BABY KOALA Jadikan Penyimpanan Susu Ibu Lebih Teratur

Jenama bayi baru di Malaysia ini membantu ibu-ibu menyusu meyimpan susu dengan lebih mudah dan teratur

Ia sejajar dengan tagline Baby Koala dalam menjadikan kehidupan ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi menyimpan susu dengan lebih mudah.

PA235346

Label Botol Baby Koala merupakan produk genius yang pernah dihasilkan menjadikan penyimpanan susu ibu lebih teratur.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Label Botol Baby Koala direka secara unik dengan menggunakan silikon gred makanan yang berkualiti tinggi, terutamanya untuk melabelkan botol penyimpanan susu dan botol bayi untuk meringankan beban ibu-ibu yang sering mencabut dan mencuci kesan label kertas sticker atau mencuci dakwat marker pen pada botol susu atau bekas makanan.

Ia adalah suatu produk yang amat penting bagi setiap ibu menyusu yang menggunakan botol sebagai pilihan untuk penyimpanan susu. Sama ada anda sedang mengepam semasa waktu bekerja atau hanya di rumah, Label Botol Baby Koala membolehkan anda melabel botol dengan nama, tarikh dan kandungan tanpa sebarang masalah untuk mengelakkan campuran. Tulis, basuh dan tulis semula sekerap yang anda suka.

Disasarkan kepada kebanyakan ibu yag menyusu, label ini membantu mereka untuk menjadi lebih bersedia dan teratur. Dengan alat yang betul, penyimpanan susu ibu jauh lebih mudah dan momen-momen menyusukan bayi menjadi lebih tenang dan aman.

Label Botol Baby Koala ini bukan sahaja boleh digunakan pada botol penyimpanan susu badan tetapi boleh digunakan untuk cawan sippy, botol air dan bekas makanan kecil dan sebagainya. Label yang menarik dan berwarna-warni ini boleh ditulis semula, boleh dibasuh & boleh digunakan semula untuk kegunaan harian.

Setiap pek mengandungi EMPAT keping Label Botol Baby Koala dan 1 pen marker. Produk ini juga memberi manfaat kepada semua peringkat umur dan sesuai untuk penjagaan harian, tadika, sekolah, semasa bersukan dan juga di pejabat.

Keistimewaan Produk

  • Boleh digunakan dengan mana mana pen marker. Mudah dipadam dengan air
  • Sangat elastik dan fleksibel
  • Dihasilkan daripada silicon gred makanan bekualiti tinggi yang bebas daripada BPA, BPS, PVC dan Phthalate
  • Produk mesra alam dan tidak toksik. Mudah dan menjimatkan
  • Boleh dimasukkan di dalam sterilizer, dishwasher dan microwave
  • Sangat disyorkan untuk setiap kanak kanak. Sesuai untuk ibu-ibu menyusu untuk melabelkan botol simpanan susu, susu formula untuk mengenalpasti botol bayi, sippy cup dan botol air terutamanya di pusat penjagaan anak, tadika dan sekolah
  • FDA Amerika Syarikat diluluskan

Cara Penggunaan Label Botol Baby Koala

  1. Masukkan Label Botol Baby Koala pada botol
  2. Tulis pada label menggunakan pen marker yang disediakan atau mana-mana permanent marker pen. Tunggu selama beberapa saat untuk membiarkan dakwat kering sebelum menggunakannya
  3. Jika memanaskan botol di dalam air, pastikan lap label perlahan-lahan supaya tulisan tidak hilang
  4. Selepas mencuci label, jika ingin menulis semula dengan serta merta, pastikan label kering dengan mengelapnya dengan tuala kering
  5. Untuk menghilangkan tulisan, hanya perlu bilaskan label dengan air dan gosok atau lap dengan span
  6. Untuk penggunaan chiller bag dengan pek ais, pastikan botol simpanan susu diletakkan dalam ziplock bag secara individu bagi mengelakkan kelembapan yang boleh menyebabkan tulisan hilang

Label Botol Baby Koala berharga RM49.90 dan setiap pek mengandungi 4 keping label botol dan 1 pen marker.

Baby Koala kini menjadikan hidup ibu lebih mudah!

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s