Imbau Nostalgia Lama di Konsert Fenomena D’Pop

Masihkah anda ingat lagi penyanyi veteran era 70an, 80 an dan 90an?

Bagi yang masih mengingati dan merindui kemerduan suara penyanyi-penyanyi veteran Dangdut dan dunia Pop tanah air terkenal ini, ada berita menarik untuk anda!

IMG-20180906-WA0003

Seramai SEMBILAN penyanyi Dangdut dan Pop bakal menghiburkan anda di Konsert Fenomena D’POP pada 28 September ini di Dewan Banquet Menara FELDA bermula pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam.

Konsert Fenomena D’POP iaitu ringkasan daripada Dangdut dan Pop dianjurkan oleh Wide Lane Event & Management membariskan:

  • Dato’ M.Daud Kilau
  • Dato’ Jamal Abdillah
  • Dato’ Nassier Wahab
  • Zamani
  • Rohana Jalil
  • Amelina
  • ZurEda
  • Siti Nordiana
  • Haiza

Selain mengubati rindu kepada peminat, konsert itu juga diadakan bagi mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Sepanjang konsert itu, peminat dan tetamu jemputan bakal dihiburkan dengan lagu-lagu Dangdut dan Pop yang popular yang pastinya menggamit semula kenangan dan nostalgia lama. Turut diadakan sesi cabutan bertuah serta sesi bergambar pada mereka yang hadir ke konsert berkenaan.

Konsert ini disediakan dalam format makan malam ini dengan menawarkan pakej-pakej istimewa bermula pada harga RM200 untuk Pakej Emerald, RM300 untuk Pakej Silver, RM500 untuk Pakej Gold dan RM1,000 untuk Pakej Platinum.

Bagi yang ingin menghadirinya atau membuat tempahan pakej, bolehlah mendapatkan maklumat lanjut:

  • Hubungi 019-3977830
  • Facebook: fenomenadpop
  • Instagram:@fenomenadpop
  • Twitter:fenomenadpop
  • Email:fenomenaoiii.18@gmail.com

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s