MILO dan Kementerian Pendidikan Lancar Pertandingan Activ Jam Senam Aerobik

Pertandingan senam aerobik peringkat kebangsaan yang ertama sepertinya adalah kemuncak kepada pencapaian yng mengukuhkan lagi agenda suka kebangsaan.

Ia juga dijadikan sebagai satu lagi platform untuk membantu murid-murid kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.

ACTIVJAM PUTRAJAYA 2018 01

Activ Jam Senam Aerobik, acara terbaharu dalam program sukan berasaskan sekolah anjuran MILO® ini merupakan kemuncak kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2013 di bawah inisiatif 1Murid 1Sukan menerusi satu siri aktiviti berkaitan sukan yang melibatkan pelajar dan guru.

ACTIVJAM PUTRAJAYA 2018 03

Pertandingan ini bakal menyaksikan 10 sekolah rendah dan 16 kumpulan Muhibbah (terbuka) berentap untuk merangkul gelaran juara kebangsaan kategori masing-masing.

Pemenang setiap kategori akan menerima peralatan sukan bernilai RM5,000 serta berpeluang muncul sebagai juara senam aerobik kebangsaan yang pertama.

“Inisiatif ini telah membantu mengukuhkan lagi kerjasama kami dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terjalin sejak 40 tahun yang lalu. Sebagai peneraju pembangunan sukan di peringkat akar umbi, kami komited dalam menyokong usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan memupuk budaya kecemerlangan sukan dalam kalangan pelajar.

Justeru, kami memperkenalkan Activ Jam Senam Aerobik kepada murid-murid menerusi 1Murid 1Sukan untuk menunjukkan betapa mudahnya untuk kekal aktif dan sihat dengan senam aerobik yang ringkas dan menyeronokkan namun menyihatkan badan,” kata Ng Ping Loong, Pengurus Pemasaran Sukan – MILO®.

Dasar 1Murid 1Sukan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2011 di bawah program pembangunan sukan sekolah yang mewajibkan setiap murid untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Kementerian Pendidikan Malaysia amat mengalu-alukan dan mengangkat kerjasama antara sektor swasta dan sektor awam seperti yang diterajui oleh MILO® ini untuk mencapai matlamat dasar 1Murid 1Sukan yang sama.

Berdasarkan Dasar Sukan Negara yang menggariskan sukan untuk semua, 1Murid 1Sukan menekankan penyertaan setiap pelajar dalam sukan sebagai satu reformasi pendidikan yang dipelopori oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerap nilai-nilai positif di samping mempromosikan kesihatan fizikal yang dicapai menerusi sukan untuk manfaat setiap pelajar.

Activ Jam Senam Aerobik merupakan satu langkah yang sejajar dengan usaha sama kami untuk memartabatkan sukan sebagai asas pembangunan negara sejak usia muda,” jelas Dr. Mehander Singh A/L Nahar Singh, Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dalam melancarkan Activ Jam Senam Aerobik, inisiatif usaha sama 1Murid 1Sukan antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan MILO® ini telah mengukuhkan program pendidikan sukan di sekolah yang menempa pencapaian berikut.

 Menerusi Bengkel Jurulatih 1Murid 1Sukan, lebih 4,500 guru telah dilatih untuk menganjurkan aktiviti sukan untuk murid-murid mereka sejak bengkel ini diperkenalkan di bawah inisiatif 1Murid 1Sukan pada tahun 2015.

 Demi menggalakkan aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar, aktiviti lawatan ke sekolah oleh van MILO® yang ikonik kini dilengkapi dengan peralatan sukan serta dipadankan dengan aktiviti senam aerobik selama 20 minit. Seramai tiga juta pelajar menyertai aktiviti ini setiap tahun.

 Menerusi sokongan yang diberikan kepada acara sukan di bawah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), MILO® telah memperkasakan seramai 10,000 atlet pelajar untuk bersaing di platform ini setiap tahun. Malahan, ada antara mereka yang telah berjaya merangkul pingat di Sukan Asia Tenggara ke-29 di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

Activ Jam Senam Aerobik merupakan sebahagian daripada kempen MILO® Aktif Negaraku yang menyasarkan lima juta rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Dilancarkan pada awal tahun ini, MILO® Aktif Negaraku merupakan kesinambungan komitmen MILO® terhadap usaha pembangunan negara menerusi sukan di peringkat akar umbi yang merangkumi program-program sukan MILO® popular seperti MILO® Hidup Bola dan Klinik Juara MILO®.

Untuk maklumat lanjut tentang Activ Jam Senam Aerobik, layari:

www.milo.com.my/activ-jam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s