Sebelum ini, Dia Brand telahpun menghasilkan single pertama berjudul ‘Mungkin’.
Dengan single kedua ini, ia dijadikan sebagai tiket bagi Dia Brand untuk terus memasuki industri hiburan tanah air dan lebih dikenali oleh ramai orang.
Ditubuhkan enam tahun lalu, Dia Brand dianggotai oleh lima pencinta muzik. Mereka terdiri daripada:
- Rafie (gitaris),
- Eppy (keyboardist)
- Fauzi (dram & pengasas kumpulan)
- Isma (bassist)
- Izhan (vokal)
Kumpulan yang yang berasal dari Johor ini adalah artis pertama di bawah naungan Eizi Productions. Sepanjang tempoh enam tahun itu, kumpulan Dia Band telahpun menghasilkan DUA buah lagu single.
Lagu single pertama berjudul ‘Mungkin’ diterbitkan pada tahun 2016. Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh komposer berprofilik Edry Abd Hali atau lebih dikenali Edry KRU ini pernah tercalon didalam carta pencalonan rancangan Muzik-Muzik anjuran TV3 dan memasuki carta-carta di radio tempatan seperti RTM.
Bukan itu sahaja, lagu mereka telah memasuki carta di radio-radio swasta termasuk radio Mediacorp Ria Singapura.
Lagu single kedua Dia Band yang juga dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU ini dengan muzic arrangement oleh Dia Band sendiri. Ia dilancarkan pada Mac 2018.
Dia Band menetapkan konsep muzik pop/rock balada yang beralunkan Indo pop dengan elemen Melayu moden yang begitu mesra di kalangan pendengar tempatan untuk dipersembahkan didalam lagu-lagu Dia Band.
Dia Band dan Eizi Productions yang juga merupakan sebuah syarikat Sound and Light Rental telah bekerjasama dengan Impact Music & Entertainment sebagai Artis Management Unit yang menjaga segala gerakan Dia Band.
Untuk pembikinan MTV ‘Lupakan Dia’, Dia Brand telah bekerjasama dengan ikon pelakon kanak-kanak, Mia Sara Nasuha.
Lagu ini boleh dimuat turun di saluran telco di Malaysia, Singapura, Indonesia mengguna iTunes, Spotify, Joox dan pelbagai platform muzik digital lain.
Diharapkan single kedua terbaru ini, Dia Brand akan semakin dikenali ramai lebih-lebih lagi industri hiburan tanah air.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi pihak:
- Management Dia Band Impact Music & Entertainment, Encik Sazali Hj Mawsasie/Puan Emma di 01127808886
- Record Label: Eizi Productions
Mohd Fauzi 017-7124024
Emel: eizi_productions@yahoo.com
Official FB: www.facebook.com/eiziproductions
Youtube: http://www.yotube.com/eiziproductions - Edaran: Tropicjaya Entertainment Sdn Bhd
- Pengurusan: Impact Music & Entertainment
Emel: impact.ime.msia@gmail.com
FB:impact music
IG: impact_music
DIA BAND:
IG: http://www.instagram.com/dia_band/
FB: http://www.facebook.com/eiziproductions
Twitter: @DiaBandofficial
Fanbase: FB Dia Band Fan