Putrade Allsuites at RPGC Tampil Mewah dan Eksklusif

Bangunan berona putih yang terletak bersebelahan Royal Perak Golf Club (RPGC)  ini tampil mewah dan eksklusif dari luar.

IMG_20180718_100443

Apabila memasuki unit apartmen TIGA bilik Putrade Allsuites at RPGC ini, hati terus terpaut dengan konsep minimalis yang diketengahkan beserta susun atur perabot di ruang tamu dan bilik-bilik yang simple tetapi kemas. Rona hijau kerusi sofa, langsir, sarung bantal dan aksesori katil memberi kesan kontra kehangatan dalam suasana bilik.

Menariknya, kesemua 36 unit Suites Apartment yang terdiri daripada DUA unit apartment  3 bilik (luas:1,208.87 kaki persegi), 12 unit apartment 2 bilik  (luas: 906.55 kaki persegi) dan 20 unit apartment 1 bilik (luas:604.44 kaki persegi) dilengkapi dengan segala kemudahan yang sofistikated yang diyakini mampu menjamin keselesaan tetamu.

Satu-Bilik Suite (RM390bersih)

dav

-bergantung kepada konsep dan rekaan dalam bilik, ada yang dilengkapi dengan katil Queen atau katil berkembar , TV LED 43inci atau 32 inci, ketuhar, peti sejuk dan kerusi sofa. Sesuai bagi mereka yang gemar bermain golf dan business traveler.

Dua-bilik Suite (RM490bersih)

dav

-dilengkapi dengan katil King dan katil berkembar, TV LED, ketuhar, peti sejuk dan kerusi sofa. Sesuai bagi mereka yang mengembara berkumpulan.

Tiga-bilik Suite (RM590bersih)

 

hdr

-menghadap panorama padang golf di RPGC, ia adalah simbol kemewahan memandangkan keluasannya sangat besar.  Sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga atau mereka yang datang dalam kumpulan yang ramai.

Antara kemudahan yang disediakan adalah:

  • mesin kopi Dolce Gusto
  • jaringan internet tanpa had
  • peti keselamatan elektronik
  • sistem kad berkunci
  • penghawa dingin
  • mini bar
  • perkhidmatan makan di dalam suite
  • IDD telefon,
  • televisyen satelit
  • katil tambahan

Selain itu, Putrade Allsuite at RPGC turut menyediakan perkhidmatan concierge, kawalan keselamatan 24 jam, perkhidmatan penghantaran / pengambilan ke lapangan terbang Sultan Azlan Shah, perkhidmatan dobi dan ruang letak kederaan.

Tetamu yang menginap di Putrade Allsuites at RPGC boleh beriadah dan bersukan dmengguna kemudahan yang disediakan seperti 18 Hole Championship Golf Course, Driving Range, gelanggang Tenis, gelanggang Squash, kolam renang beserta Jakuzi, jimnasium dan banyak lagi yang pastinya memberikan jaminan pengalaman yang terbaik kepada mereka yang menginap di sini.

dav

hdr

hdr

Jika perut terasa lapar, bolehlah ke aras satu bangunan utama Kelab Golf DiRaja Perak yang mana di situ terletaknya Fairway Restaurant.  Anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang menyelerakan dan dijamin 100% halal. Juadah yang disediakan memenuhi selera makanan tempatan malah turut menyediakan makanan antarabangsa. Cef yang berpengalaman telah ditugaskan khas untuk memastikan makanan yang disediakan di Fairway Restaurant ini mampu memenuhi citarasa tetamu yang berkunjung.

dav

Kemudan dewan acara untuk pelbagai aktiviti dan majlis juga turut disediakan. Dewan yang boleh menampung 700 orang tetamu pada satu masa ini dilengkapi dengan kemudahan dekorasi dan penataan cahaya yang pastinya mampu memikat hati tetamu yang datang. Dewan ini sesuai untuk dijadikan sebagai tempat majlis perkahwinan, persidangan dan acara-acara besar yang lain.

Pelbagai pakej menarik telah disediakan bagi memenuhi kehendak pelbagai kategori tetamu. Antaranya pakej penginapan seminar untuk dua hari satu malam dengan kadar bayaran sebanyak RM220nett seorang dengan syarat minimum penyertaan sebanyak 40 orang pada sesuatu masa.

Pakej ini disediakan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa syarikat-syarikat korporat, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang acapkali menganjurkan bengkel, kursus dan latihan untuk kakitangan masing-masing.

Untuk tujuan tempahan, sila:

  • hubungi +60 5 238 0022
  • emel ke inquiry@putradeallsuites.com
  • membuat tempahan atas talian melalui wakil agen atas talian; Agoda, Expedia dan Traveloka.

Boleh juga menghubungi:

Intan Tantiyana Puteri Jaafar
Director of Marketing Communications
Putrade Allsuites @ RPGC
 : 019- 5400 004
 : inquiry@putradeallsuites.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s