BOTANECO GARDEN Chia Seed Oil and Honey Penyelesaian Kulit dan Rambut Kering

Mengguna ramuan tradisional bersumberkan alam semula jadi, rangkaian Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey ini melembap serta melindungi kulit dan rambut kering agar lebih terurus.

dav

Bertemakan ‘Be A Mess Free Beauty’, majlis pelancaran produk itu diadakan di A Cut Above Academy, Bandar Sunway. Dalam majlis itu, tetamu dan pengamal media serta penulis blog didedahkan dengan cabaran bagaimana menghasilkan ramuan kecantikan secara “DIY” mengguna bji Chia bersama madu melalui tutorial di laman Youtube. Pada masa sama berkongsi akan manfaat kedua-dua ramuan it untuk jenis kulit dan rambut kering hingga normal.

dav

Rangkaian baru Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey ini menawarkan penyelesaian kepada pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan mahukan produk penjagaan diri yang lembut serta efektif.

Ia terdiri daripada:

  • syampu Deep Moist and Protect
  • perapi
  • minyak rambut
  • cucian badan
  • losyen
  • krim tangan

Kesemuaya adalah produk penjagaan harian untuk kulit dan rambt. Produk-produk di atas memfokuskan pada ciri-ciri melembap dan melindungi kulit serta rambut dari jenis kering hingga normal.

Diformulasikan dengan 100% minyak biji Chia organik yang disahkan eco dari Jerman untuk memulihara kelembapan semula jadi kulit dan rambut di samping mengekalkan kelembapan dan diperkaya dengan ekstrak madu organik dari Perancis yang tinggi kandungan mineral, vitamin dan anti-oksidan. Kombinasi minyak biji Chia organik yang disahkan 100% eco dan ekstrak madu organik menwarkan tahap lembapan serta hidrasi yang ideal untuk kulit jenis kering dan normal. Ia juga telah diuji dan terbukti secara dermatologi serta tidak diuji ke atas haiwan.

Pengurus Jenama Sendiri, Kesihatan & Kecantikan, Malaysia & Brunei, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd., Michelle Yeap menjelaskan bhawa rangkaian produk Organic Chia Seed Oil and Honey dihasilkan untuk menawarkan produk yang berasaskan kepada trend kosmeseutikal global serta memenuhi keperluan pelanggan Guardian di rantau ini.

“Diinspirasikan daripada alam semula jadi, produk yang melembap secara mendalam serta menjadi penyelesaian protektif ke atas kulit dan rambut kering ini sememangnya dimahukan oleh pelanggan kami. Kami sudah mengkaji banyak ramuan yang disahkan eco dan organik sebelum menjumpai kombinasi unik 100% minyak biji Chia dan ekstrak madu organik yang menawarkan tahap lembapan, hidrasi dan manfaat berkesan kepada kulit kering dan normal.

pelanggan tegar kami sukakan prodk kecantikan DIY yang disediakan di rumah tetapi kurang gemar dengan jumlah masa, tenaga dan kos yang terpaksa dihabiskan untuk menghasilkannya. Penyediaan, membersihkan dapur dan kemudiannya mandi memang memenatkan! Risiko juga ada jika mereka mengguna resipi yang salah di mana nisbah ramuan tidak memberikan hasil yang diingini.

Untuk rangkaian produk Organic Chia Seed Oil and Honey“, Botaneco Garden menawarkan kebaikan dua ramuan bagi memberikan produk penjagaan diri yang mampu milik serta berkesan ke atas jenis kulit kering kepada pengguna. Ia telah diuji dan terbukti secara dermatologi, jadi anda boleh jadi lebih cantik dengan mudah. Gunakan terus dari botol atau tiub dan ia cukup lembut untuk keguaan setiap hari.”

Mereka yang hadir pada majlis pelancaran produk itu juga berpeluang merasai sendiri manfaat produk menerusi sesi cucian rambut, perapian dan kering seperti di salon. Sebelum diikuti oleh sesi merias kuku dan urutan tangan yang disediakan oleh pasukan profesional di A Cut Above Academy.

“Sebelum majis ini bermula, kami telah mencuba syampu, perapi, minyak rambut, losyen badan dan krim tangan Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey. Hasilnya sangat mengagumkan. Syampu ini tidak mengeluarkan buih yang banyak. Ini bagus kerana buih boleh menghilangkan minyak semula jadi rambut dan membuatkannya menjadi kering. Perapi membuatkan rambut lebih mudah diurus adan mengurangkan kerinting halus. Minyak rambut pla membuatkan rambut mudah digayakan dan tidak berat.” kata Ketua A Cut Above Academy, Peter Wang.

Rangkaian produk Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey ditawarkan pada harga bermula RM9.34 untuk krim tangan Deep Moist and protect hingga RM18.77 untuk syampu, perapi, mandian dan losyen badan Deep moist and Protect.

Semua produk ini boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara dan melalui e-stor Guardian: www.guardian.com.my

Maklumat lanjut, layari: http://www.botanecogarden.com/en-my/ atau @mybotanecogarden di IG.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s