Peluang Memenangi RM1Juta Melalui Peraduan “Senang Jer Menang” POWER ROOT

Wow banyaknya sehingga RM1,000,000 untuk dimenangi!!

Setakat Jun ini, seramai 77 pemenang telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sehingga RM55,900.

IMG_3383

Jadi anda di luar sana masih ada peluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai memandangkan peraduan ini masih berlangsung sehingga 31 Oktober!

 

Peraduan Senang Jer Menang adalah salah satu cara untuk berinteraksi dan memberi ganjaran kepada pelanggan kami. Kami tidak mahu menganjurkan pertandingan dimana pelanggan terpaksa mengisi borang penyertaan atau mengambil gambar dan ’tag’ gambar tersebut.

Kami ingin memudahkan proses penyertaan supaya ia senang sahaja untuk menang dalam peraduan ini. Sehingga kini, kami telah menemui 77 pemenang bertuah di seluruh Semananjung (Malaysia) termasuk di Sabah & Sarawak. Kami menjangkakan beberapa ribu pemenang bertuah lagi yang bakal muncul dalam tempoh 4 bulan yang akan datang sehingga 31 Oktober, 2018.”

-Pengerusi Power Root, Dato’ Afifuddin Bin Abdul Kadir.

Bercakap di majlis sidang media kepada 77 pemenang setakat ini, Dato’ Afifuddin turut menambah:

“Dengan kos sara hidup yang tinggi, ramai rakyat Malaysia merasai kesannya apabila perbelanjaan harian mereka semakin meningkat. Penurunan GST dari 6% kepada 0% sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang dihadapi. Sebagai sebuah syarikat tempatan, kami ingin turut serta membantu sedaya yang kami mampu. Melalui peraduan ini, ianya akan menjadi satu bonus untuk pelanggan setia kami dan kami berharap ia juga dapat menarik pelanggan baru untuk membeli dan mencuba minuman produk kami.”

Menurut Alif Satar, Duta Alicafe yang juga hadir di majlis tersebut,

Peraduan Senang Jer Menang memang sangat mudah untuk menang. Anda hanya perlu membeli mana-mana pek produk Alicafe, Alitea, Per’l atau Per’l Xlim dan cari Kad Gores yang mungkin berada di dalam pek. Jika anda menjumpai Kad Gores, anda telah menang! Goreskan Kad Gores untuk mengetahui hadiah yang telah dimenangi. Beribu-ribu hadiah telah disediakan, yang bernilai dari RM 100 sehingga RM 5,000. Tiada had pembelian untuk jumlah pek yang boleh dibeli dan anda pasti menikmati minuman ini bersama rakan-rakan dan keluarga.

Dato’ Afifuddin turut berkata bahawa Power Root sangat gembira kerana pemenang yang telah dijumpai sehingga kini adalah daripada pelbagai lapisan masyaratkat dan berbeza latar belakang.

Beberapa orang pemenang telah berkongsi cerita mereka dengan Power Root.

Mereka adalah:

  1. Nur Ihtisyam binti Nor Mohamad, dari Selayang memang tidak sangka beliau akan menang. “Semasa membeli-belah, anak-anak menangis meminta membeli pek Alicafe Tongkat Ali & Ginseng Original. Saya pun belilah dan gores. Tak sangka dapat RM 5,000. Macam tak percaya. Terima kasih kepada Power Root, duit ini saya akan guna untuk perbelanjaan anak-anak dan simpanan masa depan mereka.”
  2. Nurul Hidaayah binti Din, dari Selangor menyifatkan kemenangan RM500 apabila membeli pek Per’l Café, sebagai satu rahmat yang datang pada waktu yang baik baginya. Beliau sudah lama berhajat untuk pulang ke halaman kampung dan memulakan perniagaan penternakan kambing. Beliau kini bersemangat dan boleh memulakan perjalanan keusahawanannya dengan memperoleh dua kambing sebagai permulaan perniagaannya.
  3. Nurul Aini binti Marzuki baru habis berpantang dan keluar rumah membeli-belah buat pertama kalinya dengan ibu dan anak kecilnya. Beliau tidak jangka akan menang RM5,000 yang dijumpai di dalam pek Per’l Café. Nurul yang berasal dari Selangor menyifatkan rezeki dari ibunya yang ingin berkongsi membeli Per’l Café dan bayi kecil yang berusia 5 bulan sebagai tanda tuah baginya.
  4. Sanik bin Sariman, dari Johor berkata memenangi peraduan ini adalah satu rahmat yang sangat besar baginya dan tidak sangka pembelian pek Alicafe Tongkat Ali & Ginseng White Coffee akan memberinya kemenangan sebanyak RM5,000. “Mak & ayah sudah uzur dan tidak sihat. Bila saya kerja di offshore, isteri saya terpaksa menjaga mereka dan perbelanjaan untuk kesihataan bukan murah. Alhamdullilah dengan duit ini saya boleh bagi kepada isteri saya sebagai duit perubatan untuk mereka. Terima kasih Power Root!”
  5. Marzana Norazlinda binti Mohamad, berasal dari Pahang berkata beliau berterima kasih kepada nasib baik suami isteri di bulan Ramadhan ini apabila kedua-dua suami dan isteri memenangi hadiah berjumlah RM 100 dan RM 300 daripada peraduan Power Root ini. Beliau memberitahu bahawa suaminya yang mula-mula membeli pek Alicafe Tongkat Ali & Ginseng Lebih Pekat terkejut apabila menjumpai Kad Gores bernilai RM100 di dalam pek tersebut. Suaminya sejerus menyuruh beliau membeli produk Per’l Café dan memang rezeki suami isteri kerana pek Per’l Café mengandungi kad gores yang benilai RM300.
  6. Mohd Azhar Bin Abdul Ghani yang berasal dari Sabah, berasa amat terkejut kerana pek Alicafe Tongkat Ali & Ginseng Original yang dibelinya betul-betul membawa tuah baginya kerana beliau peminum tegar Alicafe. Beliau memberitahu disebabkan sifat kerjanya, beliau tidak boleh mengantuk dan perlukan tenaga semasa berkerja jadi pilihan kopi utamanya adalah Alicafe. “Saya amat bersyukur dengan kemenangan duit ini dan akan membuat perbelanjaan untuk anak-anak dan isteri.”

Cara untuk menyertai peraduan ini, pelanggan perlu

  • membeli mana-mana produk Alicafe, Alitea, Per’l atau Per’l Xlim
  • Jika pek mengandungi kad gores, anda telah menang!

Peraduan “Senang Jer Menang!” ini berlangsung sehingga 31 Oktober 2018 dan semua produk yang mengambil bahagian ada dijual di pasaraya-pasaraya utama, pasaraya-pasaraya besar dan kedai runcit bebas.

Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Senang Jer Menang, sila layari laman http://www.powerroot.com.my atau Facebook Alicafe, Facebook Per’l dan Facebook Powerroot

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s