Dapur Thermomix®, Teknologi Memasak Alaf Baharu

Percaya tak jika diberitahu anda kini boleh memasak sajian tradisional Melayu seperti ayam rendang dan kari daging dalam masa 30 minit sahaja? Daging rendang yang dihasilkan pula empuk dan sedap dimakan.

Selepas daging rendang, anda boleh menggoreng udang dan masa yang diambil juga singkat, hanya 15 minit manakala pencuci mulut seperti kacang lepa dan skon juga mengambil masa tak sampai 15 minit?

Mustahil?

Tidak, jika anda mengguna Dapur Thermomix®.

thermomix-recipes

Dengan adanya dapur canggih Thermomix® ini, semua masakan yang anda ingin rasa mampu diselesaikan dalam masa yang lebih cepat. Bukan itu sahaja, ruang dapur tidak berkecah malah tidak perlu lagi membersihkan sisa-sisa minyak yang merecik dan lantai juga tidak berminyak.

Thermomix®, jenama peneraju inovasi kejuruteraan teknologi dapur lebih 50 tahun ini memperkenalkan teknologi memasak alaf baharu yang memberi penyelesaian kepada mereka di luar sana terutamanya ibu-ibu bekerjaya yang ingin menyediakan hidangan keluarga dengan cepat dan pantas.

Dapur Thermomix®ini bertindak seperti pengisar merangkap periuk atau kuali. Cuma ia tidak mengguna minyak gas dan tidak memerlukan api untuk memasak. Jadi ia selamat digunakan.

Yang paling menarik, ia juga boleh menimbang bahan-bahan masakan secara digital dengan hanya menekan fungsi yang tertera pada paparan.

Admin sendiri telah mencuba Dapur Thermomix® ini. Dalam masa tidak sampai satu setengah jam, LAPAN juadah beserta SATU jag jus lemonade berjaya dihasilkan. Sesi memasak dengan Dapur Thermomix® Admin bersama penulis blog yang lain dibantu oleh Cef Theresa Lee bersama staf Thermomix®.

Menu yang disediakan mengguna Dapur Thermomix®adalah:

IMG_20180713_125036

  1. Bubur Teochew Seafood
    Penyediaan: rebus+stim
  2. Skon Oatmeal
    Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan doh
  3. Tat Telur
    Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan doh pastri
  4. Lepa Kacang dan Gajus
    Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan lepa
  5. Mi Hor Fun dengan Ayam Carik
    Penyediaan: stim+rebus
  6. Kek Stim Ayam Flos
    Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan kek

    nfd

  7. Kari Daging Tamarind
    Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan pes
  8. Ais Krim Coklat pisang
    Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan ais krim
  9. Jus Lemonade
    Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan jus

IMG_20180713_133206

Semua menu yang disediakan diambil daripada buku resipi “Thermomix Easy Meals for the family Asian Edition” yang ditulis oleh Cef Theresa.

Amin yang kurang mahir memasak terus terpesona dengan teknologi yang ada pada Dapur Thermomix®. Memang mudah memasak dan menyediakan hidangan keluarga sekarang ini dengan Dapur Thermomix®.  Hanya sentuh fungsi memasak yang diingini pada skrin sentuh, anda boleh mengacau, mencampur, memutar, mencincang, menimbang, memasak, mereneh dan mengemulsi apa jua bahan yang anda perlukan.

Bukan sahaja mudah, pantas malah Dapur Thermomix® mengekalkan khasiat makanan yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/ThermomixMalaysia atau https://Thermomix.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s