bagi memeriahkan lagi sambutan program anjuran pihak pengurusan eCurve.

Photo 3

Bermula di Laser Warzone, 25 kanak-kanak tersebut terhibur setelah bermain beberapa pusingan permainan tag laser yang sengit ini! Keterujaan kanak-kanak itu dapat dirasai melalui jeritan dan hilaian tawa mereka di segenap ruang arena Laser Warzone itu.

Pihak pengurusan eCurve kemudian membawa tetamu cilik ini ke ruang Centre Atrium pusat beli belah itu  yang telah dihiasi menyerupai suasana lebuh raya lengkap dengan plaza tol. Ia juga mempamerkan pondok-pondok tol yang beratap hijau terang, papan tanda biru kuning serta lampu jalan. Terdapat juga hiasan tanaman yang menghidupkan suasana di jalan raya.

Tetamu cilik ini juga dimeriahkan dengan persembahan eCurve Muzikal Raya. Diiringi lagu-lagu Raya yang berkonsepkan kontemporari, penari-penari yang berpakaian warna-warni pastinya menghiburkan tetamu jemputan pada hari itu. Turut serta dalam persembahan tersebut, Amylea dan One Forteen membuat penampilan khas khususnya untuk tetamu istimewa pada majlis amal itu.

Lebih istimewa lagi, kumpulan popular Ruffedge membuat penampilan khas khusus untuk anak-anak yatim tersebut. Kesemua lima anggota kumpulan itu menceriakan kanak-kanak tersebut sepanjang acara itu berlangsung.

Azizul Hisham Ahmad, Pengurus Pusat eCurve berkata,

“Kempen Raya kami pada tahun ini bertemakan Suasana Riang Ria, di mana kami meraikan saat gembira musim perayaan. Selari dengan semangat kami pada bulan yang suci ini, kami juga ingin berkongsi kebahagiaan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Kami sememangnya berbesar hati dengan kehadiran anak-anak dari Rumah Bakti Nur Syaheera yang bersama-sama kami pada hari ini. Harapan kami adalah semoga perayaan ini akan menjadikan sambutan Hari Raya yang lebih bermakna.”

Seterusnya, tetamu-tetamu kecil kelihatan gembira menerima duit Raya dan hadiah istimewa sumbangan pihak eCurve sebelum mereka berkongsi hidangan buka puasa di restoran Ayam Penyet AP.

 

Ketahui lebih lanjut mengenai perayaan Raya eCurve dengan menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di 03-7725 0277 atau lawati http://www.ecurve.my atau halaman Facebook eCurve di http://www.facebook.com/eCurveMall.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s