Putrade Allsuites at Royal Perak Golf Club Lancar Majlis Pra Pembukaan

Satu kejutan yang sungguh tidak disangka!

 

IMG_20180718_100743

Hari pertama pembukaannya, Putrade Allsuites at Royal Perak Golf Club (RPGC) ini telahpun menerima kehadiran 18 tetamu! 

IMG_20180718_102058
Ketua Pegawai Eksekutif Putrade Allsuites at RPGC, Datuk Shamsul Kamar Ahmad (dua dari kiri) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Royal Perak Golf Club Bhd, Hanizah Abdullah (tengah) dan penginap pertama hotel, Encik Mazlan (dua dari kanan)

Pad 18 Julai lalu, satu majlis pra pembukaan telah diadakan di ruang lobi Putrade Allsuites at RPGC. Ia telah dihadiri oleh wakil media dan penulis blog dari Ipoh serta Kuala Lumpur. Majlis bersejarah ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Putrade Allsuites at RPGC, Datuk Shamsul Kamar Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Royal Perak Golf Club Bhd, Hani zah Abdullah.

Apa yang menarik mengenai hotel ini adalah ia terletak di lokasi strategik iaitu hampir dengan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dan berlatarkan Gunung Lang serta Gunung Bilike.

IMG_20180718_103017

Putrade Allsuites at RPGC juga dilengkapidengan prasarana yang serba lengkap. Kelebihan-kelebihan ini telah menjadikan Putrade Allsuites at RPGC menjadi pilihan utama pelancong dalam dan luar negeri Perak terutama sekali di kalangan penggemar sukan golf tempatan.

Terdapat 36 unit Suites Apartment yang dilengkapi dengan segala kemudahan yang sofistikated diyakini mampu menjamin keselesaan tetamu yang menginap di sini.

Putrade Allsuite at RPGC turut menyediakan perkhidmatan concierge dan kawalan keselamatan 24 jam, perkhidmatan penghantaran / pengambilan ke lapangan terbang Sultan Azlan Shah, perkhidmatan dobi dan ruang letak kederaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Kamar Ahmad berkata,

“Putrade Allsuite at RPGC menawarkan TIGA jenis bilik iaitu:

  • 2 unit apartment 3 bilik dengan keluasan 1208.87 kaki persegi
  • 12 unit apartment 2 bilik dengan keluasan 906.55 kaki persegi dan
  • 20 unit apartment 1 bilik dengan keluasan 604.44 kaki persegi.

Kadar bayaran untuk Pakej Penginapan Peribadi satu malam dengan sarapan adalah minimum sebanyak RM390 dan maksimum RM590 untuk apartment 3 bilik.”

Selain itu, pelbagai pakej menarik telah disediakan oleh pihak Putrade Allsuites at RPGC bagi memenuhi kehendak pelbagai kategori tetamu. Antaranya pakej penginapan seminar untuk dua hari satu malam dengan kadar bayaran sebanyak RM220bersih seorang dengan syarat minimum penyertaan sebanyak 40 orang pada satu-satu masa.

Pakej ini disediakan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa syarikat-syarikat korporat, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang acapkali menganjurkan bengkel, kursus dan latihan untuk kakitangan masing-masing.

Menariknya, tetamu yang menginap di Putrade Allsuites at RPGC juga boleh beriadah dan bersukan di sini. Kemudahan seperti 18 Hole Championship Golf Course, Driving Range, gelanggang Tenis, gelanggang Squash, kolam renang beserta Jakuzi, jimnasium memberi jaminan pengalaman yang terbaik kepada mereka yang menginap di sini.

Selain itu, mereka juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang menyelerakan di Fairway Restaurant yang terletak di Aras 1, bangunan utama Kelab Golf DiRaja Perak.. Restoran ini menyajikan makanan yang dijamin 100% halal. Bukan sahaja menyediakan selera makanan tempatan malah makanan antarabangsa. Cef yang berpengalaman telah ditugaskan khas untuk memastikan makanan yang disediakan di Fairway Restaurant ini mampu memenuhi citarasa tetamu yang berkunjung.

Kemudan dewan acara untuk pelbagai aktiviti dan majlis juga turut disediakan. Dewan yang boleh menampung 700 orang tetamu pada satu masa ini dilengkapi dengan kemudahan dekorasi dan penataan cahaya yang pastinya mampu memikat hati tetamu yang datang. Dewan ini sesuai untuk dijadikan sebagai tempat majlis perkahwinan, persidangan dan acara-acara besar yang lain.

Dengan inovasi dekorasi baharu dan fasiliti yang terkini, Putrade Allsuites at RPGC mampu menjadi salah satu daya tarikan baru dan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat setempatnya khususnya di negeri Perak.

Untuk tujuan tempahan, sila:

  • hubungi +60 5 238 0022
  • emel ke: inquiry@putradeallsuites.com
  • membuat tempahan atas talian melalui wakil agen atas talian; Agoda, Expedia dan Traveloka.

Alamat:

Putrade Allsuites at RPGC

c/o Royal Perak Golf Club
Jalan Sultan Azlan Shah
31400 Ipoh, Perak
Tel: +605-238 0022 Fax: +605-238 0021
www.putradeallsuites.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s