Pasta Kering PREGO BUDDIES Untuk Kanak-Kanak

Istimewanya PREGO BUDDIES dari Prego, pakar hidangan pasta ini adalah ia diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli bagi membantu ibu-ibu yang sibuk menyediakan hidangan pasta yang berkhasiat serta menyeronokkan untuk anak-anak hanya dalam masa 10 minit sahaja!

Image 1 (1)

Didatangkan dalam beraneka bentuk bertemakan sukan serta angkasa, ia pasti memikat selera anak-anak untuk menikmati hidangan pasta yang berkhasiat lagi menyeronokkan. Apatah lagi ia boleh disediakan dalam hanya 10 minit.

Setelah lebih sedekad lamanya Prego memenuhi citarasa keluarga dengan menawarkan pelbagai jenis sos pasta dan pasta kering, kini Prego teruja untuk mengembangkan lagi rangkaian pasta kering keluarannya, Prego Buddies, khas untuk si cilik yang menggemari pasta serta bagi memenuhi keinginan ibu-ibu untuk menjadikan masa makan anak-anak mereka sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan.

Prego sentiasa komited dalam usaha menjadikan masa makan sebagai detik yang menggembirakan bagi seluruh ahli keluarga. Sebagai pakar pembuat pasta, kami ingin memastikan setiap hidangan yang dimasak untuk keluarga adalah enak, seronok dan mudah disediakan menerusi keluaran pasta terbaharu untuk kanak-kanak ke dalam rangkaian pasta kering Prego.”kata Pengarah Pemasaran Campbell Soup Asia Tenggara, Michelle Nunis.

Prego mengembangkan lagi rangkaian pasta kering keluarannya menerusi inovasi dan kini dengan mengutamakan keperluan kanak-kanak, pakar pasta ini kini sedang berusaha untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh ibu dalam menyediakan hidangan enak serta lengkap yang dapat memikat selera anak-anak mereka ketika makan.

Kebanyakan ibu bersetuju bahawa anak-anak mereka cerewet dalam memilih makanan dan tidak mahu masa bermain mereka diganggu ketika makan. Dengan adanya Prego Buddies, para ibu hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk menyediakan beraneka jenis hidangan pasta dengan penuh kasih sayang dan boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan sos pasta Prego atau menambah beberapa ramuan tambahan, memastikan si cilik sentiasa gembira.

“Sebagai seorang ibu, saya sememangnya amat memahami cabaran untuk memastikan anak-anak kita menghabiskan makanan serta memakan sayur-sayuran, terutama sekali bagi anak-anak yang berusia antara 3 hingga 12 tahun. Kini, dengan Prego Buddies, para ibu dapat menyediakan hidangan yang mengandungi khasiat sayuran dan menjadikan masa makan mereka lebih menyeronokkan. Prego turut membantu para ibu agar lebih kreatif dalam menyediakan hidangan bertemakan barat atau tempatan untuk si cilik dengan resipi hidangan pasta menggunakan Prego Buddies serta beraneka pilihan sos pasta Prego,” tambah Michelle.

Turut hadir pada majlis pelancaran yang diadakan di Sunway Pyramid itu ialah selebriti serta pelakon wanita terkenal, Scha Alyahya dan anaknya Lara Alana; pengacara radio dan TV, Gan Mei Yan dan anaknya Jo; tukang masak cilik, Danish Harraz; maskot Prego Buddies, Buddies dan watak siri animasi popular Malaysia, BoBoiBoy.

“Saya berasa amat teruja kerana dapat menyertai majlis keraian ini bersama-sama dengan anak saya, Lara yang turut menggemari pasta. Kami berpeluang menyediakan Prego Buddies untuk Lara pada minggu lepas menggunakan pasta bertemakan sukan dan dia amat menyukai bentuk-bentuk berkenaan. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyediakan sesuatu yang baru untuk Lara dan pada masa sama mengetahui yang dia turut mendapat hidangan yang mengandungi sayur-sayuran,” jelas Scha.

“Si kecil saya, Jo suka meneroka dan masa makannya mesti turut sama menyeronokkan! Dia amat teruja dengan pasta bertemakan angkasa. Saya menyediakan hidangan pasta untuknya dengan menambah ayam serta sayur-sayuran dan sebagai hidangan ringkas antara masa makan. Saya berasa amat gembira kerana mempunyai pilihan untuk menyediakan hidangan yang lengkap dengan cepat dan saya tidak sabar untuk menikmatinya bersama-sama dengan anak saya sama ada untuk makan tengah hari atau pada bila-bila masa sahaja,” kata Mei Yan.

Pada majlis itu, Danish Harraz yang baru berusia sebelas tahun turut mempamerkan bakatnya dalam bidang masakan dengan menyediakan salah satu daripada dua resipi ciptaannya yang menggunakan Prego Buddies dan sos pasta Prego. Apa yang pasti, hidangan Buddies Ayam Keju hasil air tangannya itu telah mendapat sambutan hangat dari kalangan para selebriti serta media yang dijemput ke majlis berkenaan.

“Saya sememangnya sudah lama meminati Prego dan merasa amat gembira kerana diberi peluang untuk mencipta resepi saya sendiri menggunakan Prego Buddies. Pasta berkenaan membolehkan anda menyediakan hidangan yang mudah atau mencipta satu resipi yang sangat kreatif. Kedua-dua resepi yang dicipta oleh saya itu boleh disediakan dalam masa yang singkat dengan menggunakan beberapa ramuan yang mudah,” ujar Danish.

Para penggemar pasta boleh mendapatkan resipi istimewa hasil ciptaan Danish iaitu – Buddies Ayam Keju dan Cucur Ayam Buddies di www.pregobuddies.com. Para ibu dan anak-anak boleh mendapatkan inspirasi untuk mencipta resipi mereka sendiri di laman sesawang berkenaan sementara anak-anak menerokai aktiviti menyeronokkan bersama-sama dengan Buddies.

Prego Buddies didatangkan dalam dua varian berbeza iaitu pasta bertemakan bentuk sukan dan angkasa, sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas. Ia diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli serta boleh didapati dalam pek 200g, pada harga runcit yang dicadangkan RM 2.35.

Pengenalan pasta untuk kanak-kanak itu ke dalam rangkaian produk sos pasta dan pasta kering Prego bakal memenuhi kehendak serta citarasa pengguna yang lebih luas. Semua produk tersebut boleh didapati dengan mudah di seluruh negara.

Dapatkan beraneka resepi yang mudah serta enak untuk disediakan di www.pregobuddies.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s