TOP ODOUR BUSTER Selesai Masalah Pakaian Berbau

Bersenam antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam menjalani gaya hidup yang sihat. Malangnya, bau peluh yang kuat melekat pada pakaian senaman masih ada meskipun sudah dicuci

Kini, sudah ada penyelesaian untuk meneruskan gaya hidup sihat dan dapat mengatasi cabaran untuk membersihkan pakaian yang berbau itu.

TOP_OdourBuster_01

TOP, jenama bahan pencuci No. 1 di Malaysia dengan varian TOP Odour Buster menggunakan teknologi Micro-Clean Tech™ yang canggih mampu menghilangkan sisa kotoran nyata dan tersembunyi.

Peserta acara Score Run, Spartan Race dan Brooks KL City Run misalnya telah berpeluang merasai sendiri keupayaan cecair pencuci TOP Odour Buster, dimana TOP merupakan salah satu penaja perlumbaan larian tersebut dan menyediakan TOP Odour Buster 300g kepada lebih 40,000 peserta.

Memandangkan peserta larian berpeluh dengan banyak, maka TOP telah menguji varian cecair pencuci Odour Buster ini. Maklum balas yang diterima daripada peserta larian yang telah menggunakan produk tersebut nyata amat positif.

Rahsia kemampuan TOP Odour Buster menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ialah teknologi anti-sebum TOP Micro-Clean Tech™. Ia berfungsi menarik keluar kesan peluh, sebum dan molekul-molekul lain yang terperangkap di dalam fabrik.

Formulasi yang revolusionari itu turut mengekalkan fungsi bahan pencuci TOP Anti-Malodour dan Anti Debu-hama yang sudah diketahui serta dipercayai oleh rakyat Malaysia.

Kesan peluh dan sebum (minyak badan) serta molekul-molekul lain yang terperangkap menyebabkan warna kuning pada fabrik putih dan berwarna cerah, selain menyebabkan warna fabrik nampak kusam. Sisa peluh dan sebum yang diurai oleh bakteria menjadi punca utama bau kurang menyenangkan pada bahagaian ketiak, lengan dan kolar, walaupun selepas pakaian dicuci.

Hanya dengan satu basuhan menggunakan cecair pencuci TOP Odour Buster diperlukan untuk mengembalikan kesegaran fabrik, walaupun ia dibasahi peluh.

Dengan adanya teknologi pencuci Micro Clean Tech™ ini, ia mampu menghilangkan kesan peluh yang terperangkap dan menghalang 99.9% peratus bakteria daripada membiak. Air basuhan akan menjadi lebih keruh kerana bau peluh dan sebum serta molekul-molekul daripada kotoran dibersihkan sepenuhnya.

Pengurus Besar Southern Lion Sdn. Bhd., Carmen Foo memberitahu bahawa cecair pencuci TOP Odour Buster dihasilkan seiring dengan janji jenama ini iaitu Inovasi untuk Kehidupan yang Lebih Baik. Ia mengambil berat pandangan pengguna demi menyelesaikan masalah yang berlaku dalam dunia sebenar dan meningkatkan prestasi produk-produk keluarannya.

“Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup aktif, para pengguna memberitahu bahawa bau peluh pada yang masih melekat pada baju yang sudah dibasuh menjadi antara masalah utama mereka. Kami memberi maklum balas menerusi TOP Odour Buster dan mengujinya ke atas peserta acara Score Run, Spartan Race serta Brooks KL City Run dan nyata mendapat keputusan yang positif.

Kami sangat yakin TOP Odour Buster dapat mengatasi masalah pakaian yang paling banyak menyerap peluh. Ramai peserta yang mencuba sampel ujian kami telah beralih kepada produk ini kerana ia ternyata berkesan.

Pengguna yang menjalani gaya hidup aktif sememangnya faham tentang kesukaran mencuci pakaian mereka beberapa kali dan bau peluh masih ada. TOP Odour Buster berfungsi menghilangkan sisa bau peluh yang masih melekat dan mengatasi masalah bakteria yang membiak pada pakaian untuk memberikan bau segar serta keyakinan ketika memakainya.” 

TOP Odour Buster boleh didapati di semua peruncit seluruh negara dalam pek 1.8kg, 2.7kg dan 4kg.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s