Pusat Pungutan Zakat MAIWP Perkenal Laman Web zakat2u versi 4.0

“”Dan dirikanlah olehmu solat dan tunaikanlah zakat dan ruku’lah (iaitu berjemaah) bersama orang-orang yang ruku'”-Surah Al-Baqarah: Ayat 43

Bukan sahaja solat menjadi tanggungjawab yang wajib bagi umat Islam, kewajipan menunaikan zakat juga menjadi satu tangungjawab apatah lagi bila seseorang individu itu cukup syarat-syarat wajib zakat iaitu:

  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Cukup nisab
  • Cukup Haul
  • Niat berniaga (bagi zakat perniagaan sahaja)

hdr

Selari dengan perkembangan gaya hidup moden, dunia digital dan online terkini, Pusat Pungutan Zakat juga tidak ketinggalan menawarkan pembayaran zakat secara dalam talian. Ini bagi memudahkan pembayaran zakat dilakukan pada bila-bila masa tanpa perlu lagi beratur ke kaunter.

Kemudahan pembayaran zakat melalui laman web zakat2u telahpun diperkenalkan pada orang ramai sejak Ramadhan 2011 oleh Pusat Pungutan Zakat.

Baru-baru ini, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah mengambil satu lagi langkah ke hadapan dengan menaik taraf perkhidmatan kaedah pembayaran melalui lan web zakat2u ini.

Satu majlis pelancaran diadakan untuk memperkenalkan laman web zakat2u versi 4.0 yang telah dinaikkan taraf fungsi dan sistemnya. Versi terbaharu ini mempunyai lebih banyak kelebihan bagi memudahkan urusan orang ramai yang tinggal di sekitar Wilayah Persekutuan menunaikan kewajipan berzakat dengan LEBIH mudah dan LEBIH cepat.

Antara ciri-ciri terkini yang ditawarkan oleh laman web zakat2u versi 4.0 adalah:

  1. Auto Kalkulator
    -pengiraan zakat dilakukan secara automatik. Hanya pilih sama ada ingin melakukan pembayaran secara bulanan atau pun tahunan dan Auto Kalkulator akan mengiranya untuk anda
  2. Resit Online
    -sebaik pembayaran dijelaskan, satu resit rasmi akan dihantar terus ke alamat emel yang disertakan
  3. Troli Zakat
    -Anda boleh membayar lebih daripada satu jenis zakat dengan satu pembayaran sahaja
  4. Chatbox Zakat
    -bagi mereka yang menghadapi masalah atau mempunyai soalan mengenai bayaran zakat, atau ingin membayar zakat boleh berhubung melalui Chatbox ini pada bila-bila masa memandangkan ia dibuka 24 jam. Semua pertanyaan akan dijawab dengan bantuan oleh Ustaz Amil.
  5. Bacaan doa setelah selesai pembayaran
    -Selesai pembayaran, satu video dengan bacaan doa akan terpampang pada skrin.
  6. Video Tutorial
    -Jika ingin mengetahui bagaimana pengiraan sesuatu jenis zakat dilakukan, bolehlah menonton video tutorial yang disediakan

Antara ciri-ciri di atas, Chatbox Zakat yang mengguna FB Messenger menjadikan PPZ-MAIWP sebagai pencetus idea pertama seumpamanya yang pernah dilakukan oleh pusat pungutan zakat.

Majlis pelancaran laman web zakat2u versi 4.0 itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan dihadiri oleh tetamu jemputan serta wakil media dan penulis blog.

“Kemudahan pembayaran zakat  melalui zakat2u telah mula diperkenalkan ejak Ramadan 2011 lagi. Kemudahan ini dilaksanakan selepas mengambil kira kesulitan para pembayar zakat untuk datang ke kaunter tetap kami disebabkan oleh kesibukan kerja, kesesakan lalu lintas dan pelbagai faktor lain. Seiring dengan moto kami, “PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”, kami mengambil inisiatif ini untuk memberi kemudahan yang mksimum kepada pembayar zakat kami dengan menaiktaraf sistem zakat2u ke versi 4.0″

Dengan pelancaran laman web itu, PPZ-MAIWP akan terus meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan pembayaran zakat kepada orang ramai lebih-lebih lagi di Wilayah Persekutuan agar tiada lagi halangan untuk mereka menunaikan kewajipan berzakat secara tak langsung mengurangkan kadar kemiskinan masyarakat bandar.

Bagi umat Islam pula, tanggungjawab mereka dalam menunaikan pembayaran zakat kini semakin dipermudahkan.

Untuk maklumat lanjut, sila:

  • hubungi talian zakat di:1-300-88-5757
  • layari: www.zakat.com.my
  • FB:Pusat Pungutan Zakat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s