Pek LAURIER ‘Made With Love’ Kini Serba Baharu dengan Penampilan Lebih Segar

Bungkusan yang diberi nafas baru dan ‘diperbuat dengan penuh perhatian’ atau ‘Made with Love’ ini memperkasakan kehidupan kaum wanita melalui kecanggihan inovasi dari Jepun.

Photo 4 (1)

Kao Malaysia telah melancarkan Laurier serba baharu yang hadir dengan gaya dan penampilan lebih segar. Pembungkusan baharu Laurier menyerlahkan identiti baru produk yang “Diperbuat dengan Penuh Perhatian”.

dav

Direka dengan mengambil kira keperluan dan kemudahan golongan wanita, tuala wanita serba baharu Laurier mengetengahkan kecanggihan teknologi dan inovasi Jepun, terutama ciri “Ultra Absorbent Core”.

Kao Malaysia memenuhi keperluan gaya hidup wanita yang sofistikated dan aktif pada hari ini. Sekali gus meningkatkan kualiti hidup mereka dan berkongsi keterujaan terhadap produk-produk yang inovatif demi memaksimumkan kepuasan pelanggan.

Dibangun berdasarkan kepada nilai “Yoki-Monozukuri” Kao, Laurier serba baharu menggabungkan keperluan penguna dengan R&D inovatif dalam usaha menawarkan tahap keselesaan yang terbaik kepada wanita setiap kali mereka datang bulan.

Presiden Kao Malaysia, Masaki Fujiwara pada majlis pelancaran berkata,

“Sejak 35 tahun lalu, Kao Laurier terus berpegang pada komitmennya – menjaga wanita serta memperkasakan mereka untuk menjalani kehidupan dengan bebas menerusi teknologi dan inovasi Jepun. Laurier serba baharu memberikan wanita keyakinan kerana dapat menjaga diri sendiri dengan baik, menghilangkan rasa bimbang dan ketidakselesaan fizikal sepanjang tempoh datang bulan yang tidak dapat dielakkan.

Menerusi produk yang inovatif ini, kami berusaha untuk memberi kepuasan dan memperkayakan kehidupan manusia dengan menawarkan pengalaman baharu kepada wanita dari segi keselesaan, keyakinan dan kemudahan.”

Menerangkan tentang sebab di sebalik reka bentuk bungkusan baru itu, Naib Presiden Pemasaran Kao Malaysia, Tan Poh Ling berkata,

Kao Laurier “Diperbuat dengan Penuh Perhatian”. Reka bentuk dan penampilan bungkusan Laurier serba baharu direka untuk memenuhi keperluan wanita dalam masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Terutama dalam kalangan wanita muda berusia 18 hingga 22 tahun yang mahukan bungkusan yang ringkas, berwarna-warni dan segar.

Ultra Absorbent Core yang inovatif pantas menyerap dan memerangkap darah haid pada bahagian tengah tuala wanita, memastikan kulit kekal kering. Sekali gus memberikan keselesaan dan ketenangan minda kepada wanita, walaupun pada dua malam pertama kitaran haid mereka.”

Setiap perincian penampilan dan pembungkusan baharu itu dilakukan dengan penuh perhatian dan kesungguhan, Laurier serba baharu hadir dalam:

  1. Perfect Comfort (Maxi & Slim)
  2. Night Safe (dengan & tanpa kedutan).

Ia sememangnya teman terbaik wanita setiap bulan, mereka boleh menjalankan aktiviti harian dengan penuh yakin dan selesa! Teknologi Jepun yang inovatif pada Laurier serba baharu memastikan kulit lebih kering, mencegah kebocoran dan tiada kebimbangan, walaupun pada dua hari pertama datang haid.

Sempena pelancaran ini, Kao Malaysia menganjurkan peraduan ‘Made with Love’ di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah utama berupa percutian 5D4N ke Jepun untuk dua orang lengkap dengan jurugambar peribadi!

Caranya:

  1. beli mana-mana produk Laurier serba baharu bernilai RM20
  2. rakam idea ‘Made with Love’ mereka dalam sekeping gambar
  3. muat naik ke laman Kao Laurier Facebook dengan hashtag #LaurierMadewithlove

Gambar yang menerima paling banyak Likes akan dipilih sebagai pemenang.*

Maklumat lanjut, sila layari Facebook Laurier https://www.facebook.com/kaolaurier/ atau laman web rasmi Kao Malaysia di http://www.kao.com/my/laurier/.

Fakta Ringkas Produk

Laurier serba baharu kini hadir dengan rupa dan ciri-ciri inovatif yang menawarkan rangkaian lengkap produk tuala wanita demi memenuhi keperluan yang berbeza. Reka bentuk Laurier serba baharu diberi perhatian khusus dan perincian teliti demi memastikan wanita sentiasa selesa sepanjang waktu datang bulan. Direka dengan teknologi Jepun dan dihasilkan penuh perhatian, kulit akan kekal kering walaupun pada dua hari pertama datang haid! Quick Lock System – dwi lapisan udara yang lembut dan kering pantas menyerap dan memerangkap darah haid pada bahagian tengah tuala wanita ini. Diamond Surface pada Laurier serba baharu (kecuali Maxi Non Wing) menawarkan rasa kering yang mengagumkan dengan penyerapan dua kali (2x) lebih pantas, membuatkan wanita rasa lima kali (5x) lebih kering. Tuala wanita ini juga lebih senang dan cepat dicuci.

Laurier Night Safe Serba Baharu menampilkan Ultra Absorbent Core untuk penyerapan maksimum bagi menghalang kebocoran, walaupun pada hari dengan aliran darah yang banyak. Menyerap cecair 2x lebih cepat dan memerangkap aliran mendadak di dalam terasnya untuk mencegah kebocora pada bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur.

Laurier Perfect Comfort Maxi
Maximum Absorbent 360°All Round Leak Guard
• Ciri anti-kerenyuk mencegah kebocoran dan kerenyuk ke tengah.
• Menahan darah haid dari mengembang ke bahagian tepi.
Laurier Perfect Comfort Slim

Laurier Perfect Comfort Slim
Maximum Absorbent Hyper Absorption
• Menyerap cecair 2x lebih cepat dan nikmati 5x tahap kekeringan yang tinggi
• Kulit lebih selesa untuk jangka masa yang lebih lama.

Laurier Night Safe
Ultra Absorbent Core Maximum Absorption for leakage prevention
• Menyerap darah haid 2x lebih pantas dan nikmati 5x tahap kekeringan, walaupun pada hari aliran berat anda.
• Membantu mencegah kebocoran di bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur

Laurier Night With Safety Gather
Ultra Absorbent Core Maximum Absorption for leakage prevention
• Menyerap darah haid 2x lebih pantas dan nikmati 5x tahap kekeringan, walaupun pada hari aliran berar anda.
• Padan dengan baik pada badan untuk membantu mencegah kebocoran di bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s