MYDIN bersama Raviraj Sdn Bhd Rai Kempen “Lighting Hopes This Deepavali”

Sempena sambutan Deepavali tak lama lagi, MYDIN telah mengadakan satu majlis Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama-sama Raviraj Sdn Bhd bagi meraikan perayaan itu.

Bertemakan “Lighting Hopes This Deepavali“, ia melibatkan 62 cawangan MYDIN di seluruh negara bermula dari 18 Oktober hingga 31 November 2018.

44554521_2176859022348689_5440878331648016384_n - Copy

Majlis CSR ini diadakan untuk membantu golongan kurang bernasib baik agar mereka dapat bersama-sama meraikan Deepavali.

Dalam majlis yang dihadiri oleh Kumpulan Pengarah MYDIN dan Enrico serta Pengarah Urusan Raviraj Sdn Bhd, V. Rajendran Velayudhan Nair. MYDIN dan Raviraj telah menjemput penghuni dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Kirtash di Rawang sebagai wakil daripada empat rumah jagaan untuk bersama-sama meraikan sambutan Hari Deepavali.

Setiap pembelian produk Raviraj di mana-mana cawangan MYDIN, RM0.30 akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan seperti Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Kirtash di Rawang, Pusat Jagaan Sinar Ceria di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Pertubuhan Kebajikan Vivekananda di Rembau, Negeri Sembilan dan Yayasan Seribu Harapan Malaysia di Shah Alam, Selangor.

Raviraj Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 1991 pernah memenangi banyak anugerah sejak ia ditubuhkan antaranya Anugerah Superbrands pada tahun 2006. Kejayaan syarikat pembungkusan semula, pengimportan, pengeksportan, kontrak pembungkusan dan pengedaran ini telah menjadi inspirasi bagi mencapai tahap yang lebih tinggi dalam pengiktirafan jenama.

Ia juga nenjadi syarikat pengeluar makanan India yang pertama menerima ISO 22000 pada tahun 2005. Dengan menggabungkn HACCP, GMP dan pensijilan HALAL yang dimili, Raviraj pernah memenangi Anugerah Jenama Terbaik MIB pada tahun 2015 dan Anugerah Kecemerlangan Sumber Manusia 2014 “Kecemerlangan Pemenang Perak dalam Kesejahteraan Tempat Kerja”.

Antara produk yang diedarkan adalah Enrico’s, Hi Top Tea, Pancha, Keywee, My Kaapie, Mapilai, Lif-On,SpiceVeg, Soyamate, Surabi, Adishtam, Hi Cup Tea, SugarLif dan banyak lagi..

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s