Periuk Tekanan Philips All-in-One Sediakan Juadah Tradisional Dengan Mudah dan Pantas

Kalau dulu tempoh menyediakan juadah raya tradisional seperti rendang dan lemang bukan sahaja remeh malah perlu mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya sehingga ada yang tidak tidur pada malam raya.

IMG_20180630_141424

Namun dengan adanya Periuk Tekanan Philips All-in-One, penyediaan hidangan dapat dikurangkan malah cita rasa yang sama dihasilkan.

Tidak perlu lagi berjaga hingga pagi raya malah anda boleh menyiapkan persiapan raya sambil menanti hidangan siap dimasak!

“Hari Raya Aidilfitri adalah masa untuk menghargai dan meraikan tradisi, di mana keluarga dan sahabat handai berkumpul untuk mengeratkan silaturrahim, kebiasaannya sambil menikmati sajian lazat yang dimasak sendiri. Penggabungan tradisi dengan teknologi adalah cara Philips bagi menyemarakkan penghargaan terhadap tradisi, dengan menerapkan hidangan tradisional dalam dapur abad ke-21. Kami mahu membantu rakyat Malaysia mendukung tradisi (#StandForTradition) dengan menawarkan penyelesaian inovatif yang memudahkan mereka menerapkan tradisi dalam kehidupan seharian. 

Periuk Tekanan Philips All-in-One adalah ideal untuk generasi celik teknologi yang mahukan alat pelbagai fungsi yang mempunyai pelbagai cara memasak yang telah diprogramkan. Memasak boleh menjadi menyeronokkan bila anda tidak perlu memikirkan tentang kemahiran di dapur. Dengan teknologi Periuk Tekanan Philips All-in-One, masakan dipercepatkan sehingga LAPAN kali lebih pantas , menjimatkan lebih masa untuk orang yang tersayang daripada perlu menghabiskan masa di dapur.”

-Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara bagi Philips Malaysia

Masak dengan berbeza Raya ini menggunakan satu perkakas

Dengan hanya satu alat, anda boleh memasak perlahan atau menggunakan tekanan, memastikan nutrien dan zat dalam masakan kekal utuh. Cara memasak ini ideal buat sajian Hari Raya seperti rendang daging, gulai kambing, atau kari. Kegemaran ramai musim keraian seperti ketupat yang sesuai dengan hidangan berkuah juga boleh dimasak menggunakan Periuk Tekanan All-in-One, juga hidangan nasi seperti briyani, atau nasi putih.

Dengan Periuk Tekanan All-in-One yang serba boleh, anda juga boleh menggoreng cepat, melayur dan membakar, selain memasak secara tekanan atau perlahan. Manisan Raya kegemaran seperti kek gula hangus dan dodol boleh dibuat dengan mudah menggunakan alat ini, menawarkan pelengkap hidangan yang manis selepas hidangan lauk savuri.

Bukan sekadar masakan

Selain mempunyai pelbagai tetapan memasak, Periuk Tekanan All-in-One direka untuk memudahkan tugasan di dapur, membolehkan anda menyelesaikan tugasan lain sementara sajian sedang dimasak. Periuk dalaman buatan aloi aluminium mempunyai saduran Whitford emas yang anti calar dan tidak melekat, yang tahan lasak dan menawarkan aliran haba berkesan, membolehkan makanan dimasak dengan serata. Selamat tinggal hari-hari di mana anda perlu berulang-alik antara dapur dan ruang tamu untuk memastikan masakan anda sempurna.

Penjaga masa yang boleh diprogram mengikut resipi membolehkan anda meninggalkan dapur dan melakukan kerja lain, kerana anda tahu masakan anda akan siap tepat pada masanya. Oleh kerana penjaga masa dipadamkan secara automatik, pengatur tekanan dalam periuk kemudian akan melepaskan tekanan daripada periuk, jadi makanan anda sedia dihidang terus daripada periuk!

Sama ada anda menyediakan hidangan sahur atau merancang untuk menganjurkan rumah terbuka Raya sepanjang hari, pasti anda mahukan makanan dihidang panas dan segar pada bila-bila masa.

Dengan tetapan pemanasan semula dan menghangat pada Periuk Tekanan All-in-One, anda boleh memastikan makanan kekal segar dan hangat dalam satu periuk tanpa perlu memanaskannya semula menggunakan peralatan dapur yang lain.

Bila tradisi bertemu teknologi – Philips #StandForTradition

Hari Raya ini, Philips mahu anda mendukung tradisi (#StandForTradition) dan menikmati sesi memasak hidangan tradisional menggiurkan dengan cara moden, lalu mengekalkan tradisi di kalangan generasi muda dan celik teknologi.

Philips berbesar hati berkongsikan resipi Raya tradisional yang boleh disediakan menggunakan Periuk Tekanan Philips All-in-One. Ajak ahli keluarga dan rakan untuk bersama dalam kembara masakan anda musim keraian ini dan kecapi perayaan Hari Raya Aidilfitri yang sukar dilupakan!

Untuk maklumat lanjut mengenai Periuk Tekanan Philips All-in-One dan cadangan resipi lain, layari www.philips.com.my

Harga dan ketersediaan

Periuk Tekanan Philips All-in-One (HD2137/62) dijual pada harga runcit disarankan iaitu RM799 di Philips Brand Store di:

  • Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley, Kuala Lumpur
  • Sutera Mall, Johor Bahru
  • Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya
  • rakan runcit dan kedai pengedar di seluruh negara
  • secara dalam talian menerusi Kedai Online Philips-https://www.shop.philips.com.my/ 

 

Mengenai Royal Philips

Royal Philips (NYSE: PHG, AEX: PHIA) adalah syarikat teknologi kesihatan pendahulu yang fokus kepada memperbaiki kesihatan orang ramai dan membolehkan hasil yang lebih baik merentas kontinuum kesihatan daripada kehidupan sihat dan pencegahan, kepada diagnosis, rawatan dan penjagaan di rumah. Philips memanfaatkan teknologi terkini dan pemahaman klinikal serta pengguna yang mendalam bagi menyampaikan solusi bersepadu. Beribu pejabat di Belanda, syarikat ini adalah pendahulu dalam pengimejan diagnostik, terapi berpandukan imej, pemantauan pesakit dan informatik kesihatan, di samping kesihatan pengguna dan penjagaan di rumah. Portfolio teknologi kesihatan Philips menghasilkan jualan EUR 17.8 bilion pada tahun 2017 dan mempunyai kira-kira 74,000 kakitangan dengan jualan dan perkhidmatan di lebih 100 negara. Berita mengenai Philips boleh didapati di http://www.philips.com/newscenter.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s