Alami Wajah Selembut Sutera Dengan Mask Dr. Morita Silk Fiber

Siapa yang tak nak kulit wajah mulus dan selembut sutera? Memang itu yang sering diimpikan oleh setiap wanita.

Tahukah anda, impian itu bakal jadi kenyataan dengan pelancaran terbaru mask Dr. Morita 3-dimensi.

DSCF6098

Rangkaian mask ini unik dan diperbuat daripada bahan Silky Moribiotex mewah. Ia adalah kelas perubatan yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi dan teknologi canggih dari Jepun.

Mask Dr. Morita Silk Fiber ini diperbuat daripada sutera mewah yang halus dan berkualiti tinggi.Ia juga sangat selesa dan sesuai dengan pelbagai bentuk wajah muka sambil melepaskan serum formulasi khasnya ke dalam kulit. Kulit akan menjadi lebih lembut, licin, lebih menarik berbanding dengan wajah kulit sebelum ini.

Mask Sutera Dr. Morita yang terbaru ini adalah mask yang terbaik kerana:

  • ia menggabungkan lapisan sutera dengan bahan ramuan yang berkualiti tinggi
  • diperbuat daripada serat sutera yang terbaik
  • menggunakan intipati ternamanya yang mempunyai 3 jenis saiz molekul Asid Hyaluronik dan juga 11 jenis Amino Asid.

Mask sutera Dr Morita yang terbaru kini sedia ada dalam ENAM jenis pilihan untuk kecantikan kulit anda:

  1. Dr. Morita Silk Fiber Moisturizing Facial Mask, 3 helai
    -membantu melembapkan kulit dengan intipati serum pelembapan ternamanya Asid Hyaluronik yang mengandungi molekul kecil untuk penyerapan ke dalam kulit
  2. Dr. Morita Silk Fiber Anti-Wrinkle Facial Mask, 3 helai
    -menggabungkan formulasi Asid Hyaluronik ternamanya dengan 25 bahan-bahan yang berkhasiat seperti Emas, Sarang Burung Walit and Sake dari Jepun. Ia berkesan untuk melambatkan proses penuaan kulit agar wajah kelihatan muda dan berseri
  3. Dr. Morita Silk Fiber Whitening Facial Mask, 3 helai
    -mengandungi ekstrak serum Black Pearl dengan 25 bahan-bahan berkhasiat dan formulasi Asid Hyaluronik berjenama untuk mencerahkan masalah kulit kusam
  4. Dr. Morita Silky Smooth Skin Essence Facial Mask, 8 helai
    -mengandungi serum pelembapan ternamanya, iaitu Asid Hyaluronik dengan molekul kecil dan bahan-bahan seperti Kedelai Hitam, Luffa, Terung dan Ekstrak Sake untuk kulit yang cerah. Bahan aktif yang bermutu tinggi dalam rangkaian mask “Silky” dapat mencapaikan kesan pelembapan yang terbaik dan tahan lama. Ia sangat sesuai untuk kulit kering
  5. Dr. Morita Silky Bright Skin Essence Facial Mask, 8 helai
    -Asid Tranexamik dianggap sebagai ‘Payung untuk Kulit’ di industry ini. Ia adalah berkesan untuk mengatasi masalah jeragat dan pigmentasi sambil membantu mencerahkan kulit. Bahan aktif ini yang boleh didapati dalam Dr. Morita Silky Bright Skin Essence Facial Mask. Produk ini dapat mencapaikan kulit cerah yang bertahan lama kerana ia menggabungkan serum pelembapan berjenama Asid Hyaluronik, protein sutera, dan bahan pencerahan kulit yang berkonsentrasi tinggi
  6. Dr. Morita Silky Glowing Skin Essence Black Facial Mask, 8 helai
    -Pendedahan berlebihan kepada sinaran matahari (UV) boleh merosakkan kulit. Dr. Morita Silky Glowing Skin Essence Black Facial Mask adalah pilihan yang sesuai untuk penjagaan kulit selepas sinaran UV.Ia mengandungi pelbagai ekstrak untuk melembapkan dan membinakan daya tahan kulit. Ia juga mengandungi Asik Tranexamik untuk melindungi kulit dari sinar UV sementara mencerahkan kulit. Wajah kulit akan menjadi lebih halus dan sihat

“Kami amat gembira kerana menawarkan pelbagai produk untuk penyokong kami di Malaysia. Prestasi mask Dr. Morita di Malaysia agak menggalakkan. Bahan Sutera adalah komoditi yang sangat berharga sejak dari zaman dahulu. Kini, ia digunakan dalam industri mask dan dapat meningkatkan lagi pengalaman pengunaan mask kecantikan . Dengan pelancaran produk-produk baru ini, saya yakin peminat kecantikan akan dapat mencari mask yang sesuai untuk keperluan kecantikan mereka.“kata PhD Chunhsu Jou, Ketua Pegawai Eksekutif Dr. Jou Biotech Co., Ltd dan ketua penyelidikan Dr Morita di pelancaran produk yang diadakan baru-baru ini.

Dr. Morita kini adalah jenama No 1 mask di Asia. Ia mencatat sejarah 83 tahun dan merupakan salah satu pelopor dalam industri mask popular terkini dan pernah dianugerahkan Anugerah Kualiti Antarabangsa pada 2017 & 2018 Monde Selection Award dari Jepun.

Pelbagai mask Dr. Morita boleh didapati di Guardian di seluruh negara dari RM 33.87 – RM 43.30.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s