GARNIER Color Naturals: Pewarna Rambut Telus Air

Garnier Color Naturals memperkenalkan rangkaian pewarna rambut yang telus air dan merawat rambut agar terjaga dan warna berkilau.

Garnier 2

Pengurus Pemasaran Garnier, Samatha Teh ketika berucap di pelancaran rasmi rangkaian yang diperbaharui di Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor.

Garnier 1

“Dari hasil penyelidikan pengguna kami, kami memahami bahawa “pewarna rambut yang telus air” adalah istilah carian popular di Internet. Kian lama, pengguna hanya mempunyai warna dan jenama yang terhad, sehinggalah kini

Oleh itu, rangkaian pewarna rambut Garnier Color Naturals kini diperkuasakan dengan bahan semula jadi untuk rambut yang dirawat, malah ia telus air”.

Samantha menerangkan bahawa Garnier berusaha memudahkan untuk cantik dan guna tanpa was-was. Ini sebabnya jenama Garnier sinonim dengan bahan berasaskan alam semula jadi. Kami percaya bahawa produk-produk semula jadi adalah efektif dan menghormati kehendak pengguna-pengguna kami.

Garnier mempunyai sejarah inovasi yang bermula sejak tahun 1904. Apa yang mendorong kita ke arah peningkatan berterusan adalah melihat pengguna menggunakan produk kami dengan tenang,” katanya.

Selain daripada teknologi boleh telus air, rangkaian pewarna rambut Colors Naturals Garnier yang baharu ini adalah bebas ammonia. Ini bermakna bukan sahaja krim ini memberikan tekstur rambut yang lebih baik, merawat rambut serta memberikan warna menarik, dan berbau wangi sewaktu penggunaan.

Garnier Color Naturals ini mengguna bahan-bahan berasaskan alam semula jadi, seperti minyak zaitun, avocado, dan badam yang memberikan warna dan ketahanan rambut selama lapan (8) minggu. Garnier Color Naturals adalah dibukti secara klinikal untuk memberikan rambut berkilau x5, menutup uban dan senang digunakan.

Lihat dan rasakan perbezaan rambut anda dengan pewarna rambut Color Naturals Garnier!

Rangkaian ini kini boleh didapati dalam kit RM19.90 (berbilang guna) dan dan sachet RM8.90 (kegunaan sekali) di seluruh negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s