IKEA Rai Ulang Tahun ke-75

IKEA Meraikan 75 Tahun Kehidupan Harian yang Lebih Baik

Mengembalikan semula kegemaran vintaj popular, di samping menyeru rakyat Malaysia untuk “Harmonikan Rumah Anda” pada 2019 ini

hdr

PETALING JAYA, 24 Oktober 2018 – Selama lebih 75 tahun, IKEA dipacu oleh kepercayaan bahawa perabot boleh mampu dimiliki tanpa mengenepikan prinsip kualiti, reka bentuk dan kelestarian. Apa yang bermula sebagai perniagaan pesanan pos yang kecil telah berkembang menjadi jenama popular merentasi 50 pasaran – semuanya dengan matlamat yang sama bagi menyediakan kehidupan harian yang lebih baik untuk orang ramai.

Bagi meraikan ulang tahun ke-75, IKEA telah memperkenalkan koleksi GRATULERA yang mengembalikan beberapa produk paling disukai ramai daripada era masa yang berbeza-beza iaitu 1950-1960-an, 1970-1980-an dan 1990-2000-an. Gelombang pertama rangkaian ikonik dari 1950-1960an tersedia ada di gedung-gedung IKEA dan secara dalam talian di IKEA.my dari Oktober 2018, dikuti pula oleh produk-produk dari 1970-1980an dan 1990-2000-an pada Disember 2018.

“Kami berasa bangga meraikan pengembaraan yang menakjubkan ini demi menjadikan rumah tempat yang lebih baik, tetapi ia tidak mungkin akan terjadi tanpa pelanggan kami. Kami mengambil peluang ini untuk merakamkan terima kasih kami dengan memperkenalkan semula produk kelengkapan rumah IKEA yang pernah digemari kerana bentuknya yang luar biasa, kefungsian, kualiti, kelestarian dan harga rendah. Kami ingin sekali menyemarakkan semula detik istimewa yang bermakna itu untuk setiap seorang daripada pelanggan kami dan terus berbuat demikian untuk 75 tahun seterusnya”, kata Gerard Jansen, Timbalan Pengarah Peruncitan, IKEA Asia Tenggara.

Seiring dengan meraikan warisan dan nostalgia masa lalu, IKEA telah membuka tirai fokus sepanjang tahunnya dalam tindak balas terhadap trend yang berubah-ubah dan keperluan orang ramai di rumah. Harmonikan Rumah Anda ialah cadangan diperbaharui bagi membantu individu dan keluarga daripada komposisi yang berbeza-beza, mewujudkan persekitaran dan ruang yang bermakna, serta menjalani kehidupan melalui cara yang lestari.

Jansen menerangkan, “Semakin kehidupan kita berkembang melalui pelbagai peringkat, semakin penting untuk memahami bagaimana orang ramai rasa tentang kediaman, dan bukan sekadar apa yang mereka lakukan di dalam rumah. Melalui Harmonikan Rumah Anda, kami ingin menginspirasikan dan menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia boleh menerima pelbagai perubahan kehidupan dan membina kediaman yang menyeronokkan serta benar-benar melengkapkan gaya hidup dan tumbesaran kita”.
Menurut kajian Kehidupan di Rumah IKEA, adanya “terlalu banyak barang” merupakan satu penyebab utama tekanan di kediaman moden. Dengan demikian, bidang fokus pertama bagi tema sepanjang tahun bertajuk Harmonikan Rumah Anda menekankan tentang bagaimana untuk mengubah ruang peribadi kepada sudut untuk berehat and mencergaskan semula diri. Buat masa ini, kempen ini sedang berlangsung di semua gedung-gedung IKEA. Pelanggan boleh mengunjungi IKEA Damansara, IKEA Cheras atau IKEA Tebrau bagi mendapatkan inspirasi, idea dan petua daripada latar ruang baharu yang dipamerkan atau mula dengan semak lewa Katalog 2019 baharu IKEA. Katalog ini juga tersedia ada secara dalam talian di IKEA.my.

Gedung dalam talian IKEA kini tersedia ada di IKEA.my. Bagi menikmati promosi untuk ahli sahaja, pelanggan boleh mendaftar sebagai IKEA FAMILY secara percuma. Untuk mendaftar, pelanggan hanya perlu ke kiosk IKEA FAMILY dalam gedung atau secara dalam talian di IKEA.my/FAMILY.

###

Tentang IKEA
Kediaman ialah tempat paling penting di dunia. Sebuah ruang peribadi dan sudut yang selesa di mana keluarga dan sahabat berhimpun dan kanak-kanak belajar dan membesar. Ia tempat di mana semua orang dialu-alukan walaupun hanya untuk bersantai. IKEA berhasrat untuk membantu menjadikan kehidupan harian di rumah lebih baik untuk semua. Diasaskan di Sweden sejak tahun 1943, IKEA menawarkan pelbagai rangkaian kelengkapan rumah dengan reka bentuk menarik dan penyelesaian kehidupan yang berfungsi, pada harga yang rendah agar orang ramai mampu memilikinya. IKEA percaya bahawa rasa tanggungjawab yang ditunjukkan terhadap orang ramai dan persekitaran merupakan etika dalam menjalankan perniagaan yang baik. Ini bermakna, harga rendah IKEA tidak akan menjejaskan orang ramai dan persekitaran – harga rendah tetapi bukannya sebarang harga. IKEA menggabungkan usaha yang mesra alam sekitar dalam perniagaan hariannya dan terus menyokong inisiatif yang menyokong kanak-kanak dan alam sekitar. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 422 buah gedung IKEA di 50 buah negara termasuk 3 buah di Malaysia.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Text100 Malaysia
Cassandra Tan / Lee Jia Jung
Text100 Malaysia
Tel: +603-2282 2152
E-mel: cassandra.tan@text100.com.my / jiajung.lee@text100.com.my

IKEA Malaysia
Doris Chin
Penolong Pengurus Pemasaran
Tel: +603-7720 7273
E-mel: doris.chin@ikano.asia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s