Untuk tahun kedua berturut-turut, Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor (SNPS) bakal kembali sekali lagi.
Sempena kejayaan cemerlang tahun lalu, kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor akan menganjurkan SNPS 2018 berlokasi di Petaling Jaya.
Matlamat utama SNPS 2018 adalah untuk menggalakkan masyarakat khususnya golongan belia untuk berkongsi semangat kebangsaan mereka melalui nyanyian. SNPS 2018 juga adalah program yang menjurus kepada aktiviti-aktiviti sihat yang di titik beratkan oleh kerajaan negeri Selangor. Dengan wujudnya aktiviti- aktiviti sebegini, ia mampu melahirkan generasi yang punya semangat kebangsaan yang tinggi. Ia juga adalah aktiviti positif mengisi masa lapang masyarakat dalam usaha membanteras musuh nombor satu negara iaitu najis dadah.
Tahun ini MBPJ akan menjadi tuan rumah sejajar dengan matlamat kerajaan negeri Selangor iaitu PJ selaku salah satu lokasi Kota Seni di Selangor. Banyak aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian telah berlangsung dan bakal berlangsung dibawah anjuran MBPJ sepanjang tahun ini. Pastinya SNPS 2018 menjadi salah satu program kesenian yang bakal mengangkat Kota Seni PJ dengan lebih gemilang.
SNPS 2018 terbahagi kepada TIGA kategori iaitu:
- bawah 12 tahun
- bawah 18 tahun
- 19 tahun ke atas
Semua kategori ini dibuka sama ada secara solo, duet atau berkumpulan. Peserta perlu medaftar terlebih dahulu sebelum 12 Ogos ini dan pendaftaran adalah PERCUMA.
Borang pendaftaran boleh didapati di laman FB Majlis Bandaraya Petaling Jaya, FB Pemadam Negeri Selangor, WhatsApp di 0166806489 atau hantar email di bob@atlasoneevents.com.
Mereka yang mendaftar akan menerima email pengesahan untuk ujian saringan yang akan berlangsung pada 18 dan 19 Ogos bermula jam 8 pagi di Kompleks Arena PJ (Pusat Rakan Muda). Ujian saringan ini akan diadili oleh TIGA juri profesional iaitu Korie Aminuddin, Jojie Aminuddin dan Sarah Ismail.
Empat peserta terbaik dari setiap kategori akan melangkah ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 22 September bermula jam 8.30 malam di Dewan Sivik MBPJ. Mereka akan sekali lagi diadili oleh juri yang sama. Peserta juga akan berkongsi pentas bersama artis-artis terkenal seperti Azharina, Korie, artis baru Dylea dan Fauzi Yusoff yang bakal menyampaikan lagu-lagu menarik untuk menyemarakkan lagi suasana malam SNPS 2018.
Orang ramai yang ingin menghadirinya perlu mendapatkan tiket PERCUMA di nombor 0166806489 atau email bob@atlasoneevents.com.
Senarai lagu yang dipertandingkan:
- Warna Warna Malaysiaku-Datuk Siti Nurhaliza
- Standing in the eyes of the World-Ella
- Anak Merdeka-Ella & The bOys
- Dirgahayu Tanah Airku-Lagu rakyat
- Dikir Puteri-Noraniza Idris
- Anak Malaysia-Aris Ariwatan
- Warisan-Datuk Sudirman
- Hijau Buni Tuhan-XPDC
- Sejahtera Malaysia-Zurin Aziz/Roy
- Hijau-Datuk ZainalAbidin
- Lagenda-Sheila Majid
- Sehati Sejiwa-Alif Satar
- Gemuruh-Faizal Tahir
- Arjuna Beta-Fynn Jamal
- Bahtera Mereka-Aishah
- Assalamualaikum-Faizal Tahir
- Ghazal Untuk Rabiah-Datuk Jamal Abdillah
- Terbang Tunduk-Fynn Jamal
- Malaysia-Faizal Tahir
- Mentera Semerah Padi-Datuk M.Nasir
Berikut adalah senarai hadiah berjumlah RM10,450.00 (jumlah terkumpul)
Bawah 12 tahun
- RM1,000
- RM700
- RM400
- RM150
Bawah 18 tahun
- RM1,500
- RM1,000
- RM500
- RM200
19 tahun ke atas
- RM2,500
- RM1,500
- RM700
- RM300