Anugerah Superbrands Malaysia Iktiraf 34 Jenama Terkuat di Malaysia

Telahpun memasuki edisi ke-10, anugerah tahun ini memilih 34 jenama terkuat dan paling bernilai di pasaran.

MY Logo

Anugerah anjuran Superbrands, iaitu pihak bebas dan arbiter penjenamaan mengadakan acara anugerah ini di Hotel Istana Kuala Lumpur bersama-sama syarikat multinasional (MNC) global utama dan korporat tempatan terunggul merangkumi pelbagai spektrum industri.

Encik Mike English, Pengarah Superbrands berkata:

Anuugerah Superbrands Malaysia 2018 yang dianggap sebagai ‘Oscars Penjenamaan’ dalam dunia korporat akan menyampaikan anugerah kepada jenama yang menang termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah urusan, Pengarah Pemasaran dan lain-lain Eksekutif Pemasaran dan Eksekutif Perhubungan Awam selau wakil syarikat.

Superbrands juga memperkenalkan penerbitan buku Superbrands yang dinanti-nanti dengan gaya buku kopi meja dengan kandungan profil dua muka surat untuk setiap jenama yang terpilih bagi anugerah tahun ini.

Acara anugerah ini akan menyerlahkan jenama dan mempromosikan kejayaan mereka, dan untuk Eksekutif Kanan berkumpul samnil meraikan status Superbrands. Kami berasa gembira kerana banyak jenama tempatan termasuk peserta baru telah memasuki senarai Superbrands tahun ini bersama-sama jenama yang diiktiraf secara global.Jenama ini bukan hanya diundi oleh ahli majlis jenama terkenal juga oleh profesional pemasaran melalui undian atas talian.”

Selepas menjalani kriteria pemilihan yang ketat oleh Majlis Superbrands, lebih daripada 3,000 profesional telah dijemput untuk mengundi bagi calon-calon jenama. Lebih daripada 1,242 jenama utama di Malaysia telah dijaringkan oleh majlis dan melalui pengundian dalam talian sebelum jenama dengan markah tertinggi diiktiraf sebagai Superbrands.

Hanya jenama yang mncapai tahap pengiktirafan seperti ditetapkan oleh majlis bebas ini layak untuk dimasukkan dalam buku Superbrands Malaysia termasuk rekod sejarah dan pencapaian bagi setiap jenama.

Jenama terbaik di Malaysia yang terdiri daripada barangan konsumer yang bergerak cepat (FMCG) dan juga perniagaan sekeluarga dipaparkan dalam buku ini. Penyertaan dalam buku Superbrands adalah melalui jemputan sahaja dan ini menampilkan kekuatan yang ada pada sesuatu organisasi dan nilai jenamanya.

Kesemua peserta program Superbrands berhak mengguna logo Superbrands dalam kempen pengiklanan, pembugkusan dan lain-lain bahan komunikasi pemasaran. Cerita jenama itu juga dipaparkan di laman web Superbrands.”

Majlis Superbrands termasuk individu yang telah menunjukkan kebolehan dalam perniagaan dan berpengetahuan dalam pasaran dan perniagaan. Badan korporat yang dipilih sebagai Superbrands menerima kelebihan terutamanya endorsmen yang tinggi serta bukti ternyata untuk pelanggan semasa mahupun yang berpotensi, pihak media, pembekal, pelabur dan staf di setiap jenama dengan ciri-ciri khas yang berasingan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s