Santai, Inap dan Jamu Selera di Best Western PJ

Ingin berehat, beriadah, bermain golf, membeli-belah dan menikmati makanan enak tanpa perlu keluar dari KL?

Jika YA, maka Hotel Best Western Petaling Jaya jawapannya.

Kenapa Best Western PJ dan bukannya hotel-hotel lain?

Kawasan Petaling Jaya yang juga dikenali sebagai “kembar” kepada ibu kota KL telah berkembang pesat menjadi salah satu bandar terpenting di Malaysia dan dibangunkan bagi tujuan rekreasi, membeli-belah dan yang syok sekali, SYURGA makanan yang enak dan menyelerakan!

hdr

Hotel yang terletak di Seksyen 13 ini adalah salah satu penyumbang kepada bandar yang semakin pesat membangun ini. Menawarkan 344 bilik lengkap dengan penyaman udara, tv berukuran 32 inci, meja kerja, peti menyimpan wang, peti sejuk mini dan banyak lagi yang memberi keselesaan kepada tetamu yang datang menginap di sini.

dav

dav

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, sauna, jakuzi, jim, bili mesyuarat dan tempat meletak kenderaan.

Kedudukannya yang stategik dengan Jaya Shopping Centre yang dibina semula dan pusat gajet elektronik Digital Mall menjadikannya salah satu pilihan pelancong tempatan mahupun luar negara datang dan menginap sama ada bagi tujuan perniagaan ataupun santai bersama keluarga. Hanya dengan berjalan kaki kira-kira LIMA minit sahaja, mereka boleh sampai ke pusat beli-belah tersebut.

Kira-kira 3km dari hotel pula, pengunjung hotel boleh mengunjungi Pusat Penjaja SS2 yang sememangnya terkenal sebagai SYURGA RAJA BUAH di kalangan masyarakat setempat. Dijual pada pada harga yang berpatutan, mereka boleh memilih sama ada ingin membeli buah durian secara bufet ataupun ala carte.

Tarikan lain berdekatan adalah pusat beli-belah Sunway Pyramid, taman tema Sunway Lagoon yang terletak di Bandar Sunway, Paradigm Mall, pusat beli-belah terkemuka di Bandar Utama iaitu One Utama, pusat beli-belah perabot dan peralatan rumah Ikea Damansara, pusat beli-belah terbesar Mid Valley, Bangsar Village dan Bangsar Shopping Centre yang rata-rata terletak berhampiran dan mudah diakses sama ada mengguna pengangkutan awam dan kereta.

Bagi peminat golf pula, terdapat DUA padang golf berhampiran Hotel Best Western PJ iaitu Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KPGA) yang hanya 3km jauhnya dan TPC Kuala Lumpur yang dahulunya dikenali dengan nama  KLGCC, hanya 5.6km jauh dari hotel.

dav

Menawarkan harga penginapan yang berpatutan pada setiap hujung minggu, iaitu dari RM200 bersih untuk satu malam termasuk sarapan untuk DUA orang.

Jika menginap pada hari Jumaat atau Sabtu, tetamu hotel boleh menikmati bufet makan malam BBQ pada harga bersih RM110 bersih bagi orang dewasa, RM55 bersih bagi warga emas dan RM33 bersih untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun di dek terbuka Rooftop SkyZ Dine and Bar. Terletak di aras R, ia dibuka dari pukul 3 petang hingga 12 tengah malam setiap hari. Selain menikmati hidangan BBQ, juga disediakan makanan tempatan dan Barat.

dav

Selain Rooftop SkyZ Dine and Bar, Restoran Kembali Kitchen  yang terletak di aras 6 menyajikan sarapan ala bufet dan makanan tengah hari setiap hari.

Jika anda pemegang kad Kredit atau Debit Maybank dan Amex, anda berpeluang menikmati diskaun 40% dan tawaran diskaun ini sah sehingga 29 Disember 2018.

IMG_20180828_132435

Bermula 1 September ini, Restoran Kembali Kitchen meperkenalkan Set Makan Tengahari Resipi Warisan yang berharga RM15 bersih. Disediakan setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang, ia terdiri daripada TIGA pilihan lauk iaitu:

  1. Ayam Bakar Percik Kelantan
  2. Rendang Ekor
  3. Assam Pedas Ikan Pari

Semuanya datang dengan nasi putih, sayur-sayuran, sup putih, keropok ikan dan teh lemon ais.  Sepanjang pengenalan set makan tengahari ini, setiap hari Rabu, ia meneawarkan pembelian 2 set pada harga 1 set.

Bagi pihak yang ingin mengadakan mesyuarat korporat mahupun meraikan majlis persendirian, Hotel Best Western PJ turut menawarkan pakej Mesyuarat dan Penginapan yang bermula dari RM218 bersih. Harga ini termasuk sarapan, makan tengah hari, minuman petang, makan malam dan penginapan satu malam berdasarkan perkongsian ntuk DUA orang sebilik.

Pakej Mesyuarat Harian juga boleh didapati pada harga RM118 bersih unntuk seorang termasuk sarapan, makan tengah hari dan minum petang.

Hotel Best Western Petaling Jaya boleh diakses melalui Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Universiti dan Jalan Semangat. Ia berjarak 50 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 30 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang.

Untuk maklumat lanjut:

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s