Pak Jen Jamu Golongan Kurang Kemampuan Melalui Program ‘Jom Makan’

Sungguh pun tak sampai setahun beroperasi, Pak Jen Gulai Panas Langkawi sudah pun melakukan program amal dan kebajikan 

Moga bertambah-tambah rezeki restoran ini!

Owners of Pak Jen Gulai Panas Langkawi, Tan Jen and Safwan Bahari, greeting guests from Yayasan Chow Kit and media at the launch of the Jom Makan CSR initiative

Berikutan nawaitu pengasas Restoran Pak Jen Gulai Panas Langkawi adalah untuk menyediakan sajian makanan Melayu Utara yang enak lagi lazat pada harga mampu bayar oleh pelanggan, maka ribuan pelanggan telah singgah ke sini untuk merasai sendiri keenakan masakan gulai panas ikan bawal, daging dendeng, itek golek dan daging wagyu masak lemak.

Children and staff from Yayasan Chow Kit pose with the owners of Pak Jen Gulai Panas Langkawi

Sasaran Pak Jen seterusnya adalah menjamu makan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Chef Uteh of Pak Jen Gulai Panas Langkawi teaching children from Yayasan Chow Kit how to make lempeng manis

Dan, pada hujung minggu lalu, Pak Jen tampil membuat projek amal dan kebajikan atau CSR dengan melancarkan Program Jom Makan.

Dengan konsep “Pay It Forward”, pelanggan Pak Jen yang datang berkunjung digalakkan membayar untuk hidangan seterusnya atau membuat sumbangan kecil.

Semua hasil kutipan Program Jom Makan akan disalurkan kepada badan-badan bukan berkeuntungan dan badan bukan kerajaan (NGO) pilihan Pak Jen yang akan menikmati makanan di Pak Jen setiap akhir bulan. Bagaimanapun, sekiranya kutipan itu tidak mencukupi, pihak Pak Jen sendiri akan menampung kekurangannya.

“Sewaktu kami memulakan operasi, hasrat kami adalah untuk menyajikan makanan tradisional yang popular dari Utara tanahair di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Sajian yang dihidangkan kepada pelanggan bukan sahaja rasanya mesti sedap tetapi pada harga mampu bayar, tidak membebankan dan pelanggan mudah untuk datang ke lokasi operasi restoran,” kata Tan Jen, salah seorang pengasas Pak Jen Gulai Panas Langkawi.

Pelanggan yang makan di Pak Jen Gulai Panas Langkawi boleh menikmati hidangan dengan berbelanja kurang dari RM10.

Namun menyedari adanya wujudnya golongan yang kurang berkemampuan dalam kalangan masyarakat  yang tidak mampu untuk makan di restoran Pak Jen Gulai Panas Langkawi, maka:

“Sejajar dengan misi kami iaitu memberi makan, kami lancarkan Program Jom Makan supaya golongan yang kurang berkemampuan dapat menikmati makanan yang enak dan lazat yang disediakan di Pak Jen. kata Tan Jen bersungguh-sungguh.

Sebagai permulaan Program CSR Jom Makan, 50 kanak-kanak termasuk kakitangan dan sukarelawan dari Yayasan Chow Kit dipilih menjadi golongan pertama yang diraikan. Selain daripada menjamu selera, mereka juga diajar cara-cara untuk menyediakan lempeng dan membancuh minuman istimewa Pak Jen, Cenang Ais.

Sementara itu, pengasas bersama Pak Jen Gulai Panas Langkawi, Safwan Bahari berkata, Yayasan Chow Kit dipilih untuk Program Jom Makan kerana Pak Jen sememangnya mensasarkan masyarakat setempat sebagai permulaan.

“Kita sekarang mempunyai dua cawangan iaitu di Quill City Mall dan satu lagi di Sunway Putra Mall. Kedua-dua kawasan ini berhampiran dengan kawasan Chow Kit. Jadi, menjadi satu kelaziman untuk kita memilih Yayasan Chow Kit, apatah lagi mengambil kira segala usaha murni yang dilakukan oleh mereka selama bertahun-tahun lamanya,” kata Safwan.

Berbalik kepada Tan Jen, Program Jom Makan mungkin akan dikembangkan untuk memberi latihan untuk penyediaan makanan kepada “soup kitchen”.

“Kami suka dengan konsep memberi makan kepada golongan gelandangan atau yang kurang bernasib baik menerusi kaedah “soup kitchen”. Oleh kerana restoran kami baharu 10 bulan beroperasi, kami sedar akan kekangan kami yang mana agak mustahil untuk kami menyediakan makanan untuk satu kelompok yang ramai.

Akan tetapi, dengan kesanggupan kami untuk berkongsi pengalaman dan ilmu bersama mereka untuk memasak secara pukal atau “soup kitchen” ini, sekurang-kurangnya inisiatif kami tidak terhenti setakat memberi makan setiap bulan.

Kami rela untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam ilmu masak memasak. Resipi kami bukan rahsia pun kerana kita semua tahu, resipi masakan tradisional adalah turun temurun iaitu dari satu generasi kepada satu generasi. Bab makanan, kami amat bersemangat dan oleh kerana itulah, di Pak Jen, kita tidak menggunakan ramuan paket atau sos yang sedia ada sebaliknya kita sediakan sendiri ramuan dari mula sampai akhir,” kata Tan Jen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s