RYANEES Untuk Wanita Traveller Yang Berhijab

TIDAK PERLU pin. TIDAK PERLU kerongsang. DAN yang BEST sekali TIDAK PERLU menggosok!

Tudung sebegini memang dicari-cari oleh kaum wanita bertudung sewaktu travel. Sangat menyenangkan dan tidak leceh, malah mudah membentuk mengikut bentuk muka.

 

36839560_2244050858955503_2828281280615940096_n

Mengguna material knitted cotton, tudung separuh instant RYANEES ini tidak mudah berkedut menjadikannya pilihan terbaik sewaktu travel.

IMG_20180706_201639

Dengan tagline “Hijab for Travellers”, RYANEES yang mendapat nama hasil gabungan ‘RYAN‘ + RinEE + Syahrein di mana ‘Ryan’ adalah nama anak tunggal pasangan pengasas Rinee Amelia Zakaria dan suaminya Syahrein.

Awal penubuhannya hanyalah dengan bermula di SOHO di Shah Alam, ia kini telah berkembang menjadi sebuah butik. Sasarannya memang kepada kaum wanita berhijab yang gemar mengembara di antara umur 25 hingga 55 tahun memandangkan pengasas sendiri mempunyai minat yang sama dan sudah pun mengembara hingga ke 44 negara dalam masa 25 tahun.

Tidak hairanlah tudung rekaannya dinamakan sempena 137 tempat yang pernah dilawatinya sejak tahun 1993. Antaranya Ryanees Bologna, Ryanees Dubai, Ryanees Moscow, Ryanees Prague, Ryanees Liverpool, Ryanees Rotorua dan Ryanees Sydney.

Baru-baru ini RYANEES telah mengadakan “Majlis Riang Ria Raya Ryanees” yang telah memperkenalkan tudung terbaru di bawah  Autograph Collection yang menyaksikan model-model memperagakan tudung tersebut.

RYANEES turut memperkenalkan penyanyi, pelakon dan usahawan, Linda Rafar sebagai Duta Jenama mereka dan telah pun membawa beliau ke India dan Maghribi untuk penggambaran produk di sana.

Produk RYANEES banyak dipromosi oleh media-media tempatan antaranya TV Alhijrah,  Radio KoolFM, majalah fesyen dan juga dipakai oleh pelakon dalam drama-drama tempatan seperti “Jangan Padam Rindu”, “Cinta Fatamorgana” dan banyak lagi.

RYANEES juga mengadakan pertandingan “Ingat Travel, Ingat RYANEES” yang mana pemenang dipilih berdasarkan pemakaian tudung RYANEES yang bertetapan dengan negara yang dilawati.

36804538_2243891502304772_8928880161026211840_n

RYANEES juga menggalakkan mereka yang berminat untuk menjadi Agen dan Dropship. Buat masa sekarang, RYANEES mempunyai lebih daripada 150 agen yang berdaftar di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Untuk lebih lanjut layari:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s