Malas keluar beli barang? POTBOY Groceries Hantar Hingga ke Rumah

Hanya klik barang yang diingini dan Potboy Groceries akan menghantar semuanya ke depan pintu rumah anda! 

Senang, mudah dan pantas bukan!!

 

dav

Dan menariknya TIADA CAJ PENGHANTARAN!! Bukan itu sahaja, tiada had minimum untuk anda membeli barang dari Potboy Groceries ini.

 

Beroperasi pada 2016, ia dimiliki oleh PB Group dan menawarkan pelbagai pilihan barang dari produk bayi, kelengkapan rumah, haiwan peliharaan hinggalah penjagaan diri.

Goodie-Bag

Untuk mempromosikan Potboy Groceries ini kepada orang ramai, pada 6 hingga 8 Julai lalu, mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam, telah diadakan satu Ekspo O2O (Online to Offline) di Jaya One, Petaling Jaya di mana mereka yang hadir berpeluang merasai pengalaman membeli-belah tanpa perlu mengguna wang tunai!

Semua pembelian perlu mengguna aplikasi Fave yang dimuat turun di telefon bimbit. Selepas itu masukkan jumlah pembelian dan buat pembayaran secara online!

Pengunjung yang hadir menerima Goodies Bag yang disediakan, merasai produk-produk di lebih daripada 10 booth yang ada, membeli barang pada harga yang jauh lebih murah berbanding harga sedia ada malah barang yang dibeli boleh dihantar terus ke depan rumah.

IMG_20180708_152615

dav

Antara produk  yang dijual adalah Dolmio, Coca-Cola, Jasmine, Homesoy, Nescafe, Hersheys, Kapal Api, Red Chef, 100 Plus, Mamy Poko, Milo, Maggi, Masterfoods, Kao Attack, Laurier, Alicafe, Dettol dan bermacam-macam lagi.

Bagi yang membeli barang di booth produk, setiap pembelian RM20 akan menerima 1 token. Lebih banyak pembelian, lebih banyak token yang dapat dikumpul. Di hujung pembelian, anda boleh menukar token ini kepada hadiah-hadiah yang menarik.

Pelbagai aktiviti dan cabaran disediakan kepada pengunjung antaranya “Coolest Drink in Town”, “Hottest Rice in Town”, “Hottest Noodle in Town” dan demo memasak oleh Cef Dolly Khaw dari Jasmine.

dav

Bagi pertandingan Hottest Noodle in Town, pengunjung dari Sungai Buloh, Najmuddin Nasrol  berjaya membawa balik hadiah wang tunai sebanyak RM1,111.

Jangan buang masa, layarilah www.potboy.com.my dan pilih barang yang anda inginkan dan tunggu barang anda dihantar ke rumah anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s