Dua hari dapat lari dari kesibukan kota, memang menyeronokkan.
Tambahan lagi apabila berpeluang bersantai dan meluangkan masa bersama-sama wakil media dan penulis blog sempena program Guardian ‘Wellness Retreat’ di Philea Resort & Spa, Melaka.
Menariknya, program bersifat santai ini adalah program yang julung kali di adakan oleh Guardian Malaysia.
Banyak program dan aktiviti menarik disediakan oleh pihak Guardian dengan kerjasama daripada jenama kecantikan dan penjagaan diri terkenal seperti Pantene, Bio-essence, Oil Garden dari Australia, Loreal, Maybelline, April Skin, Nivea Deo & Men, Dove, Hada Labo, Silky Girl dan Nature’s Heart.
Selain demo penjagaan diri bersama jenama-jenama kecantikan itu, terdapat juga cabaran yang perlu dihadapi oleh peserta dalam Guardian Wellness Passport Challenge yang menyaksikan pelbagai gelagat dan ragam peserta menyiapkan tugasan yang diberikan.
Meskipun kekangan masa dan masalah teknikal yang dihadapi tidak menjadi halangan setiap peserta dalam memastikan setiap cabaran diselesaikan dengan sempurna malah menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Selain itu persembahan teater yang memukau oleh Encore Melaka antara aktiviti yang paling menarik disediakan oleh program ini.
Dua hari yang singkat namun jalinan persahabatan yang terikat sepanjang program ini memang cukup indah!
Leave a Reply