Beraya Sakan di Bazar Marrakech, Setapak Central

Bagi memeriahkan lagi sambutan Raya tahun ini, Setapak Central Mall telah bertukar wajah menjadi Bazar Marrakech yang amat mempesonakan, memikat para pengunjung untuk merasai pengalaman sebenar membeli-belah di Maghribi.

logo

Dalam kempen yang berlangsung selama sebulan itu, pengunjung turut berpeluang untuk memenangi baucar beli-belah fesyen bernilai RM8,500 untuk meraikan Raya dengan penuh gaya.

Selain daripada hadiah yang menarik berkenaan, pengunjung juga menyaksikan beraneka persembahan bertemakan raya serta aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan pada hujung minggu.

“Untuk Raya 2018, kami mahu menonjolkan semangat Raya untuk semua peringkat umur dan ia dapat dilihat menerusi pelbagai aktiviti yang telah diaturkan seperti Tarian Tradisional Melayu, persembahan Angklung secara solo, lukisan batu untuk kanak-kanak, demonstrasi kesenian kopi, bengkel anyaman ketupat dan bunga tekap.”

-Pengarah Eksekutif Setapak Central, Chan Lai Hing

Selain daripada aktiviti-aktiviti tersebut, terdapat 10 gerai di dalam Bazar Marrakech yang menawarkan beraneka koleksi raya dan semua trend terkini pilihan pengunjung seperti Baju Melayu oleh Emmer Zecna dan Orlando, pakaian tradisional wanita oleh SRB dan Butik Breeze, kudap-kudapan serta snek oleh Mayuri Ipoh Murukku, biskut Raya oleh Alaena Mirza, pakaian tradisional kanak-kanak oleh Lil Treads dan banyak lagi.

Setapak Central sentiasa berusaha untuk menjadi sebuah pusat membeli-belah masyarakat yang mesra keluarga serta memberi nilai tambah dalam membeli-belah. Selain daripada pasaraya Econsave, Parkson dan MBO Cinemas, ia turut menawarkan pelbagai pilihan membeli-belah serta riadah lain yang sesuai dengan selera para pengunjung dari segenap lapisan masyarakat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari:

Mengenai Setapak Central

Setapak Central, sebelum ini dikenali sebagai KL Festival City (KLFC) menempatkan beraneka pilihan kedai serta butik, kafe dan restoran bagi memenuhi pengalaman gaya hidup membeli-belah. Dengan lebih 250 jenama dan 230 peruncit terdiri daripada membeli-belah, menjamu selera hinggalah hiburan, pusat membeli-belah berkenaan disokong oleh tiga penyewa utama iaitu Parkson Department Store, MBO Cinemas dan Econsave. Pusat membeli-belah itu turut menawarkan pelbagai pilihan jenama tempatan dan antarabangsa seperti H&M dan Cotton On bagi memberi kombinasi pilihan yang menarik dari segi kualiti, nilai dan pengalaman serta suasana membeli-belah yang menakjubkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s