Kempen “Apa Khabar Mak Abah?” Tingkatkan Kesedaran Akan Masalah Inkontinens

Juga dikenali sebagai masalah “Lemah Kawalan Kencing”, ia biasa dihadapi oleh mereka yang berusia 40 tahun ke atas bagi wanita dan 60 tahun ke atas bagi lelaki dan semakin menular di kalangan mereka ini.

Namun, hanya 31% sahaja yang mendapatkan rawatan darpada pakar perubatan.

TENA Media Launch (1)

Jadi kempen “APA KHABAR MAK ABAH?” oleh TENA diharapkan dapat meningkatkan kesedaran di kalangan anak-anak akan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa memandangkan ramai yang keberatan untuk berbincang masalah ini secara terbuka.

TENA dengan bantuan Yayasan Kontinens Malaysia telah melancarkan kempen ini untuk menggalakkan anak-anak agar lebih prihatin dan mengambil berat tentang keadaan kesihatan ibu bapa mereka yang semakin meningkat usia. Dengan membekalkan sumber tip-tip dan sokongan, mereka akan lebih tahu dan mengenalpasti tanda-tanda ibu bapa mereka mungkin menderita secara diam.

Inkontinens boleh menjejaskan pergerakan dan kualiti hidup seseorang, ini amat membimbangkan orang yang menyayangi dan mengambil berat tentang mereka. Tambahan pula, perasaan malu dan risau dengan tanggapan buruk masyarakat akan membuatkan mereka tidak mahu berbincang tentang masalah ini. Di TENA, kami amat komited untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman supaya mereka merasa lebih selesa untuk mendapatkan rawatan dengan bantuan anak-anak mereka.” kata Evelyn Chan, Pengarah Pemasaran Kumpulan Vinda Asia Tenggara.

“Kempen “Apa Khabar Mak Abah?” ini sebenarnya ingin menggalakkan ahli keluarga terutamanya anak-anak untuk memerhatikan tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan ibu bapa mereka sedang bergelut dengan inkontinens dan mengambil langkah seterusnya untuk membantu mereka.

Dengan itu, TENA menyediakan sumber maklumat serta penyelesaian holistik untuk membantu masalah lemah kawalan kencing seperti TENA Pants yang menyerupai seluar dalam yang memudahkan pergerakan dan memberi kebebasan untuk melakukan rutin harian tanpa risau.

Menerangkan dengan lebih lanjut lagi, Dr. Peter Ng, Pakar Urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia berkata:

“Ramai mengalami masalah ini walaupun ia mudah ditangani dengan pengetahuan dan bantuan yang betul. Sentiasa berinteraksi dengan ahli keluarga adalah permulaan yang baik untuk menangani masalah ini meskipun agak sukar untuk mengubah fikiran orang tua. Kami harap mereka memperolehi sebanyak mungkin maklumat supaya mereka dapat mengenalpasti samada ibubapa mereka mengalami masalah inkontinens. Dengan bantuan orang tersayang, ibubapa dapat hidup dengan lebih bebas dan menikmati era keemasan ini tanpa rasa takut atau segan.”

“Sebagai seorang anak, saya amat menghargai sumber maklumat dan bantuan yang disediakan oleh TENA yang membenarkan kita memahami inkontinens dengan lebih mendalam,” kata Juriah binti Jalalus Shuti yang ibunya Aminah mengalami masalah ini sejak empat tahun dulu.

“Kempen ini menggalakkan anak-anak seperti saya supaya lebih peka kerana jika kami sekeluarga tidak menyedari simptom-simptom pada tahun 2014, mungkin ianya akan mengambil masa yang lebih lama untuk Mak sembuh seperti sekarang – bebas menjalankan aktiviti harian dan juga pergi bercuti tanpa rasa bimbang dengan bantuan TENA. Ibu bapa menjaga kami semasa kecil dan saya percaya kini tiba masanya untuk kami menjaga mereka apabila mereka meningkat usia.”

Kempen ini merangkumi sumber-sumber berikut:

Senarai Semak Diri (Self-Checklist) secara online (pautan terdapat di www.facebook.com/TENA.Malaysia) yang tumpu kepada beberapa perubahan tingkah laku harian ibu bapa mereka seperti terlalu kerap ke tandas atau tidak mahu menyertai aktiviti luar rumah jika tempat tersebut kurang kemudahan tandas awam; ini mungkin menunjukkan mereka mengalami inkontinens. Anak-anak digalakkan memerhati senarai tersebut dengan sendiri bagi memastikan mereka tahu dan mengambil perhatian terhadap perubahan pada ibu bapa mereka;

Buku Panduan ‘Caring 101’ (terdapat di www.TENA.com.my) diterbitkan dengan kerjasama panel-panel pakar perubatan untuk berkongsi dan memberi pandangan terhadap perubahan yang berlaku mengikut peringkat umur serta penyelesaian praktikal terbaik untuk menjaga ibubapa;

Video Pendidikan ‘Caring 101’ (juga terdapat di www.TENA.com.my) untuk tip dan nasihat daripada pakar perubatan bagi persediaan untuk menjaga ibubapa;

Talian bantuan bebas tol 1-800-88-9988 atau pilihan Facebook chat di http://www.facebook.com/TENA.Malaysia (Waktu operasi dari 9 pagi ke 5 petang, Isnin hingga Jumaat)

Berbekalkan pengetahuan ini, ahli keluarga diperkasakan untuk membantu ibu bapa mereka; Mungkin dengan cara memulakan perbincangan, membeli seluar dalam penyerap TENA Pants atau mendapatkan nasihat perubatan supaya orang tersayang dapat terus melakukan perkara yang mereka gemari dan menjalani kehidupan secara bebas dan berkeyakinan tanpa rasa risau tentang masalah inkontinens.

Untuk maklumat lanjut tentang maklumat pendidikan dan kempen “Apa Khabar Mak Abah?”, layari www.facebook.com/TENA.Malaysia atau www.TENA.com.my.

Jangan lepaskan peluang kerana peserta yang melengkapkan Senarai Semak Diri “Apa Khabar Mak Abah?” dalam jangka masa tertentu akan menerima hadiah istimewa TENA* yang akan membantu anda menghadapi cabaran menangani inkontinens.

*Sementara stok masih ada

Fakta tentang Inkontinens

Inkontinens adalah keadaan apabila anda gagal mengawal kencing. Meskipun ia bukan penyakit yang boleh mengancam nyawa, terdapat pelbagai salah tanggapan terhadap masalah yang biasa dialami ini. Ramai yang percaya hanya golongan tua sahaja yang akan mengalaminya. Kencing tidak terkawal sebenarnya bukan satu penyakit tetapi ia adalah simptom akibat dari penyakit lain yang lebih serius. Disebabkan kurangnya kesedaran, ramai yang enggan mendapatkan rawatan dan memilih untuk mendiamkan diri kerana rasa malu.TENA Media Launch (2)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s