Datuk Rosyam Nor Perkenal ADRAA

Baru sahaja membuka sebuah pasar raya di bawah jenama ST Rosyam Mart, terbaru Datuk Rosyam Nor memperkenalkan ADRAA iaitu produk berasaskan durian belanda. 

5

ADRAA adalah makanan tambahan untuk membantu meningkatkan kualiti hidup pengguna di samping rawatan sedia ada. 

Beliau yang mempunyai tanah pertanian seluas 175 ekar di Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang Pahang nekad menanam pohon Durian Belanda di samping pokok Nangka Madu.

Setelah lebih 5 tahun menanam dan 3 tahun membuat penyelidikan, Datuk Rosyam Nor dengan bangganya melancarkan Teh Daun Durian Belanda, Pati Buah dan Ekstrak Daun Graviola Gold (GG) dan Jus Minuman Durian Belanda.

“Ini merupakan hadiah saya buat peminat yang selama ini menyokong kerjaya saya. Didorong oleh kasih sayang dan sokongan pelanggan serta peminat, saya sentiasa berusaha untuk mencapai pertumbuhan berterusan untuk memenangi reputasi sebagai sumber herbal yang terkemuka di Malaysia. Saya berjanji sentiasa memajukan perkhidmatan kami, mempelbagaikan rangkaian produk, dan menyediakan kemudahan terbaik untuk melayani pelanggan.

Selain dari ladang saya yang dianugerahkan sijil MyGAP, kilang yang menghasilkan produk ini juga bertaraf GMP (Amalan Pengilangan Baik) serta mengikut piawaian antarabangsa. Malah setiap produk kami mempunyai sijil HALAL. Dengan standard dan kualiti yang terjaga, saya yakin produk ADRAA akan terus mendapat kepercayaan orang ramai,”” ujar Datuk Rosyam Nor.

ADRAA dalam bahasa Arab dan juga Greek bermaksud DARA atau PERAWAN. Nama ini diambil sempena nama cucu sulung beliau. Ia juga menganggap nama itu cukup sinonim dengan pohon Durian Belanda yang masih ‘DARA’ dari segi penggunaan dan pengeluaran yang menggunakan teknologi tinggi.

Turut dikenali dengan nama sirsak (Indonesia) atau nangka belanda (Sabah), ia mmepunyai kandungan antioksida yang tinggi. Antioksidan amat penting kerana ia meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Dengan kerjasama Teknologi Park Malaysia (TPM), Rosyam melakukan penyelidikan tentang khasiat durian belanda sebelum memutuskan untuk mengeluarkan produk berasaskan pohon tersebut.

Tidak cukup dengan itu, penyelidikan turut dijalankan bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk setiap produk yang dihasilkan bagi menjamin mutu dan khasiat produk.

Pada awalnya beliau menanam 3,000 batang pohon durian belanda. Namun bukanlah namanya manusia jika tidak diberikan ujian. Hanya 200 pohon yang menjadi dan selebihnya mati kerana pelbagai faktor. Namun itu tidak mematahkan semangat malah beliau terus menanam semula dan kini mempunyai lebih dari 10,000 pohon yang mula mengeluarkan hasil.

Sebagai informasi, Teh Daun Durian Belanda mendapat kelulusan KKM sejak setahun lalu manakala Pati Buah dan Ekstrak Daun GG disenaraikan di bawah klasifikasi makanan. Pelanggan juga boleh mencuba Jus Minuman Durian Belanda yang tinggi dengan peratusan kandungan buah.

Sekotak Teh Daun Durian Belanda yang terdiri dari 100% daun Durian Belanda mengandungi 20 pek dijual dengan harga RM85, Pati Buah dan Ekstrak Daun GG yang dibotolkan dengan isian 500 ml dijual dengan harga RM168, sementara jus minuman Durian Belanda dengan isian 350 ml berharga sekitar RM5.

Produk-produk ADRAA kini boleh didapati daripada stokis/toko-toko jamu dan secara online di:

• Web: www.rosyam.com
• Facebook: adraabyrosyam
• Instagram: adraabyrosyam
• Emel : suhanbiotech@gmail.com

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: 019 339 3448

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s