Ingin Kenali Kaum Bugis? Jom ke FIESTA Warisan Bugis Lino Maloang

Sebut sahaja Bugis, mesti ingat ‘lanun’ sebab itu stigma yang telah dicanang sejak dahulu lagi..

WhatsApp Image 2018-07-24 at 15.19.08

Untuk mengelakkan stigma ini dari terus melarat hingga ke generasi akan datang, maka Persatuan Melayu Bugis Selangor (PMBS) Daerah Klang menganjurkan FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG pada 28 dan 29 Julai ini.

Acara yang diadakan buat julung kalinya ini dibuat atas kesedaran tidak ramai yang mengetahui tentang sejarah dan tradisi masyarakat Bugis sebenarnya kecuali label ‘lanun’ yang dicanang turun-menurun kepada mereka.

FWB008

FWB017

Bagi mengelakkan stigma ini terus melarat tanpa mengetahui sejarah asalnya, PBMS merasakan satu acara perlu diadakan bagi memperkenalkan tradisi dan budaya orang Bugis kepada semua.

FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG akan diadakan di Kompleks Sukan Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan bermula jam 9:00pagi hingga 10:00 malam.

Ia akan dirasmikan oleh YAB Tuan Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor pada 28 Julai 2018, pada jam 9:00 pagi.

Perkataan Bugis “LINOMALOANG”  yang bermakna “DUNIA NAN LUAS” dijadikan sebagai simbol semangat kaum Bugis. Ia dirasakan bertepatan dengan peranan, sumbangan serta budaya merantau orang-orang Bugis dari tanah asal mereka di Sulawesi yang menetap di hampir seluruh pelusuk Nusantara, juga beberapa negara lain di seluruh dunia.

Penganjuran FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG ini mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang selain sokongan dan penyertaan oleh komuniti Bugis di negara luar seperti Batam dan Singapura.

Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang 2 hari tersebut, antaranya:

1.PERSEMBAHAN SENI TARI MELAYU & BUGIS

  • Tarian 4 etnik ( Bugis, Makassar. Mandar & Toraja)
  • Tari Paduppa
  • Tari Indo Logo
  • Tari Pepe-pepeka Ri Makka (tari api)

2.  PENCAK SILAT ALIRAN BUGIS

3. PERTANDINGAN BUSANA TRADISI BUGIS

4. KULINARI MASAKAN TRADISI BUGIS

5. PAMERAN SENJATA DAN BUSANA BUGIS

Acara ini bakal diserikan dengan persembahan artis-artis tempatan seperti Gmie Screen, Bagio Damasutra dan Ali XPDC pada sebelah malam.

Orang ramai dijemput hadir ke fiesta ini untuk mengenali sejarah Bugis dengan lebih lanjut sambil berhibur dan bersantai dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Untuk keterangan lanjut mengenai acara ini, sila hubungi:

  • Hajjah Noor Aini (BONDA): +6019-3131282
  • En Saleh Arshad: +6019-3073412

ATAU:

Untuk sebarang urusan media, sila hubungi:

  • Amiruddin Karim – 013 2199103
  • Saiful Azmi Jamsari – 016 3171222

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s