Demi Kebaikan Santan, Ayam Brand dan dahmakan Jalin Kerjasama

Jenama isi rumah kegemaran yang mempunyai rangkaian luas produk makanan di Malaysia kini bekerjasama dengan startup peneraju penghantaran makanan tempatan.

Kerjasama ini bertujuan untuk membawa rasa santan kelapa Ayam Brand yang lazat kepada lebih ramai orang di Kuala Lumpur menerusi penghantaran makanan gourmet yang sihat oleh pihak dahmakan.

AB_01

dahmakan menjadikan servis penghantaran makanan setiap hari lebih mampu milik. Pasukan chef hotel 5 bintang mereka menghasilkan hidangan tengah hari dan makan malam yang sihat mengguna bahan-bahan yang terbaik. Ia juga mudah dihantar ke pejabat atau rumah pelanggan dalam masa 45 minit selepas tempahan dibuat.

Ayam Brand sememangnya sinonim dengan makanan yang sihat, selain bebas MSG dan bahan pengawet. Kolaborasi di antara dua jenama ini dibina berasaskan nilai ingin menawarkan makanan yang sihat, selain bebas MSG dan bahan pengawet.

Usahasama ini juga memastikan pelanggan dahmakan dapat menikmati rasa dan kelebihan Ayam Brand™ Coconut Milk di dalam hidangan-hidangan signatur mereka termasuklah Rendang Ayam dan Ayam Percik. Kerjasama ini akan berlangsung mulai Jun 29, 2018 selama TIGA bulan.

“Rakyat Malaysia memang gemar makan dan mempunyai citarasa yang baik apabila menyentuh tentang hidangan kegemaran masyarakat tempatan seperti Nasi Lemak, rendang dan kari. Di dahmakan, kami sangat menitikberatkan aspek kualiti makanan. Kami ingin memastikan kami menggunakan bahan-bahan yang terbaik, sekali gus tidak berkompromi dari segi rasa dan aroma.

-Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama dahmakan, Jonathan Weins.

Ayam Brand™ mengutamakan kebaikan, kepelbagaian dan kemudahan santan sejak bertahun-tahun lamanya. Kerjasama dengan dahmakan membolehkan kami mengujakan kumpulan pengguna baru yang pasti menghargai kualiti rasa santan dalam makanan gourmet hidangan tempatan. Kami harap kelazatan hidangan Ayam Brand™ dahmakan akan memberi motivasi kepada mereka untuk menghasilkan semula resepi-resepi yang sama.”

-Penasihat Pemasaran Strategik Ayam Brand™ Malaysia, Nathan Deverre.

Rakyat Malaysia memang menyukai santan dan produk kelapa yang lain memandangkan kelapa merekodkan penggunaan per kapita paling tinggi (PCC) iaitu 17kg setahun , mendahului carta penggunaan tanaman buah-buahan di Malaysia. Ayam Brand™ pula merupakan jenama santan terlaris di Malaysia.

Apa kata cuba menu baharu dahmakan dengan santan Ayam Brand™ dengan menempah di:

  • laman web https://dahmakan.com/menu dengan harga bermula RM18 hingga RM29 termasuk penghantaran
  • aplikasi yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store untuk pengguna Android dan Apple App Store bagi pengguna iOS.

Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai-kedai runcit di seluruh negara.

Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mengetahui lebih banyak cara menikmati produk Ayam Brand™!
Mengenai Ayam Brand

Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 126 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel.

Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau ikuti Facebook :Ayam Brand-World of Recipes

Mengenai dahmakan

dahmakan menjadikan usaha makan dengan sihat lebih mudah menerusi gabungan hidangan yang dimasak oleh chef hotel 5 bintang dengan aplikasi mudah alih yang mudah digunakan. Pilih daripada rangkaian hidangan antarabangsa dan tempatan, tempah ketika anda lapar dan ianya akan dihantar terus ke pintu anda. Hidangan akan ditukar pada setiap hari dan ia disediakan di dalam dapur yang bebas alkohol dan khinzir, menggunakan bahan mentah tempatan serta import yang terbaik. Buat tempahan bersama kawan-kawan dan bayar lebih awal menggunakan pakej dahmakan Prime untuk menikmati lebih banyak penjimatan dan kemudahan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s