IKEA Kini Sedia di Akses Bila-Bila Masa Melalui IKEA Online Store

Wah bestnya!!! Tidak kira di mana dan pada bila-bila masa, kini anda boleh membeli barangan kelengkapan rumah IKEA melalui IKEA Online Store setelah peruncit kelengkapan dari Sweden ini turut menceburi e-dagang di Malaysia.

IKEA 02

Dengan pelancaran IKEA online store ini, ia mencerminkan komitmen penuh IKEA  dalam platform e-dagang di Malaysia dan bakal menjadi platform beli-belah dalam talian bagi kelengkapan rumah yang terbesar kepada rakyat Malaysia.

hdr

Dengan pelancaran ini juga, IKEA online store meluaskan penghantarannya ke seluruh negara. Pengguna boleh meninjau dan menempah produk IKEA tanpa mengira masa dan tempat.

Ketika mengupas tentang pelancaran perkhidmatan ini, Gerard Jansen, Timbalan Pengarah Runcit, IKEA Asia Tenggara berkata,

“Menerusi pelancaran IKEA online store pada skala yang sebesar ini, kami mampu mencapai lebih ramai rakyat Malaysia. Seiring dengan perkembangan masa, ia akan membolehkan kami memenuhi kehendak mereka untuk membeli-belah secara dalam talian, sambil merealisasikan visi kami untuk mencipta kehidupan harian yang lebih baik bagi orang ramai di Malaysia.”

Sebelum pelancaran rasmi perkhidmatan tersebut, IKEA Malaysia telah membuat pelancaran fasa awal untuk menjalani ujian hujung ke hujung (end-to-end testing) ke atas sistem e-dagang ini. Demi memastikan usaha ini berpaksikan penggunaan, proses sistem ini telah membolehkan IKEA untuk mengumpul pelbagai pengajaran, maklum balas serta amalan terbaik yang bertujuan mempertingkatkan serta memberikan pengalaman beli-belah yang paling sempurna bagi semua saluran.

IKEA online store memberikan akses kepada lebih 9,000 produk perabot Sweden dengan harga rendah, direka dengan baik, berkualiti, dan berfungsi. Tambahan pula, laman in mempunyai kategori berdasarkan produk dan bilik bagi menjamin pencarian yang mudah. Lebih-lebih lagi, pelbagai foto turut disajikan bagi mencetus inspirasi dalam rekaan dalaman serta hiasan di rumah.

IKEA online store merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan pengalaman unik IKEA kepada lebih ramai pengguna. Ia merupakan penambahan sempurna kepada gedung-gedung fizikal kami, khasnya untuk pelanggan yang tinggal jauh dari gedung kami. Kini, mereka mampu meninjau perabot inspirasi mereka, memasukkan produk kegemaran ke dalam kart beli-belah, serta memilih pelbagai perkhidmatan tambahan seperti pemasangan produk,” tambah Gerard.

Pelanggan boleh memilih penghantaran produk melalui penghantaran parcel atau trak yang amat sesuai untuk produk-produk bersaiz besar. Yuran penghantaran adalah berbeza-beza mengikut lokasi dan pilihan penghantaran.

IKEA online store menerima semua kad debit dan kredit utama, Visa mahupun MasterCard.

Layari IKEA.my untuk meneroka dan membeli-belah di IKEA online store.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s